Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Aug 29, 2012

Kesan Perang Dingin

Perang Dingin yang tercetus antara AS dengan Rusia meninggalkan pelbagai kesan yang turut dirasai sehingga kini.

Aug 26, 2012

Faktor Berlakunya Perang Dingin


Pengenalan
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar setelah PD2 berakhir iaitu;
  1. Blok Kapitalis [diketuai oleh AS]
  2. Blok Komunis [diketuai oleh Soviet Union / Rusia]
Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran bersenjata @ secara langsung. Kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi penyokong / dalang / ‘orang di belakang tabir’ kepada negara2 yang bertelagah @ berkonflik.
 
Faktor Berlakunya Perang Dingin

F1. Perbezaan Ideologi [Kapitalisme vs Komunisme]
Perbezaan ideologi juga menyumbang kepada meletusnya Perang Dingin. AS mendukung ideologi kapitalis manakala Soviet Union mengamalkan ideologi komunis. Hal ini menimbulkan persaingan dan konflik untuk mendapatkan pengaruh.


F2. Kegagalan 3 Siri Rundingan
Sejak tahun 1943 - 1945, pemimpin Kuasa Berikat iaitu AS, Rusia, Perancis dan Britain mengadakan 3 siri pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah lebih-lebih lagi ketika Jerman berada di ambang kekalahan.  Perbincangan ini menyangkut hal konsesi Rusia di Eropah Tengah, pembahagian negara Jerman kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas Poland dan isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah.  

Walau bagaimanapun, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak mencapai kata putus. Keadaan ini menyebabkan keretakan hubungan sehingga membawa kepada Perang Dingin. Lebih mengeruhkan keadaan, rakan dalam Kuasa Berikat curiga dengan tindak-tanduk Rusia yg dikuasai oleh komunis
 
F3. Kemerosotan Ekonomi di Eropah
Kesan daripada PD2, ekonomi di negara2 Eropah terjejas teruk. Ekonomi Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas berikutan sebahagian besar pendapatan negara diperuntukan membiayai PD2. Kelemahan ekonomi negara terbabit membolehkan AS menawarkan bantuan berupa dana dan sokongan bagi menghalang perluasan ideologi komunis. Pada tahun 1948, AS menubuhkan Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat selain mengekang pengaruh komunis.
Rusia menolak Rancangan Marshall kerana beranggapan bahawa ia adalah salah satu bentuk campur tangan AS. Rusia kemudian cuba mempengaruhi negara2 di Eropah Timur agar tidak menerima bantuan AS.  Atas inisiatif Rusia, blok komunis [negara2 di Eropah Timur] telah menubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh AS.
 
F4. Rusia Bimbang Ancaman Jerman
Rusia sentiasa bimbang ancaman Jerman.  Oleh itu, Rusia bercadang menguasai negara2 di Eropah timur untuk dijadikan sebagai ‘Zon Penampan’.  Joseph Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah Peristiwa Operasi Barbarossa berulang [ Adolf Hitler memimpin serangan besar-besaran selama 900 hari dan menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia].
Rusia berusaha melemahkan Jerman yg dianggap sebagai negara terkuat dan agresif dengan menghalang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Oleh yang demikian, Jerman terbahagi 2 iaitu Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis].  AS yang mengharapkan bantuan Rusia bagi menghadapi Jepun terpaksa membiarkan Rusia mengembangkan pengaruhnya sehingga semua negara di Eropah Timur dikuasai oleh komunis.


 Kesimpulan
Perang Dingin yang tercetus di antara AS dengan Soviet Union memberi impak yang mendalam kepada negara-negara di Eropah khususnya dan seluruh dunia amnya. Beberapa peperangan yang tercetus di antara negara dikatakan didalangi oleh dua blok kuasa tersebut bagi tujuan meraih sokongan dan menguji senjata baru.

Aug 25, 2012

Kesan Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Ke-2 yang meletus, telah meninggalkan banyak kesan kepada sejarah dunia. Berikut ialah kesan akibat PD2.

Faktor Perang Dunia Kedua Meletus

Pengenalan
Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepad tercetusnya PD2.
 
1.   Perjanjian Versailles yang berat sebelah
Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat  Perjanjian Versailles berat sebelah. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.
Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah bertindak;
         i.   Menubuhkan Tentera Udara Jerman
         ii.  Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera.
        iii.  Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis.
        iv.  Memasukkan Austria ke dalam Jerman
        v.   Menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia
       vi.   Menyerang Poland
         Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain   mengisytiharkan perang ke atas Jerman sekaligus mencetuskan PD2.

2. Pertentangan Ideologi [Demokrasi vs Fasisme / Nazisme]
Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul sekitar tahun 1920-an telah menggugat kestabilan politik di Eropah.

Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan kecaman antarabangsa dengan menakluki Habsyah. Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah jajahan Perancis di Afrika Utara. Beliau menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi tentangan penduduk tempatan

3.   Kemelesetan Ekonomi Dunia
       Peluang keemasan ini digunakan oleh Jerman untuk mengukuhkan kedudukannya   sebagai sebuah negara yang kuat di Eropah. Situasi ini dan juga dasar agresif yang dilaksanakan oleh Jerman merupakan ancaman kepada negara lain terutama Britain. 

4.   Dasar / Pendirian negara terlibat
      Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2. Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu sama lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan suasana tegang di antara negara terbabit.


5.   Gerakan nasionalisme yang melampau di Jepun
Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera.
Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan.
6.   Kepentingan Ekonomi
Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.
7.   Isu keselamatan negara Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad ke-19] dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.
     Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas tentera Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis kepentingan negara merujuk kepada kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar diperkukuhkan.
     Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].

Kesimpulan
Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan. Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar dunia dicatatkan.

 

 

 

Aug 23, 2012

Perang Dunia Kedua

 
 Fakta yang mesti kita ketahui...

Faktor Meletusnya Perang Dunia Kedua

Aug 22, 2012

Kesan Perang Dunia Pertama


Pengenalan
Perang Dunia Pertama yang berlangsung pada tahun 1914 hingga tahun 1918 meninggalkan banyak kesan kepada negara-negara terlibat.  Kesan PD1 boleh dibahagikan kepada 3 iaitu kesan politik, ekonomi  dan sosial.

Kesan Perang Dunia Pertama
1.       Kesan Politik



 
2.       Kesan Ekonomi
Sebagai  negara yang terlibat secara langsung di dalam PD1, Rusia , Jerman dan Perancis menerima kesan yang buruk dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara-negara terbabit terjejas ekoran masalah yang timbul.

  1. Rusia
Masalah 1: Pengeluaran hasil pertanian merosot.
Punca: kekurangan tenaga kerja akibat pengambilan 4 juta buruh sebagai tentera.
Masalah 2: Kelemahan tentera Rusia.
Punca: sistem pengangkutan tidak berfungsi sehingga bekalan makanan dan bantuan tidak dapat dihantar.
Masalah 3: Perbelanjaan tidak seimbang
Punca: peruntukan yg besar terpaksa diberikan kepada bidang ketenteraan.
Pada tahun 1916, rakyat Rusia melancarkan mogok terhadap pemerintah Tsar.


ii. Jerman
Masalah 1: Inflasi
Punca: kekurangan bekalan makanan [terpaksa  dicatu]. Rakyat marah sehingga berlakunya rusuhan antikerajaan.
Masalah 2: Industri di Jerman terjejas
Punca: kemerosotan nilai mata wang Jerman [mark] dengan teruk sehingga menjejaskan pengeluaran arang batu dan besi.


iii. Perancis
Masalah: dibebani hutang
Punca: peperangan yg meletus di utara Perancis  menyebabkan pengeluaran arang batu, besi dan keluli merosot teruk.

 
3.       Kesan Sosial

i.      Banyak nyawa terkorban
PD1 meninggalkan kesan yg dahsyat. Sejumlah 8.5 juta tentera telah terkorban manakala seramai 12.5 juta orang awam terbunuh.

ii.    Pencemaran udara dan bumi
Pencemaran udara dan bumi juga turut berlaku. hal ini kerana penggunaan senjata kimia oleh negara yang terlibat untuk mengalahkan musuh masing-masing..

iii.  Kemusnahan harta benda
PD1 turut menyebabkan kemusnahan harta benda. Pengkalan tentera, kilang industri, jambatan, sistem pengakutan dan perhubungan dan kilang senjata menjadi sasaran utama serangan.

Kesimpulan
Jelas sekali bahawa PD1 telah meninggalkan impak yang besar kepada sejarah dunia. Pelbagai kesan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial telah dialami oleh negara-negara yang terlibat. PD1 bukan hanya menyebabkan keruntuhan sistem beraja di sesetengah negara, malah turut menjejaskan ekonomi dan kehilangan banyak nyawa.

Faktor Perang Dunia Pertama

Pengenalan
Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.

Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama
1.       Kegagalan Sistem Pakatan
Pakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi kepada 2 blok iaitu;
  1. Perikatan Tiga Kuasa [Austria-Hungary, Itali, Turki ]
  2. Pakatan Tiga Kuasa [Rusia, Perancis dan Britain]
Sistem Pakatan dibentuk bertujuan mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara Eropah @ mengawal kuasa atau blok tertentu menjadi lebih kuat. Walau bagaimanapun, selepas 1900, Sistem Pakatan tidak berkesan kerana pergolakan politik di Eropah. Sebagai contoh;
  1. Keruntuhan empayar Turki Uthmaniah menyebabkan negara2 Eropah berlumba-lumba menguasai rantau Balkan.
  2. Keinginan Rusia untuk menguasai Selat Bosporous dan Istanbul.
  3. Usaha Jerman memperkuatkan tentera lautnya menyebabkan Britain berasa bimbang.

2.       Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi]
Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis. Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan pasaran barangan] dan kemakmuran negara.

Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara Eropah yg belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh;
  1. 1890-an: Jerman mula merampas tanah jajahan Portugal dan Perancis di Afrika.
  2. Itali pula cuba menawan bekas jajahan  empayar Turki Uthmaniah.
Tindakan Jerman tidak disenangi oleh musuh lamanya iaitu Perancis [Perancis pernah menentang gerakan penyatuan Jerman]. Pada masa yang sama, Britain tidak menyenangi Jerman yg tindakan Jerman memperbesarkan tentera laut mereka. Britain juga tidak berpuas hati dengan tindakan Jerman menjual barangan mereka dengan harga yg murah di pasaran antarabangsa hingga menjejaskan pasaran barangan Britain. Pergolakan politik di Eropah bertambah teruk akibat persaingan kuasa besar seperti Rusia dan Austria-Hungary mendapatkan pengaruh politik.


3.       Persaingan Ketenteraan dan Persenjataan
Persaingan ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain. Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa itu.

Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan ketenteraan masing2.

  1. Rusia: memiliki 1.3 orang juta tentera
  2. Jerman: mempunyai 900 000 orang tentera
  3. Perancis: mempunyai 900 000 orang tentera.
Situasi ini telah mencetuskan ketegangan dan juga memungkinkan berlakunya peperangan.


4.       Perkembangan Pendidikan dan Ideologi
Sistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai contoh:
  1. Perancis: pendidikan sejarah di Perancis mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan bersedia menghadapinya.
  2. Jerman: menekankan bahasa Jerman dan mengagungkan peperangan serta menganggap mereka yang mati sebagai wira sejati.
Sistem pendidikan dan ideologi berteraskan semangat patriotisme dan menyanjungi peperangan banyak mendorong kepada berlakunya peperangan.

5.       Peristiwa Pembunuhan Franz Ferdinand

Archduke Franz Ferdinand merupakan waris takhta Austria-Hungary.  Archduke bersama isterinya tidak mengendahkan amaran anti-Austria  oleh nasionalis Bosnia berketurunan Serb agar tidak melawat Bosnia. Akhirnya, ketika perarakan pada 28 Jun 1914 di Sarajevo, kedua-duanya ditembak ahli kongsi gelap Black Hand berketurunan Serbia
Peristiwa ini dijadikan alasan oleh Austria untuk menghapuskan kedaulatan Serb. Austria menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serba untuk membebaskan diri dari Austria. Tindakan Austria disokong oleh sekutunya Jerman. Rusia yg juga merupakan sekutu Serbia pula bersedia menyerang Austria. Jerman cuba meminta Rusia membatalkan niatnya tetapi gagal. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya.

Kesimpulan
Perang Dunia Pertama memberikan impaks besar dalam sejarah dunia. Ia bukan sahaja menjejaskan politik negara terbabit tetapi turut menyebabkan berlakunya masalah ekonomi, jumlah kematian dan kemusnahan harta benda yang tinggi. Negara yang kalah seperti Jerman pula terpaksa menerima hukuman yang berat.

Aug 15, 2012

Selamat Hari Merdeka

Selain perayaan Hari Raya Aidilfitri, kita juga menyambut perayaan bersejarah negara iaitu Hari Kebangsaan [Kali yang ke 55] pada bulan ini. Semoga Bulan Kemerdekaan kali ini mendapat rahmat dan berkat sempena bulan Ramadhan dan juga Syawal.

Berikut saya kongsikan salah satu aktiviti Pra-U SeMeKaR sempena bulan kemerdekaan kali ini.

Program Jalur Gemilang
oleh Pelajar Pra-U Junior
 Pelajar Seni Visual sedang menjahit dan menggosok kain putih.
Mujur semuanya berbakat terutama bekas pelajar MPV.

 Pelajar Seni Visual sedang sibuk menyiapkan proses membuat lakaran.

 Semua pelajar Pra-U Junior sedang menunjukkan bakat mewarnakan Jalur Gemilang.
Walaupun terpaksa berpanas di tengah-tengah gelanggang, senyuman ceria
tidak lekang di bibir masing2. Semangat patriotik membara di dada.

Yahooooo...seronoknya!!! Akhirnya Jalur Gemilang terbesar di daerah Roban berjaya disiapkan.
Syabas kepada Cikgu Liza Dudum selaku orang kuat projek ini dan juga semua pelajar Pra-U Junior.
Syabas Anak Malaysia!!!!

Aug 8, 2012

Reaksi Orang China Terhadap Perluasan Kuasa Barat

Pengenalan
 Menjelang pertengahan abad ke-19, China berdepan dengan dasar penjajahan @ imperialisme Barat.  China memandang rendah orang Barat dan tidak mahu tunduk kepada kuasa Barat. China juga sentiasa curiga dengan kehadiran kuasa Barat. Terdapat beberapa isu yang mengeruhkan hubungan antara China dengan Barat.



1.       Isu Perdagangan
Pedagang Barat [British] tidak berpuas hati dengan dasar tutup pintu @ dasar pemencilan @ isolasi yg diamalkan oleh China. Pemerintah China mengenakan pelbagai peraturan ke atas pedagang asing / Barat. Contoh peraturan yg dikenakan ke atas pedagang barat;
 i.            Hanya boleh berdagang di Canton.
ii.            Hanya boleh berurus niaga dengan pedagang China yg dikenali sebagai Co-hong.
iii.            Tidak dibenarkan membawa wanita @ keluarga dan dilarang berkahwin dengan wanita tempatan.
iv.            Kapal perang & senjata tidak dibenarkan dibawa masuk.
v.            Hanya dibenarkan berdagang menggunakan wang emas dan perak sahaja.
 Pemerintah Dinasti Ching bimbang penentang mereka iaitu penyokong Ming akan mendapatkan bantuan & sokongan daripada pedagang Barat.
2.       Isu Candu
Pedagang British tidak berpuas hati kerana;
         i.            Peraturan yg dikenakan menguntungkan China
       ii.            Gagal menjadikan China sebagai pasaran barangan keluaran kilang mereka.
      iii.            Gagal mendapatkan teh dan sutera China yg mendapat permintaan tinggi di Eropah.
Oleh itu, pedagang British mencari jalan untuk menembusi pasaran China dengan membawa masuk candu. Candu mendapat sambutan masyarakat China sehingga jumlah dagangannya melebihi jumlah dagangan teh dan sutera China. Ekonomi China terjejas sehingga memaksa Maharaja Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu.
Lin Tsu-hse dilantik sebagai Pesuruhjaya Canton bagi memastikan candu tidak   diniagakan. Berlaku insiden tegang dengan Penguasa Perniagaan British di Canton iaitu Kapten Charles Elliot hingga berakhir dengan Perang Candu 1 [Perang Inggeris-China 1].
3.       Isu Perundangan
Ketegangan hubungan China – Barat dari segi perundangan berpunca daripada percanggahan prinsip.
Prinsip keadilan China: “ seseorang yg dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan” [Guilty until proven innocent]
Prinsip keadilan Barat:” seseorang yg dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas” [Innocent until proven guilty]
Falsafah undang2 China: hukuman adalah “Tanggungjawab berkumpulan”
Falsafah Undang2 Barat: hukuman adalah “ Tanggungjawab individu”

4.       Isu Penyebaran Agama Kristian dan Teknologi Barat
China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China. Kebudayaan dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme mulai terancam. Oleh itu, China telah bertindak;
  1. Paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin dibunuh.
  2. Membakar gereja.
Kedatangan pedagang Barat turut membawa masuk teknologi moden. Teknologi ini mengancam guna tenaga di China sehingga berlaku peningkatan pengangguran. Sebagai contoh, teknologi perlombongan.

5.       Isu Petempatan Orang Asing
Kemasukan pedagang asing menyebabkan munculnya . Petempatan asing di sekitar pelabuhan. Petempatan ini boleh dibahagikan mengikut negara pedagang antaranya Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan Rusia. Petempatan asing ini mempunyai sistem tersendiri [bebas dari kawalan China]. Orang asing yg tinggal dipetempatan tersebut hanya perlu  membayar pajakan kepada pemerintah China. Pemilikan petempatan oleh orang asing ini merupakan satu  bentuk pencerobohan yang tidak disukai oleh orang China.

Kesimpulan.
Isu yang timbul di antara kedua-dua belah pihak telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang menebal. Ketegangan yang timbul kemudiannya telah mencetuskan Perang Inggeris-China I ataupun Perang Candu I. Konflik yang berterusan menyebabkan beberapa siri perjanjian ditandatangani. Kesannya, British semakin berkuasa di China.










Aug 6, 2012

Perkembangan Pendidikan di Jerman & Perancis


Pengenalan
Perkembangan pendidikan di negara-negara Eropah banyak dipengaruhi oleh
perubahan yang berlaku semasa zaman renaisans. Zaman renaisans menyaksikan
berlakunya gerakan intelek termasuk di Perancis dan Jerman.

A.      PENDIDIKAN DI PERANCIS
Zaman Pencerahan merupakan permulaan gerakan intelek di Perancis. Revolusi Saintifik mempergiatkan lagi perkembangan bidang pendidikan. Kemajuan dalam bidang percetakan telah memberi impak besar kepada kadar celik huruf.
Pendidikan tidak lagi terhad kepada golongan tertentu. Pada tahun 1880, Jules Ferry [Menteri Pelajaran Perancis] telah memperkenalkan sistem pendidikan asas kepada semua golongan. Setiap bandar dan kampung dibina sekolah dan ditempatkan guru yg terlatih. Beliau mewajibkan  pendidikan percuma dan bebas dari kawalan gereja.

Faktor perkembangan pendidikan di Perancis
  1. Gelombang renaisans iaitu gerakan intelektual yg bermula di Itali sebelum berkembang ke seluruh Eropah.
  2. Revolusi sains yg mencetuskan pemikiran saintifik dan meninggalkan kepercayaan yg dianggap karut.
  3. Peranan badan keagamaan / gereja / mubaligh
  4. Pengiktirafan kerajaan yg mula sedar tentang kepentingan dan manfaat jika rakyat berpendidikan.
  5. Perubahan dalam keperluan kerjaya yg mengkehendaki mereka yg berpendidikan.

Kekangan bagi wanita Perancis dalam bidang pendidikan;
Berlaku kekangan pengelibatan golongan wanita dalam pendidikan. Hal ini disebabkan oleh;
  1. Ketaksamaan gender: pendidikan yg diterima oleh kanak2 perempuan adalah terhad berbanding lelaki.
-          Contoh 1: kanak2 perempuan tidak dibenarkan mempelajari sains dan politik.
-          Contoh 2: Kanak2 perempuan dianggap lemah dan hanya sesuai mempelajari hal berkaitan rumah tangga.
 
B.      PENDIDIKAN DI JERMAN
Pada abad ke-18, Raja Frederick II mewajibkan pendidikan rendah. Pendidikan rendah ini merupakan kursus 8 tahun [kanak2 berumur 5 – 13 tahun]. Golongan elit berpeluang mengikuti sekolah swasta selama 4 tahun di peringkat menengah. Rakyat biasa pula hampir tidak berpeluang mengikuti pendidikan menengah.
Pada tahun 1819, Jerman memperkenalkan sistem pendidikan 3 peringkat. Pendidikan ini menekankan sistem kawalan pemikiran @ minda. Antara peringkat pendidikan yg diperkenalkan ialah;
  1. Sekolah realschule: menekankan pemikiran saintifik.
  2. Sekolah volkschulen: kanak2 diajar tentang keharmonian dan kepatuhan.

Ciri-ciri sistem pendidikan di Jerman ketika itu;
  1. Sistem pembacaan ayat secara keseluruhan bagi memudahkan ia dihafal.
  2. Menggantikan sistem abjad pengajaran dengan bunyi @ fonetik. Oleh yg demikian, kanak2 boleh membaca walaupun tidak memahami maksudnya.
  3. Menekankan kehadiran wajib dan tadika mandatori, latihan keguruan, kurikulum kebangsaan dan ujian peringkat nasional.
Pada tahun 1810, Pensijilan guru diperkenalkan untuk menaik taraf pengajaran.
Seterusnya, dalam tahun 1871, peperiksaan akhir, abitur diperkenalkan dan menjadi syarat dalam profesion yg dipelajari atau perkhidmatan awam.
Selepas Jerman bersatu, persekolahan berpusat diperkenalkan. Lebih banyak sekolah menengah ditubuhkan untuk melahirkan anak muda yg berpendidikan. Kerajaan berkuasa mutlak dalam menyelia sekolah2 baru ini. Terdapat 4 jenis sekolah menengah telah dibangunkan iaitu;



Kesimpulan
Perkembangan pesat pendidikan di Jerman dan Perancis telah melahirkan masyarakat yang celik huruf dan berpengetahuan. Peningkatan kadar literasi membolehkan masyarakat Eropah khususnya menguasai banyak bidang pengetahuan sehingga menjadi negara yang pesat membangun.


Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]