Menjelang pertengahan abad ke-19, China berdepan dengan dasar penjajahan @ imperialisme Barat. China memandang rendah orang Barat dan tidak mahu tunduk kepada kuasa Barat. China juga sentiasa curiga dengan kehadiran kuasa Barat. Terdapat beberapa isu yang mengeruhkan hubungan antara China dengan Barat.
1.
Isu Perdagangan
Pedagang Barat [British] tidak berpuas hati
dengan dasar tutup pintu @ dasar pemencilan @ isolasi yg
diamalkan oleh China. Pemerintah China mengenakan pelbagai peraturan ke atas
pedagang asing / Barat. Contoh peraturan yg dikenakan ke atas pedagang barat;
i.
Hanya boleh berdagang di Canton.
ii.
Hanya boleh berurus niaga dengan pedagang China
yg dikenali sebagai Co-hong.
iii.
Tidak dibenarkan membawa wanita @ keluarga dan
dilarang berkahwin dengan wanita tempatan.
iv.
Kapal perang & senjata tidak dibenarkan
dibawa masuk.
v.
Hanya dibenarkan berdagang menggunakan wang emas
dan perak sahaja.
Pemerintah Dinasti Ching bimbang penentang
mereka iaitu penyokong Ming akan mendapatkan bantuan & sokongan daripada
pedagang Barat.
2.
Isu Candu
Pedagang British tidak berpuas hati
kerana;
i.
Peraturan yg dikenakan menguntungkan China
ii.
Gagal menjadikan China sebagai pasaran
barangan keluaran kilang mereka.
iii.
Gagal mendapatkan teh dan sutera China yg
mendapat permintaan tinggi di Eropah.
Oleh itu, pedagang British mencari
jalan untuk menembusi pasaran China dengan membawa masuk candu. Candu
mendapat sambutan masyarakat China sehingga jumlah dagangannya melebihi jumlah
dagangan teh dan sutera China. Ekonomi China terjejas sehingga memaksa Maharaja
Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu.
Lin Tsu-hse dilantik sebagai Pesuruhjaya Canton bagi
memastikan candu tidak diniagakan. Berlaku insiden tegang dengan Penguasa
Perniagaan British di Canton iaitu Kapten Charles Elliot hingga berakhir dengan
Perang Candu 1 [Perang Inggeris-China 1].
3.
Isu Perundangan
Ketegangan hubungan China – Barat
dari segi perundangan berpunca daripada percanggahan prinsip.
Prinsip keadilan China: “
seseorang yg dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran
dapat dibuktikan” [Guilty until proven innocent]
Prinsip keadilan Barat:”
seseorang yg dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah
kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas” [Innocent until proven guilty]
Falsafah undang2 China: hukuman
adalah “Tanggungjawab berkumpulan”
Falsafah Undang2 Barat: hukuman
adalah “ Tanggungjawab individu”
4.
Isu Penyebaran Agama Kristian dan Teknologi
Barat
China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang
berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China. Kebudayaan
dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme mulai terancam. Oleh
itu, China telah bertindak;
- Paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin dibunuh.
- Membakar gereja.
Kedatangan pedagang Barat turut membawa masuk teknologi
moden. Teknologi ini mengancam guna tenaga di China sehingga berlaku
peningkatan pengangguran. Sebagai contoh, teknologi perlombongan.
5.
Isu Petempatan Orang Asing
Kemasukan pedagang asing menyebabkan munculnya . Petempatan
asing di sekitar pelabuhan. Petempatan ini boleh dibahagikan mengikut negara
pedagang antaranya Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan Rusia. Petempatan asing
ini mempunyai sistem tersendiri [bebas dari kawalan China]. Orang asing yg
tinggal dipetempatan tersebut hanya perlu membayar pajakan kepada pemerintah China. Pemilikan
petempatan oleh orang asing ini merupakan satu bentuk pencerobohan yang tidak disukai oleh
orang China.
Kesimpulan.
Isu yang timbul di antara kedua-dua belah pihak telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang menebal. Ketegangan yang timbul kemudiannya telah mencetuskan Perang Inggeris-China I ataupun Perang Candu I. Konflik yang berterusan menyebabkan beberapa siri perjanjian ditandatangani. Kesannya, British semakin berkuasa di China.
boleh tk bg nota ringkas pasal perang boxer ? ^^
ReplyDeleteSalam ceria Dhya carl. Saya akan cuba dalam masa terdekat. Tq
ReplyDeleteSalam ceria Dhya carl. Saya akan cuba dalam masa terdekat. Tq
ReplyDeletemalam..nak tahu tentang keadaan china semasa isu2 tu..
ReplyDelete