Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

May 20, 2013

Foto Minggu Orientasi 2013

Program Minggu Orientasi Pelajar T6Bawah 2013 [8 - 16 Mei]

Selain mendedahkan warga baru Pra-U SEMEKAR dengan sistem pembelajaran di peringkat Pra-U, program ini juga bertujuan menyemai sikap kepimpinan, kerjasama, ketahanan mental dan fizikal serta semangat setia kawan. MERIAH....

Pendaftaran & Taklimat



Xplorace





Sukan Beraneka Ragam




Bola Lumpur

May 19, 2013

Setahun Sudah Berlalu

Hari ini, genaplah setahun usia blog kesayanganku ini. Masa berlalu begitu pantas. Sungguh, masa yang berlalu tidak terasa. Oleh itu, ramai yang tertinggal kerana alpa. Tertinggal oleh masa yang berputar tanpa menunggu sesiapa.
 
Selamat hari jadi blog
SEMEKAR CINTAKU....
 
Semua kandungan blog ini akan dikemaskini dan diperbaiki dari masa ke semasa untuk manfaat semua. Ini termasuklah nota dan grafik untuk semua penggal. Hal ini penting bagi memastikan blog ini sentiasa segar dan tidak 'beku'. Justeru, segala teguran dan pandangan anda amat dihargai untuk memantapkan lagi blog ini.

Kepada semua pengunjung yang sudi bertandang: Terima kasih.banyak-banyak
Kepada mereka yang sudi menjadi warga blog SC: Ribuan terima kasih
Kepada mereka yang meluangkan masa menitipkan komen / pendapat / pertanyaan: Jutaan terima kasih.

Teruskan sokongan anda!!!

Catatan:
Masa 1100 malam
Tarikh: 19 Mei 2013
Jumlah pengunjung: 348, 233 orang
Jumlah warga blog SC: 331 orang



May 11, 2013

Selamat Datang

          Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya ditawarkan masuk ke T6Rendah. Daripada puluhan ribu calon SPM, anda antara kelompok kecil yang terpilih. Betapa HEBAT dan BERTUAHNYA anda! Tak gitu? Jadi, jangan sia-siakan peluang yang sudah terbentang di depan mata...
 
          Pengalaman menyambut kehadiran warga baru Pra-U SEMEKAR, membuatkan saya terkesan & terfikir beberapa perkara. Antaranya, masih ramai pelajar yang tidak berminat menyambung pengajian ke T6Rendah. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah yang hadir mendaftarkan diri amat kurang memberangsangkan. Sungguh mengecewakan.
 
          Bila dirisik-risik, rupa-rupanya ramai yang lebih tertarik dengan tawaran daripada kolej. Alasannya, masuk ke kolej lebih 'hebat' berbanding masuk ke Tingkatan 6. Belajar di kolej lebih standard kerana  lebih bebas [tidak terikat dengan peraturan yang ketat] selain kemudahan pembelajaran & tempat tinggal lebih lengkap dan canggih.
 
'Kelebihan' yang ditawarkan kolej inilah yang banyak mengelabui mata sesetengah orang sehingga terlupa perkara yang lebih penting.
i. Tempoh belajar setahun setengah di T6 adalah setaraf dengan diploma. Pengajian di kolej biasanya mengambil masa selama 3 tahun untuk menamatkan pengajian di peringkat diploma.
ii. Pelajar yang masuk ke T6 hanya memerlukan masa setahun setengah sebelum melangkah masuk ke menara gading berbanding 3 tahun yang diperlukan oleh penuntut kolej.
iii. Kos belajar di T6 jauh lebih murah berbanding kos pengajian di kolej.
iv. Terdapat kolej yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.
v. Tempoh pengajian selama setahun setengah di T6 merupakan tempoh mematang dan mempersiapkan diri dan minda yang sangat penting serta berbaloi sebelum melangkah ke IPTA.
 
          Terdapat juga kes pelajar enggan mendaftar ke T6 kerana sudah memohon masuk ke IPTA. Hal ini amat menyedihkan kerana permohonan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA belum ada hitam putih. Alangkah eloknya jika mereka melaporkan diri masuk k T6 terlebih dahulu sementara menunggu tawaran ke universiti berjaya. Bila permohonan berjaya, mereka boleh 'meninggalkan' T6. Bayangkan jika, permohonan ke IPTA tidak berjaya dan anda juga tidak mendaftar ke T6. Bukankah ia amat merugikan, ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
 
          Tidak kurang juga terdapat segelintir pelajar yang sanggup menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke T6 gara-gara sudah mendapat kerja [kerja part time @ sementara @ bukan kerja tetap]. Rasa seronok mendapat gaji dan memegang duit sendiri membuatkan sesetengah pelajar lupa bahawa peluang di depan sana lebih besar dan lumayan imbuhannya.
 
         Kepada anda yang berjiwa kental dan berani mengharungi hidup sebagai pelajar pra-u, saya ucapkan SYABAS! Saya percaya, anda boleh lakukan yang terbaik. Teguhkan disiplin diri, tetapkan sasaran dan impian, berusahalah dengan gigih, nescaya anda akan berjaya. Kejayaan adalah hak mereka yang berusaha.

May 1, 2013

Merarau Sempena Cuti Hari Buruh

Selamat bercuti...
Buat apa hari ni? Pasti banyak yang korang semua dapat lakukan sempena cuti Hari Buruh ni. Selain dok mengadap buku, tak salah lakukan aktiviti riadah bersama keluarga mahupun teman-teman kan...
 
Team Pra-U Semekar yang duduk kat asrama [20 orang], dari minggu lepas lagi dok merancang nak bbq sempena cuti Hari Buruh. Siap kutip yuran RM3 untuk beli barang... Kalau ikutkan, manalah cukup. Kepak ayam sekilo dah RM13.00, beli pulak 3 kilo. Pastu, beli ayam seekor setengah untuk menu manuk pansuh [ayam masak dalam buluh], hotdog dll. Tapi sebab diorang sporting dan manja-manja semua, kenalah aku tambah mana yang tak cukup hehe... Tengoklah aksi-aksi mereka...happening.

 
 
Geng-geng harian yang tak dapat ikut jangan marah ye... ada masa nanti, kita kumpul ramai-ramai haha...

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]