Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.
Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama
1. Kegagalan Sistem Pakatan
Pakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi kepada 2 blok iaitu;
- Perikatan Tiga Kuasa [Austria-Hungary, Itali, Turki ]
- Pakatan Tiga Kuasa [Rusia, Perancis dan Britain]
- Keruntuhan empayar Turki Uthmaniah menyebabkan negara2 Eropah berlumba-lumba menguasai rantau Balkan.
- Keinginan Rusia untuk menguasai Selat Bosporous dan Istanbul.
- Usaha Jerman memperkuatkan tentera lautnya menyebabkan Britain berasa bimbang.
2. Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi]
Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis. Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan pasaran barangan] dan kemakmuran negara.
Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara Eropah yg belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh;
- 1890-an: Jerman mula merampas tanah jajahan Portugal dan Perancis di Afrika.
- Itali pula cuba menawan bekas jajahan empayar Turki Uthmaniah.
3. Persaingan Ketenteraan dan Persenjataan
Persaingan ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain. Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa itu.
Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan ketenteraan masing2.
- Rusia: memiliki 1.3 orang juta tentera
- Jerman: mempunyai 900 000 orang tentera
- Perancis: mempunyai 900 000 orang tentera.
4. Perkembangan Pendidikan dan Ideologi
Sistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai contoh:
- Perancis: pendidikan sejarah di Perancis mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan bersedia menghadapinya.
- Jerman: menekankan bahasa Jerman dan mengagungkan peperangan serta menganggap mereka yang mati sebagai wira sejati.
“Archduke Franz Ferdinand merupakan
waris takhta Austria-Hungary. Archduke
bersama isterinya tidak mengendahkan amaran anti-Austria oleh nasionalis Bosnia berketurunan Serb agar
tidak melawat Bosnia. Akhirnya, ketika perarakan pada 28 Jun 1914 di Sarajevo,
kedua-duanya ditembak ahli kongsi gelap Black Hand berketurunan Serbia”
Peristiwa
ini dijadikan alasan oleh Austria untuk menghapuskan kedaulatan Serb. Austria
menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serba untuk membebaskan
diri dari Austria. Tindakan
Austria disokong oleh sekutunya Jerman. Rusia
yg juga merupakan sekutu Serbia pula bersedia menyerang Austria. Jerman
cuba meminta Rusia membatalkan niatnya tetapi gagal. Akhirnya,
Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya. Kesimpulan
Perang Dunia Pertama memberikan impaks besar dalam sejarah dunia. Ia bukan sahaja menjejaskan politik negara terbabit tetapi turut menyebabkan berlakunya masalah ekonomi, jumlah kematian dan kemusnahan harta benda yang tinggi. Negara yang kalah seperti Jerman pula terpaksa menerima hukuman yang berat.
teacher, your blog help so much in my sejarah understanding and i love reading it!
ReplyDeleteNijey Chong, SMK Batu Lintang
Nigel chong, memang niat saya menjadikan blog ini bermanfaat kepada semua terutama pelajar pra-u. Terima kasih atas sokongan Nigel.
ReplyDeleteCikgu, blog cikgu amat membantu saya mencari bahan belajar. terima kasih cikgu :')
ReplyDeleteblog ini sgt mmbantu. may god bless your life teacher! :))
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteSalam Dari Binjai... blog ini mantap....
ReplyDeleteThnks teacher, I love it
ReplyDelete