Haaa... amacam, ok tak tajuk entri kali ini? Bukan apa, menurut mereka yang dah berpengalaman dalam belog-membelog ni, TAJUK ENTRI mesti MAU GEMPAK baru orang nak baca. Kalau tak, orang takkan pandang walau sebelah mata. Betul ke?
Kalau difikirkan, memang logik kan? Siapa tak tertarik kalau entri tu gempak @ bombastik @ sensasi. Tetapi, kalau blog berunsur akademik macam blog aku ni, macam mana nak kasi tajuk entri dia GEMPAK? Silap-silap gaya, lain tajuk lain pula isinya. Kan dah menyeleweng tu.... tak nak pula nanti dianggap menyebarkan ajaran sesat kan...kan...kan! Hihi
Berbalik kepada tajuk entri kali ni, apa yang ketagihnya? Opps, jangan fikir bukan-bukan. Bukan ketagih -tut-, atau ketagih -tuut- ataupun ketagih -tuuut- ok. Perbetulkan imaginasi yang dah terbabas tu. Tak baik fikir aku ni bukan-bukan.
Alkisahnya, sejak dua menjak ni minat aku dengan FOTOGRAFI ni semakin menggila! Pantang ada benda yang aku nampak cun atau unik, mulalah nak tangkap gambar. Mentang-mentanglah sejak adanya Nikon D3100 jadi 'kekasih gelapku'.
Walau bagaimanapun, jujurnya pengetahuan aku tentang dunia fotografi ni sangatlah CETEK! Mungkin hanya 0.9% aje. Makin aku baca panduan dan tip dalam blog-blog berkaitan, makin aku akui betapa daifnya pengetahuanku ini. Terima kasih kepada bloger2 yang sudi berkongsi maklumat tentang fotografi & dslr dalam blog mereka. Perkongsian mereka amat berguna dan sangat aku hargai.
Berikut aku kongsikan gambar yang 'budak baru belajar' ni pernah ambik... Gambar original yang belum diedit.
p/s: Kalau fotografer yg dah berpengalaman tengok gambar yang aku tangkap ni, dah sah-sah mereka ketawa sambil berguling-guling. Apa tidaknya, kualiti gambar yang aku ambik ni lebih kurang tahap budak darjah satu kih...kih...kih... Tapi tak apa, aku akan terus berusaha memperbaiki kelemahanku ini. Minat punya hal, aku tak kesah...[hihi mencabar diri]
No comments:
Post a Comment