Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Sep 28, 2012

Komanwel

Bendera Komanwel
 
Sejarah Penubuhan
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain. Sekitar tahun 1930-an, British masih lagi berkuasa ke atas bekas negara-negara jajahannya yang sudah dibebaskan sehinggalah terbentuknya Statue of Westminstern.

Menjelang tahun 1950-an, banyak negara jajahan British mencapai kemerdekaan dan bersetuju menyertai Komanwel. Negara-negara yang menyertai Komanwel ini menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai asas hubungan memandangkan Komanwel tidak mempunyai perlembagaan rasmi.
Kuasa tertinggi adalah berdasarkan keputusan yang ditetapkan di dalam Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel [ CHOGM]. CHOGM diadakan dua kali setahun dan dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara anggota. Persidangan CHOGM ini bertujuan melaksanakan rancangan kerjasama untuk kepentingan bersama dan menyelesaikan isu yang ditimbulkan.
Keanggotaan Komanwel
1. Keahlian mesti dipohon [bukan automatik walaupun negara terbabit merupakan bekas jajahan British]
2. Negara2 anggota boleh menarik diri bila-bila masa.
 
3. Negara2 anggota perlu menerima Queen sebagai simbol perpaduan dan Ketua Komanwel.
4.Negara-negara anggota mesti bersedia untuk berkerjasama antara satu sama lain demi kepentingan bersama.
    Faedah menyertai Komanwel
1. Pemindahan teknologi antara negara anggota terutama dari negara maju seperti Britain.
2. Meningkatkan perkembangan ekonomi melalui kerjasama antara negara anggota: contoh, Rancangan Colombo yang dianjurkan oleh UK.
3. Membantu menaikan taraf pendidikan melalui Jawatankuasa Perhubungan
Pelajaran Komanwel.
Sukan Komanwel yang diadakan sekali dalam 4 tahun merupakan lambang perpaduan negara-negara anggota Komanwel.

Info Tambahan...
CHOGM
 CHOGM adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut.  CHOGM yang pertama diadakan pada 1971.
Mesyuarat CHOGM biasanya membincangkan perkara-perkara  berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu dasar aparteid di Afrika Selatan.
Sumber: Wikipedia.org
 
Faedah Malaysia Menyertai Komanwel
·    i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
·        ii. Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
·        iii. Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan perladangan.
·         iv. Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my
·      
          ***Walaupun British telah memberi kemerdekaan kepada sesetengah negara jajahannya tetapi Parlimen Britain masih berkuasa ke atas hal-ehwal negara berkenaan. Statute of Westminster yang diluluskan pada tahun 1931  adalah simbol berakhirnya penguasaan  Parlimen British di negara-negara yang sudah diberi kebebasan.
 
 

Sep 9, 2012

Perkhemahan Pra-U Semekar

Tarikh: 7 - 9 September
Jumlah Peserta: 51 orang
Guru Pengiring: 12 orang
Objektif: Membentuk ketahanan mental dan fizikal, menyemai semangat perpaduan dan kerjasama, memupuk daya kepimpinan dan ketrampilan pelajar.
Aktiviti: Ikhtiar Hidup, Pungguk Malam, Eksplorace, Bacaan Kompas, Senamrobik, Sukaneka dan Unggun Api.

 Memasang / mendirikan khemah
 Pelbagai aktiviti dan gelagat peserta semasa slot unggun api
 Senamrobik di pagi yang berkabus. Sejuk dan nyaman.
 Xplorace yang mencabar. Siapa cepat dia menang!
 Aktiviti Ikhtiar Hidup menguji kreativiti, kepintaran dan semangat kerjasama
Haha... aktiviti memanggang tidak dilupakan. Nyam-nyam-nyam...
 
Walaupun keletihan tetapi kepuasan dan keriangan terpancar di wajah setiap peserta. Rata-rata menganggap perkhemahan ini merupakan pengalaman berharga yang tidak boleh dijual beli. Terima kasih kepada semua guru dan peserta yang terlibat.

Sep 1, 2012

Dekolonisasi Di China


Pengenalan
 Dekolonisasi merupakan usaha @ proses membebas atau memberi kebebasan kepada tanah jajahan dengan cara memberikan kemerdekaan. Dekolonisasi mula berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan bertambah rancak selepas Perang Dunia Kedua.


Dekolonisasi di China
Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 menyebabkan China banyak menerima pengaruh Barat. Selain kuasa Barat, Jepun juga turut menduduki China. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin China berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.
Usaha Dekolonisasi di China
1. Peranan Kang Yu-wei
Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei memimpin Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki berperlembagaan ala-Barat di China. Walaupun pada awalnya dihalang oleh golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat China sudah tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih condong kepada tradisi orang Manchu.
 
2. Peranan Dr. Sun Yat Sen
Dr. Sun merupakan tokoh revolusi yang hebat. Beliau berperanan melancarkan revolusi bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sikap kerajaan China yang tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sistem pemerintahan berperlembagaan.
Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat iaitu;

  1. Rakyat mempunyai hak bersuara dan memilih pemimpin
  2.  Rakyat China mesti menggulingkan kerajaan Ching dan mengembalikan kedaulatan China
  3. Rakyat mempunyai hak sama rata dalam pemilikan tanah
Pada tahun 1905, Dr Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui. Beliau memimpin beberapa siri revolusi dalam usaha menggulingkan Kerajaan Ching yang dikuasai oleh orang Manchu. Pada tahun 1911, revolusi pimpinan Dr Sun Yat Sen berjaya menumbangkan kerajaan dan membentuk kerajaan Republik China. Pada tahun 1912, Tung Meng Hui ditukar nama kepada Kuomintang [KMT] ataupun Parti Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Ching masih berusaha mengembalikan kekuasaan mereka.
Kerajaan melantik Yuan Shih Kai mengetuai tentera bagi menghapuskan golongan revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun. Golongan revolusi bertindak bijak dengan mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai dan melantik beliau sebagai presiden sementara. 

Semasa pilihanraya diadakan, KMT telah menang besar. Walau bagaimanapun, Yuan Shih Kai enggan meletak jawatan sebaliknya melantik dirinya sebagai mahajara China. Beliau mengamalkan pemerintahan diktator. Beliau telah mengharamkan KMT dan bertindak membunuh pemimpin KMT.
 Setelah Yuan Shih Kai meninggal dunia [1916], Dr. Sun Yat Sen yang berada di Jepun telah kembali ke China dan mengukuhkan semula kedudukan Kuomintang seterusnya menubuhkan kerajaan di Canton.   Beliau berusaha menyatukan rakyat China.
Usaha Dr. Sun tidak disenangi  oleh kuasa Barat seperti Britain, Perancis dan AS. Memandangkan kuasa Barat tidak menyokong usaha tersebut,  Dr Sun Yat Sen telah meminta bantuan Rusia. Pada tahun 1923, Parti Komunis China [PKC] telah bergabung dengan Kuomintang [KMT] dan membentuk Barisan Bersatu.
Pada tahun 1925, Dr. Sun meninggal dunia. Ketiadaan beliau telah menyebabkan KMT berpecah kepada dua puak iaitu;


Chiang Kai-shek berjaya melemahkan kumpulan prokomunis sehinggalah munculnya Mao Tze Tung. Mao Tze Tung berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada PKC dengan menekankan dasar mengusir penjajah dan hak sama rata ke atas pemilikan tanah. KMT dan PKC terus berbalah dan terjebak dengan beberapa siri perang saudara ekoran percanggahan dasar.
Dengan sokongan padu penduduk luar bandar, PKC berjaya memenangi perang saudara menentang KMT. Pada tahun 1949, PKC berjaya membentuk kerajaan komunis yang dikenali sebagai Republik Rakyat China. Chiang Kai-shek dan penyokongnya yang tewas telah melarikan diri ke Taiwan dan menubuhkan kerajaan demokratik.
Kesimpulan
Usaha dekolonisasi di China menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyatnya. Perpecahan akibat percanggangan ideologi ini turut mencetuskan perang saudara. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan ke atas usaha mengusir penjajah dari China.  Walau bagaimanapun, kemunculan tokoh-tokoh berwibawa telah berjaya menyatukan sebahagian besar penduduk China sehingga akhirnya mampu mengusir penjajah Barat sekaligus mengembalikan kedaulatan di China.

 

 

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]