Perang Dingin yang tercetus antara AS dengan Rusia meninggalkan pelbagai kesan yang turut dirasai sehingga kini.
Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"
Klik Jer...
Aug 29, 2012
Aug 26, 2012
Faktor Berlakunya Perang Dingin
Pengenalan
Perang
Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar setelah PD2 berakhir iaitu;
- Blok Kapitalis [diketuai oleh AS]
- Blok Komunis [diketuai oleh Soviet Union / Rusia]
Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran
bersenjata @ secara langsung. Kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi
penyokong / dalang / ‘orang di belakang tabir’ kepada negara2 yang bertelagah @
berkonflik.
Faktor Berlakunya Perang Dingin
F1. Perbezaan Ideologi [Kapitalisme vs Komunisme]
Perbezaan ideologi juga menyumbang kepada meletusnya Perang Dingin. AS mendukung ideologi kapitalis manakala Soviet Union mengamalkan ideologi komunis. Hal ini menimbulkan persaingan dan konflik untuk mendapatkan pengaruh.
F2. Kegagalan 3 Siri Rundingan
Sejak tahun 1943 - 1945, pemimpin Kuasa Berikat iaitu AS, Rusia, Perancis dan Britain mengadakan
3 siri pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah lebih-lebih lagi ketika
Jerman berada di ambang kekalahan. Perbincangan
ini menyangkut hal konsesi Rusia di Eropah Tengah, pembahagian negara Jerman
kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas Poland dan isu penguasaan ke
atas Eropah Timur dan Eropah Tengah.
Walau
bagaimanapun, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak
mencapai kata putus. Keadaan
ini menyebabkan keretakan hubungan sehingga membawa kepada Perang Dingin. Lebih mengeruhkan keadaan, rakan dalam Kuasa Berikat curiga
dengan tindak-tanduk Rusia yg dikuasai oleh komunis
F3. Kemerosotan Ekonomi di Eropah
Kesan daripada PD2, ekonomi di negara2 Eropah terjejas teruk. Ekonomi
Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas berikutan sebahagian besar pendapatan
negara diperuntukan membiayai PD2. Kelemahan
ekonomi negara terbabit membolehkan AS menawarkan bantuan berupa dana dan sokongan
bagi menghalang perluasan ideologi komunis. Pada tahun 1948,
AS menubuhkan Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat
selain mengekang pengaruh komunis.
Rusia
menolak Rancangan Marshall kerana beranggapan bahawa ia adalah salah satu bentuk
campur tangan AS. Rusia
kemudian cuba mempengaruhi negara2 di Eropah Timur agar tidak menerima bantuan
AS. Atas
inisiatif Rusia, blok komunis [negara2 di Eropah Timur] telah menubuhkan satu
pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh
AS.
F4. Rusia Bimbang Ancaman Jerman
Rusia
sentiasa bimbang ancaman Jerman. Oleh
itu, Rusia bercadang menguasai negara2 di Eropah timur untuk dijadikan sebagai
‘Zon Penampan’. Joseph
Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah Peristiwa Operasi
Barbarossa berulang [ Adolf Hitler memimpin serangan besar-besaran selama 900
hari dan menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia].
Rusia
berusaha melemahkan Jerman yg dianggap sebagai negara terkuat dan agresif
dengan menghalang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Oleh
yang demikian, Jerman terbahagi 2 iaitu Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat
[kapitalis]. AS
yang mengharapkan bantuan Rusia bagi menghadapi Jepun terpaksa membiarkan Rusia
mengembangkan pengaruhnya sehingga semua negara di Eropah Timur dikuasai oleh
komunis.
Aug 25, 2012
Kesan Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Ke-2 yang meletus, telah meninggalkan banyak kesan kepada sejarah dunia. Berikut ialah kesan akibat PD2.
Faktor Perang Dunia Kedua Meletus
Pengenalan
Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945. PD2 bukan hanya melibatkan negara-negara di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan Kepulauan Pasifik. Perang yang melibatkan dua kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang tercetus pada tahun 1914-1918. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepad tercetusnya PD2.
1. Perjanjian Versailles yang berat sebelah
Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat Perjanjian Versailles
berat sebelah. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka.
Oleh itu, setelah memerintah Jerman, Adolf
Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah bertindak;
i. Menubuhkan Tentera Udara Jerman
ii. Menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi
membentuk pasukan tentera.
iii. Menawan wilayah Rhineland dan Saar yang
diserahkan kepada Perancis.
iv. Memasukkan Austria ke dalam Jerman
v. Menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia
vi. Menyerang Poland
Tindakan
Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain mengisytiharkan perang
ke atas Jerman sekaligus mencetuskan PD2.
2. Pertentangan Ideologi [Demokrasi vs Fasisme / Nazisme]
Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul sekitar tahun 1920-an telah menggugat kestabilan politik di Eropah.
Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan kecaman antarabangsa dengan menakluki Habsyah. Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah jajahan Perancis di Afrika Utara. Beliau menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi tentangan penduduk tempatan
3. Kemelesetan Ekonomi Dunia
Peluang keemasan ini digunakan oleh Jerman untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah negara yang kuat di Eropah. Situasi ini dan juga dasar agresif yang dilaksanakan oleh Jerman merupakan ancaman kepada negara lain terutama Britain.
4. Dasar / Pendirian negara terlibat
Dasar
atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada tercetusnya PD2. Pada
ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri @ bersaing untuk mengatasi satu
sama lain sama ada dari segi ekonomi mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan suasana tegang di antara negara terbabit.
5. Gerakan nasionalisme yang melampau di Jepun
Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang
mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula
negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak
amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan
rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah
dengan golongan tentera.
Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan
golongan petani dan rakyat Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas
hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada
tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan
Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan.
6. Kepentingan Ekonomi
Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi
Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Bagi mendapatkan bekalan
bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China
dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis bimbang
dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara
menjejaskan kepentingan mereka.
7. Isu keselamatan negara Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung
abad ke-19] dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan Jepun
berdepan tekanan kuasa Barat seperti AS, Britain dan Rusia. Yoshida Shoin,
iaitu tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan
pertahanannya.
Yamagata
Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga pengasas tentera
Jepun moden mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep garis
kepentingan negara merujuk kepada kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan
Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan
negara ini wajar diperkukuhkan.
Penekanan
ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara
dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria
[1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].
Kesimpulan
Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2. Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi sebarang peperangan. Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah perang besar dunia dicatatkan.
Aug 23, 2012
Aug 22, 2012
Kesan Perang Dunia Pertama
Pengenalan
Perang Dunia
Pertama yang berlangsung pada tahun 1914 hingga tahun 1918 meninggalkan banyak
kesan kepada negara-negara terlibat. Kesan
PD1 boleh dibahagikan kepada 3 iaitu kesan
politik, ekonomi dan sosial.
Kesan Perang Dunia Pertama
1. Kesan Politik
Sebagai negara yang terlibat secara langsung di dalam PD1, Rusia , Jerman dan Perancis menerima kesan yang buruk dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara-negara terbabit terjejas ekoran masalah yang timbul.
- Rusia
Masalah 1: Pengeluaran
hasil pertanian merosot.
Punca: kekurangan tenaga
kerja akibat pengambilan 4 juta buruh sebagai tentera.
Masalah 2: Kelemahan
tentera Rusia.
Punca: sistem pengangkutan
tidak berfungsi sehingga bekalan makanan dan bantuan tidak dapat dihantar.
Masalah 3: Perbelanjaan
tidak seimbang
Punca: peruntukan yg besar
terpaksa diberikan kepada bidang ketenteraan.
Pada tahun 1916, rakyat Rusia melancarkan mogok terhadap pemerintah Tsar.
ii. Jerman
Masalah 1: Inflasi
Punca: kekurangan bekalan
makanan [terpaksa dicatu]. Rakyat marah
sehingga berlakunya rusuhan antikerajaan.
Masalah 2: Industri di
Jerman terjejas
Punca: kemerosotan nilai
mata wang Jerman [mark] dengan teruk
sehingga menjejaskan pengeluaran arang batu dan besi.
iii. Perancis
Masalah: dibebani hutang
Punca: peperangan yg
meletus di utara Perancis menyebabkan
pengeluaran arang batu, besi dan keluli merosot teruk.
i. Banyak nyawa terkorban
PD1 meninggalkan kesan yg dahsyat. Sejumlah 8.5 juta tentera telah terkorban manakala seramai 12.5 juta orang awam terbunuh.
ii. Pencemaran udara dan bumi
Pencemaran udara dan bumi juga turut berlaku. hal ini kerana penggunaan senjata kimia oleh negara yang terlibat untuk mengalahkan musuh masing-masing..
iii. Kemusnahan harta benda
PD1 turut menyebabkan kemusnahan harta benda. Pengkalan tentera, kilang
industri, jambatan, sistem pengakutan dan perhubungan dan kilang senjata
menjadi sasaran utama serangan.Kesimpulan
Jelas sekali bahawa PD1 telah meninggalkan impak yang besar kepada sejarah dunia. Pelbagai kesan sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial telah dialami oleh negara-negara yang terlibat. PD1 bukan hanya menyebabkan keruntuhan sistem beraja di sesetengah negara, malah turut menjejaskan ekonomi dan kehilangan banyak nyawa.
Faktor Perang Dunia Pertama
Pengenalan
Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.
Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama
1. Kegagalan Sistem Pakatan
Pakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi kepada 2 blok iaitu;
2. Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi]
Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis. Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan pasaran barangan] dan kemakmuran negara.
Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara Eropah yg belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh;
3. Persaingan Ketenteraan dan Persenjataan
Persaingan ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain. Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa itu.
Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan ketenteraan masing2.
4. Perkembangan Pendidikan dan Ideologi
Sistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai contoh:
5.
Peristiwa Pembunuhan Franz Ferdinand
Kesimpulan
Perang Dunia Pertama memberikan impaks besar dalam sejarah dunia. Ia bukan sahaja menjejaskan politik negara terbabit tetapi turut menyebabkan berlakunya masalah ekonomi, jumlah kematian dan kemusnahan harta benda yang tinggi. Negara yang kalah seperti Jerman pula terpaksa menerima hukuman yang berat.
Perang Dunia Pertama ataupun The Great War tercetus antara tahun 1914 hingga tahun 1918. Perang ini berlaku di antara negara-negara di Eropah. Walaupun hanya berlangsung dalam tempoh lebih kurang empat tahun, tetapi ia memberi kesan yang besar terutama kepada catatan sejarah dunia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perang ini tercetus.
Faktor Berlakunya Perang Dunia Pertama
1. Kegagalan Sistem Pakatan
Pakatan ini terbentuk selepas Prusia [Jerman] mengalahkan Perancis pada tahun 1870. Kesannya, Eropah terbahagi kepada 2 blok iaitu;
- Perikatan Tiga Kuasa [Austria-Hungary, Itali, Turki ]
- Pakatan Tiga Kuasa [Rusia, Perancis dan Britain]
- Keruntuhan empayar Turki Uthmaniah menyebabkan negara2 Eropah berlumba-lumba menguasai rantau Balkan.
- Keinginan Rusia untuk menguasai Selat Bosporous dan Istanbul.
- Usaha Jerman memperkuatkan tentera lautnya menyebabkan Britain berasa bimbang.
2. Faktor Ekonomi [Dasar Imperialisme Ekonomi]
Tanah jajahan penting bagi negara2 Eropah seperti Britain dan Perancis. Tanah jajahan menjadi sumber ekonomi [pembekal bahan mentah dan pasaran barangan] dan kemakmuran negara.
Sehingga penghujung abad ke-19, Jerman dan Itali merupakan negara Eropah yg belum memiliki tanah jajahan. Oleh itu, Jerman dan Itali berusaha mendapatkan tanah jajahan. Sebagai contoh;
- 1890-an: Jerman mula merampas tanah jajahan Portugal dan Perancis di Afrika.
- Itali pula cuba menawan bekas jajahan empayar Turki Uthmaniah.
3. Persaingan Ketenteraan dan Persenjataan
Persaingan ini wujud di antara Jerman, Perancis dan Britain. Jerman berjaya memperbesar dan memperkuatkan angkatan lautnya. Britain cuba menyaingi Jerman dengan membina HMS Dreadnought, iaitu kapal perang terhebat pada masa itu.
Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah memberi peruntukan yg besar kepada sektor ketenteraan. Menjelang tahun 1900, negara terbabit berjaya memperkuatkan ketenteraan masing2.
- Rusia: memiliki 1.3 orang juta tentera
- Jerman: mempunyai 900 000 orang tentera
- Perancis: mempunyai 900 000 orang tentera.
4. Perkembangan Pendidikan dan Ideologi
Sistem pendidikan yg diamalkan di beberapa negara Eropah menekankan semangat patriotik. Sebagai contoh:
- Perancis: pendidikan sejarah di Perancis mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan bersedia menghadapinya.
- Jerman: menekankan bahasa Jerman dan mengagungkan peperangan serta menganggap mereka yang mati sebagai wira sejati.
“Archduke Franz Ferdinand merupakan
waris takhta Austria-Hungary. Archduke
bersama isterinya tidak mengendahkan amaran anti-Austria oleh nasionalis Bosnia berketurunan Serb agar
tidak melawat Bosnia. Akhirnya, ketika perarakan pada 28 Jun 1914 di Sarajevo,
kedua-duanya ditembak ahli kongsi gelap Black Hand berketurunan Serbia”
Peristiwa
ini dijadikan alasan oleh Austria untuk menghapuskan kedaulatan Serb. Austria
menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serba untuk membebaskan
diri dari Austria. Tindakan
Austria disokong oleh sekutunya Jerman. Rusia
yg juga merupakan sekutu Serbia pula bersedia menyerang Austria. Jerman
cuba meminta Rusia membatalkan niatnya tetapi gagal. Akhirnya,
Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya. Kesimpulan
Perang Dunia Pertama memberikan impaks besar dalam sejarah dunia. Ia bukan sahaja menjejaskan politik negara terbabit tetapi turut menyebabkan berlakunya masalah ekonomi, jumlah kematian dan kemusnahan harta benda yang tinggi. Negara yang kalah seperti Jerman pula terpaksa menerima hukuman yang berat.
Aug 15, 2012
Selamat Hari Merdeka
Selain perayaan Hari Raya Aidilfitri, kita juga menyambut perayaan bersejarah negara iaitu Hari Kebangsaan [Kali yang ke 55] pada bulan ini. Semoga Bulan Kemerdekaan kali ini mendapat rahmat dan berkat sempena bulan Ramadhan dan juga Syawal.
Berikut saya kongsikan salah satu aktiviti Pra-U SeMeKaR sempena bulan kemerdekaan kali ini.
Berikut saya kongsikan salah satu aktiviti Pra-U SeMeKaR sempena bulan kemerdekaan kali ini.
Program Jalur Gemilang
oleh Pelajar Pra-U Junior
Pelajar Seni Visual sedang menjahit dan menggosok kain putih.
Mujur semuanya berbakat terutama bekas pelajar MPV.
Pelajar Seni Visual sedang sibuk menyiapkan proses membuat lakaran.
Semua pelajar Pra-U Junior sedang menunjukkan bakat mewarnakan Jalur Gemilang.
Walaupun terpaksa berpanas di tengah-tengah gelanggang, senyuman ceria
tidak lekang di bibir masing2. Semangat patriotik membara di dada.
Yahooooo...seronoknya!!! Akhirnya Jalur Gemilang terbesar di daerah Roban berjaya disiapkan.
Syabas kepada Cikgu Liza Dudum selaku orang kuat projek ini dan juga semua pelajar Pra-U Junior.
Syabas Anak Malaysia!!!!
Aug 8, 2012
Reaksi Orang China Terhadap Perluasan Kuasa Barat
Pengenalan
Menjelang pertengahan abad ke-19, China berdepan dengan dasar penjajahan @ imperialisme Barat. China memandang rendah orang Barat dan tidak mahu tunduk kepada kuasa Barat. China juga sentiasa curiga dengan kehadiran kuasa Barat. Terdapat beberapa isu yang mengeruhkan hubungan antara China dengan Barat.
Menjelang pertengahan abad ke-19, China berdepan dengan dasar penjajahan @ imperialisme Barat. China memandang rendah orang Barat dan tidak mahu tunduk kepada kuasa Barat. China juga sentiasa curiga dengan kehadiran kuasa Barat. Terdapat beberapa isu yang mengeruhkan hubungan antara China dengan Barat.
1.
Isu Perdagangan
Pedagang Barat [British] tidak berpuas hati
dengan dasar tutup pintu @ dasar pemencilan @ isolasi yg
diamalkan oleh China. Pemerintah China mengenakan pelbagai peraturan ke atas
pedagang asing / Barat. Contoh peraturan yg dikenakan ke atas pedagang barat;
i.
Hanya boleh berdagang di Canton.
ii.
Hanya boleh berurus niaga dengan pedagang China
yg dikenali sebagai Co-hong.
iii.
Tidak dibenarkan membawa wanita @ keluarga dan
dilarang berkahwin dengan wanita tempatan.
iv.
Kapal perang & senjata tidak dibenarkan
dibawa masuk.
v.
Hanya dibenarkan berdagang menggunakan wang emas
dan perak sahaja.
Pemerintah Dinasti Ching bimbang penentang
mereka iaitu penyokong Ming akan mendapatkan bantuan & sokongan daripada
pedagang Barat.
2.
Isu Candu
Pedagang British tidak berpuas hati
kerana;
i.
Peraturan yg dikenakan menguntungkan China
ii.
Gagal menjadikan China sebagai pasaran
barangan keluaran kilang mereka.
iii.
Gagal mendapatkan teh dan sutera China yg
mendapat permintaan tinggi di Eropah.
Oleh itu, pedagang British mencari
jalan untuk menembusi pasaran China dengan membawa masuk candu. Candu
mendapat sambutan masyarakat China sehingga jumlah dagangannya melebihi jumlah
dagangan teh dan sutera China. Ekonomi China terjejas sehingga memaksa Maharaja
Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu.
Lin Tsu-hse dilantik sebagai Pesuruhjaya Canton bagi
memastikan candu tidak diniagakan. Berlaku insiden tegang dengan Penguasa
Perniagaan British di Canton iaitu Kapten Charles Elliot hingga berakhir dengan
Perang Candu 1 [Perang Inggeris-China 1].
3.
Isu Perundangan
Ketegangan hubungan China – Barat
dari segi perundangan berpunca daripada percanggahan prinsip.
Prinsip keadilan China: “
seseorang yg dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran
dapat dibuktikan” [Guilty until proven innocent]
Prinsip keadilan Barat:”
seseorang yg dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah
kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas” [Innocent until proven guilty]
Falsafah undang2 China: hukuman
adalah “Tanggungjawab berkumpulan”
Falsafah Undang2 Barat: hukuman
adalah “ Tanggungjawab individu”
4.
Isu Penyebaran Agama Kristian dan Teknologi
Barat
China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang
berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China. Kebudayaan
dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme mulai terancam. Oleh
itu, China telah bertindak;
- Paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin dibunuh.
- Membakar gereja.
Kedatangan pedagang Barat turut membawa masuk teknologi
moden. Teknologi ini mengancam guna tenaga di China sehingga berlaku
peningkatan pengangguran. Sebagai contoh, teknologi perlombongan.
5.
Isu Petempatan Orang Asing
Kemasukan pedagang asing menyebabkan munculnya . Petempatan
asing di sekitar pelabuhan. Petempatan ini boleh dibahagikan mengikut negara
pedagang antaranya Britain, Perancis, Jerman, Jepun dan Rusia. Petempatan asing
ini mempunyai sistem tersendiri [bebas dari kawalan China]. Orang asing yg
tinggal dipetempatan tersebut hanya perlu membayar pajakan kepada pemerintah China. Pemilikan
petempatan oleh orang asing ini merupakan satu bentuk pencerobohan yang tidak disukai oleh
orang China.
Kesimpulan.
Isu yang timbul di antara kedua-dua belah pihak telah menimbulkan rasa tidak puas hati yang menebal. Ketegangan yang timbul kemudiannya telah mencetuskan Perang Inggeris-China I ataupun Perang Candu I. Konflik yang berterusan menyebabkan beberapa siri perjanjian ditandatangani. Kesannya, British semakin berkuasa di China.
Aug 6, 2012
Perkembangan Pendidikan di Jerman & Perancis
Pengenalan
Perkembangan pendidikan di negara-negara Eropah banyak dipengaruhi oleh
perubahan yang berlaku semasa zaman renaisans. Zaman renaisans menyaksikan
berlakunya gerakan intelek termasuk di Perancis dan Jerman.
A. PENDIDIKAN
DI PERANCIS
Zaman Pencerahan merupakan
permulaan gerakan intelek di Perancis. Revolusi Saintifik mempergiatkan
lagi perkembangan bidang pendidikan. Kemajuan dalam bidang percetakan
telah memberi impak besar kepada kadar celik huruf.
Pendidikan tidak lagi terhad kepada
golongan tertentu. Pada
tahun 1880, Jules Ferry [Menteri Pelajaran Perancis] telah memperkenalkan
sistem pendidikan asas kepada semua golongan. Setiap
bandar dan kampung dibina sekolah dan ditempatkan guru yg terlatih. Beliau
mewajibkan pendidikan percuma dan bebas
dari kawalan gereja.
Faktor
perkembangan pendidikan di Perancis
- Gelombang renaisans iaitu gerakan intelektual yg bermula di Itali sebelum berkembang ke seluruh Eropah.
- Revolusi sains yg mencetuskan pemikiran saintifik dan meninggalkan kepercayaan yg dianggap karut.
- Peranan badan keagamaan / gereja / mubaligh
- Pengiktirafan kerajaan yg mula sedar tentang kepentingan dan manfaat jika rakyat berpendidikan.
- Perubahan dalam keperluan kerjaya yg mengkehendaki mereka yg berpendidikan.
Kekangan bagi wanita Perancis dalam
bidang pendidikan;
Berlaku
kekangan pengelibatan golongan wanita dalam pendidikan. Hal ini disebabkan
oleh;
- Ketaksamaan gender: pendidikan yg diterima oleh kanak2 perempuan adalah terhad berbanding lelaki.
-
Contoh 1: kanak2 perempuan tidak dibenarkan
mempelajari sains dan politik.
-
Contoh 2: Kanak2 perempuan dianggap lemah dan
hanya sesuai mempelajari hal berkaitan rumah tangga.
B. PENDIDIKAN
DI JERMAN
Pada abad ke-18, Raja Frederick II
mewajibkan pendidikan rendah. Pendidikan rendah ini merupakan
kursus 8 tahun [kanak2 berumur 5 – 13 tahun]. Golongan elit berpeluang mengikuti
sekolah swasta selama 4 tahun di peringkat menengah. Rakyat biasa pula hampir tidak
berpeluang mengikuti pendidikan menengah.
Pada tahun 1819,
Jerman memperkenalkan sistem pendidikan 3 peringkat. Pendidikan
ini menekankan sistem kawalan pemikiran @ minda. Antara peringkat pendidikan yg diperkenalkan ialah;
- Sekolah realschule: menekankan pemikiran saintifik.
- Sekolah volkschulen: kanak2 diajar tentang keharmonian dan kepatuhan.
Ciri-ciri
sistem pendidikan di Jerman ketika itu;
- Sistem pembacaan ayat secara keseluruhan bagi memudahkan ia dihafal.
- Menggantikan sistem abjad pengajaran dengan bunyi @ fonetik. Oleh yg demikian, kanak2 boleh membaca walaupun tidak memahami maksudnya.
- Menekankan kehadiran wajib dan tadika mandatori, latihan keguruan, kurikulum kebangsaan dan ujian peringkat nasional.
Pada tahun 1810, Pensijilan guru diperkenalkan
untuk menaik taraf pengajaran.
Seterusnya, dalam tahun 1871, peperiksaan akhir, abitur
diperkenalkan dan menjadi syarat dalam profesion yg dipelajari atau perkhidmatan
awam.
Selepas
Jerman bersatu, persekolahan berpusat diperkenalkan. Lebih
banyak sekolah menengah ditubuhkan untuk melahirkan anak muda yg berpendidikan. Kerajaan
berkuasa mutlak dalam menyelia sekolah2 baru ini. Terdapat
4 jenis sekolah menengah telah dibangunkan iaitu;
Kesimpulan
Perkembangan pesat pendidikan di Jerman dan Perancis telah melahirkan masyarakat yang celik huruf dan berpengetahuan. Peningkatan kadar literasi membolehkan masyarakat Eropah khususnya menguasai banyak bidang pengetahuan sehingga menjadi negara yang pesat membangun.
Subscribe to:
Posts (Atom)