Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Apr 13, 2013

Pembentangan Kerja Kursus



   Apa khabar semua? Maaflah, sejak akhir-akhir saya jarang update blog ni. Bukan dah jemu, tetapi kesibukan begitu menuntut masa. Selain menyediakan bahan untuk P&P Sejarah, saya juga sibuk dengan pengurusan Pra-U. Seminggu dua ini tambah sibuk menyemak dan membimbing pelajar menyiapkan PBS [Esei Ilmiah Sejarah]. Almaklumlah, mengejar date line  yang dah nak sampai [dah sampai pun]. Apapun terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung, malah jumlah mereka yang sudi menjadi kerabat Blog Semekar Cintaku semakin bertambah.
      

          Ha... Esei Ilmiah Sejarah dah hantar ke? Kalau dah, baguslah. Tahniah!  Belum hantar lagi? Ha, hujung minggu ni kena kerja lebih masa sedkit heheh... Amacam dengan pembentangan PBS Sejarah pula?

          Banyak pelajar bertanya "Cikgu, apa yang perlu dimasukkan di dalam pembentangan nanti?" Baiklah, saya perturunkan sedikit sebanyak perkara yang saya rasakan  perlu dimasukkan dalam pembentangan anda [Apapun, jangan lupa tanya guru anda sendiri. Saya percaya, guru-guru anda sudahpun memberi penjelasan berkaitan pembentangan tersebut].

Tempoh Pembentangan: 10 hingga 15 minit termasuk sesi soal jawab.
Markah diperuntukkan: 8 markah

          Dalam tempoh yang terhad itu, anda seharusnya hanya memasukkan perkara yang penting sahaja di dalam pembentangan. Tidak perlu meleret-leret, tetapi perkara pokok @ point penting harus dijelaskan dengan baik;
       Tajuk kajian, Persoalan, Objektif & Kepentingan kajian, Kaedah mengumpul data dan Hasil dapatan [peruntukkan masa yang lebih panjang untuk penerangan berkenaan hasil dapatan].

        Ingat, masa diperuntukkan selama 10 - 15 minit sahaja. Jadi bajet masa dengan baik untuk pembentangan dan juga sesi soal jawab.
 
*Perhatian: pelajar harus betul-betul memahami keseluruhan hasil kajian untuk memudahkan anda membuat pembentangan dengan yakin dan lancar. Oleh itu, alangkah baiknya jika pelajar dapat meluangkan masa membaca semula esei masing2 beberapa kali sebelum tiba hari pembentangan. Pelajar juga boleh menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk powerpoint untuk melancarkan sekaligus memudahkan audiens faham tentang isi pembentangan anda. Berlatih dengan membuat mini pembentangan bersama rakan-rakan juga mampu meningkatkan keyakinan dan kefasihan anda berhujah.

Sekali lagi saya tegaskan, rujuk guru anda untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang 'isi pembentangan' yang dikehendaki. Selamat berusaha!

5 comments:

  1. sama-sama fizz, jangan jemu bertamu...

    ReplyDelete
  2. mmg ini sahaja ke yg perlu ad dlm pembentangan nnt ckgu??? mhon penjelasan... mcm mne ap yg dilakukan dgn sebelum semasa dan selepas kajian???

    ReplyDelete
  3. Cikgu oh cikgu,
    Adakah bibliografi perlu dimasukkan dlm pembentangan?
    Trimas~ :)

    ReplyDelete
  4. cikgu saye nk tanya apakah isi kandungan yang diperlukan dalam membuat power point sejarah.

    ReplyDelete

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]