Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Aug 26, 2012

Faktor Berlakunya Perang Dingin


Pengenalan
Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar setelah PD2 berakhir iaitu;
  1. Blok Kapitalis [diketuai oleh AS]
  2. Blok Komunis [diketuai oleh Soviet Union / Rusia]
Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran bersenjata @ secara langsung. Kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi penyokong / dalang / ‘orang di belakang tabir’ kepada negara2 yang bertelagah @ berkonflik.
 
Faktor Berlakunya Perang Dingin

F1. Perbezaan Ideologi [Kapitalisme vs Komunisme]
Perbezaan ideologi juga menyumbang kepada meletusnya Perang Dingin. AS mendukung ideologi kapitalis manakala Soviet Union mengamalkan ideologi komunis. Hal ini menimbulkan persaingan dan konflik untuk mendapatkan pengaruh.


F2. Kegagalan 3 Siri Rundingan
Sejak tahun 1943 - 1945, pemimpin Kuasa Berikat iaitu AS, Rusia, Perancis dan Britain mengadakan 3 siri pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah lebih-lebih lagi ketika Jerman berada di ambang kekalahan.  Perbincangan ini menyangkut hal konsesi Rusia di Eropah Tengah, pembahagian negara Jerman kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas Poland dan isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah.  

Walau bagaimanapun, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak mencapai kata putus. Keadaan ini menyebabkan keretakan hubungan sehingga membawa kepada Perang Dingin. Lebih mengeruhkan keadaan, rakan dalam Kuasa Berikat curiga dengan tindak-tanduk Rusia yg dikuasai oleh komunis
 
F3. Kemerosotan Ekonomi di Eropah
Kesan daripada PD2, ekonomi di negara2 Eropah terjejas teruk. Ekonomi Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas berikutan sebahagian besar pendapatan negara diperuntukan membiayai PD2. Kelemahan ekonomi negara terbabit membolehkan AS menawarkan bantuan berupa dana dan sokongan bagi menghalang perluasan ideologi komunis. Pada tahun 1948, AS menubuhkan Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat selain mengekang pengaruh komunis.
Rusia menolak Rancangan Marshall kerana beranggapan bahawa ia adalah salah satu bentuk campur tangan AS. Rusia kemudian cuba mempengaruhi negara2 di Eropah Timur agar tidak menerima bantuan AS.  Atas inisiatif Rusia, blok komunis [negara2 di Eropah Timur] telah menubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh AS.
 
F4. Rusia Bimbang Ancaman Jerman
Rusia sentiasa bimbang ancaman Jerman.  Oleh itu, Rusia bercadang menguasai negara2 di Eropah timur untuk dijadikan sebagai ‘Zon Penampan’.  Joseph Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah Peristiwa Operasi Barbarossa berulang [ Adolf Hitler memimpin serangan besar-besaran selama 900 hari dan menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia].
Rusia berusaha melemahkan Jerman yg dianggap sebagai negara terkuat dan agresif dengan menghalang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Oleh yang demikian, Jerman terbahagi 2 iaitu Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis].  AS yang mengharapkan bantuan Rusia bagi menghadapi Jepun terpaksa membiarkan Rusia mengembangkan pengaruhnya sehingga semua negara di Eropah Timur dikuasai oleh komunis.


 Kesimpulan
Perang Dingin yang tercetus di antara AS dengan Soviet Union memberi impak yang mendalam kepada negara-negara di Eropah khususnya dan seluruh dunia amnya. Beberapa peperangan yang tercetus di antara negara dikatakan didalangi oleh dua blok kuasa tersebut bagi tujuan meraih sokongan dan menguji senjata baru.

13 comments:

  1. slam cikgu kenapa kesan perang dunia ke-2 x boleh search..

    ReplyDelete
  2. Salam Linda Akma.
    Terima kasih atas keprihatinan anda. Kemungkinan besar alamat url yg saya tulis ada kesilapan. Saya akan betulkan dalam kadar yg segera.

    ReplyDelete
  3. hurmmm ... terima kasih cikgu atas maklumat yang cikgu berikan . tapi cikgu boleh saya tanya .. apa perbezaan di antara faktor-faktor perang dingin dan peristiwa-peristiwa yang menyebabkan perang dingin ...??

    _ Pelajar SMK Darulaman:) _

    ReplyDelete
  4. Salam ceria Misz Tata. Pd pdpt saya, tak banyak bezanya. Peristiwa2 itu sndiri boleh menjadi faktor atapun menyokong faktor. Ia boleh mjadi isi atau huraian ataupun contoh dlm esei. Tpi x smstinya peristiwa mjdi isi trutama klu pstiwa itu kecil atau kurang impaknya.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu,banyak nota dari sini saya tapau untuk kuiz di kelas^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iliy... Terima kasih kerana mnjadikan blog in sbg slh satu drp sumber rujukan anda. Semoga mendpt manfaatnya...

      Delete
  6. terima kasih cikgu...dri nota yg diberikan sy mmpu fhm ttg tajuk ni...sya jga mohon untk mengambil nota ini untk dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  7. I'll always love history.
    Even I can't understand it but I'll try to look and prepare for my stpm.

    ReplyDelete
  8. Haiiya,ini mcm aaa,chawnima leee

    ReplyDelete

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]