Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Dec 14, 2016

TERIMA KASIH SEMUA

Admin sudah berpindah ke blog baru iaitu 
Teruskan sokongan anda di sana. 
Semoga hubungan kita kekal untuk selamanya.


Sejak 19 Mei 2012, blog ini telah dikunjungi sebanyak lebih 2 JUTA kali. Admin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kunjungan, sokongan, komen semua. Admin cukup menghargai semunya. Dalam tempoh 4 TAHUN lebih, followers blog ini pernah mencecah sehingga 700 lebih orang; sesuatu yang admin tak pernah bayangkan.

Banyak yang admin korbankan; masa, tenaga dan fikiran dalam membina blog ini. Daripada pengetahuan yang sangat cetek tetapi berbekalkan keazaman dan keseronokan, admin berjaya membina blog ini walau masih banyak yang perlu diperbaiki.

Di sini, admin abadikan kecintaan pada subjek sejarah, abadikan kenangan bersama anak-anak didik, keluarga dan rakan2. Sesungguhnya, terlalu banyak kenangan yang tercipta di sini.



Terima kasih semua...

Admin
11.03 pagi
Khamis
15/12/2016

Jun 5, 2015

Majlis Pra Gawai 2015

 

Admin berucap selaku Tuai Gawai @ Pengerusi Pra Gawai

 Bergambar dengan pemenang Pekit Keling & Kumang

Kumang Gawai 2015
 [Menurut legenda Iban, Kumang merupakan wanita yang cantik,
bersopan santun dan berkebolehan dalam pelbagai aspek]


 Admin diapit dua orang pelajar T6
yang berpakaian tradisional kaum Bidayuh

Barisan pelajar T6 yang menyertai Pertandingan Keling Gawai
[Keling adalah pahlawan terbilang dalam lagenda masyarakat Iban]


Semuanya manis dan bergaya.
Pelajar T6 berpakaian tradisional Iban dan Orang Ulu


 
Dewan Sri Tebujang dipenuhi pengabang [tetamu]
 

Majlis ini telah dianjurkan sepenuhnya oleh warga Pra-U SMK Kalaka [Guru2 & para pelajar].

Terima kasih atas sokongan pihak pengurusan sekolah.
Terima kasih juga kepada tetamu @ pengabang yang datang.
Sekalung tahniah & syabas kepada TEAM PRA-U atas komitmen padu yang diberikan sehingga majlis berjalan lancar & happening...

May 24, 2015

Dalam Mood Gawai

Selamat Hari Gawai Dayak ngagai semua bala temuai blog tu ke sama ngintu gawai.
Ngarapka sama gaga ati ulih begelumu enggau diri sebilik.

Jan 16, 2014

Jejak Teman

Baru-baru ini, saya menghadiri Taklimat PBS Sejarah 940/4 di Sibu. Semua guru sejarah dari Bahagian Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang dan Mukah 'bersidang' di SMB Sacred Heart Sibu. Banyak info diperoleh selain mendapat kenalan baru. Paling menarik ialah bertemu classmate semasa mengikuti KPLI di Batu Lintang Training College [tahun 2000]. Haha...dah 13 tahun rupanya tidak bertemu... semoga Cikgu Awangku Fazeruddin [maaf cikgu jika tersalah eja hehe...]  dan Cikgu Wan Serail terus ceria dan bersemangat waja mengajar sejarah haha...

Bersama Cikgu Awangku [Miri] dan Cikgu Wan Serail [Limbang]


Jan 6, 2014

Ku Syukuri Karunia-Mu

Selamat tinggal 2013 & selamat datang 2014.
 
Sudah agak lewat tetapi belum terlambat untuk saya ucapkan Merry Christmas kepada semua umat Yesus dan Happy New Year kepada semua pengunjung blog ini. Tahun 2013 menutup tirai dengan pelbagai kisah suka dan duka / pahit & manis.
 
2013 juga mencatatkan cebisan kisah duka yang masih berbekas di hati. Kehilangan salah seorang rakan guru yang cukup baik orangnya amat dirasai. Perginya dalam usia yang terlalu muda memang tidak dapat ditukar ganti. Selain itu kehilangan FOLDER SEJARAH yang mengandungi semua bahan pengajaran [power point Penggal 1 - 3], nota, latihan dan Rancangan Penggalan cukup menguji kesabaran [juga memberi pengajaran bermakna].
 
Walau bagaimanapun, kesihatan yang baik, kerjaya yang berjalan lancar, kebahagiaan dan kejayaan2 yang diukir sepanjang 2013 cukup bermakna. Kelahiran putera tunggal saya, Alvian Andraya Anyan pada 22/11/13 merupakan anugerah terindah sepanjang 2013 yang menjadi penutup tirai 2013. TERIMA KASIH TUHAN.
 
Melangkah ke tahun 2014 dengan hati yang teruja. Besar harapan di hati agar tahun baru ini menjadi tahun yang penuh berkat buat kita semua. Walaupun masuk ke kelas dengan langkah tempang dan pincang bila semua bahan tidak ada, namun di hati tertanam semangat untuk membuat semula semua BAHAN P&P SEJARAH yang sudah hilang. Biarlah segalanya bermula dari awal, asalkan dapat membantu pelajar semua.
 
Azam? Azam tahun 2013 saya untuk menulis novel sudah tercapai (hanya menunggu masa untuk diterbitkan...Tungguuu....). Azam 2014 saya pula biarlah rahsia... Marilah kita sama-sama berusaha mencapai azam @ impian kita di tahun 2014 ini.  
 
Semoga tahun 2014, Blog Semekarcintaku semakin mekar di hati anda semua....

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]