Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Sep 1, 2012

Dekolonisasi Di China


Pengenalan
 Dekolonisasi merupakan usaha @ proses membebas atau memberi kebebasan kepada tanah jajahan dengan cara memberikan kemerdekaan. Dekolonisasi mula berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan bertambah rancak selepas Perang Dunia Kedua.


Dekolonisasi di China
Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 menyebabkan China banyak menerima pengaruh Barat. Selain kuasa Barat, Jepun juga turut menduduki China. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin China berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah.
Usaha Dekolonisasi di China
1. Peranan Kang Yu-wei
Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei memimpin Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki berperlembagaan ala-Barat di China. Walaupun pada awalnya dihalang oleh golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat China sudah tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih condong kepada tradisi orang Manchu.
 
2. Peranan Dr. Sun Yat Sen
Dr. Sun merupakan tokoh revolusi yang hebat. Beliau berperanan melancarkan revolusi bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sikap kerajaan China yang tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sistem pemerintahan berperlembagaan.
Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat iaitu;

  1. Rakyat mempunyai hak bersuara dan memilih pemimpin
  2.  Rakyat China mesti menggulingkan kerajaan Ching dan mengembalikan kedaulatan China
  3. Rakyat mempunyai hak sama rata dalam pemilikan tanah
Pada tahun 1905, Dr Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui. Beliau memimpin beberapa siri revolusi dalam usaha menggulingkan Kerajaan Ching yang dikuasai oleh orang Manchu. Pada tahun 1911, revolusi pimpinan Dr Sun Yat Sen berjaya menumbangkan kerajaan dan membentuk kerajaan Republik China. Pada tahun 1912, Tung Meng Hui ditukar nama kepada Kuomintang [KMT] ataupun Parti Kebangsaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Ching masih berusaha mengembalikan kekuasaan mereka.
Kerajaan melantik Yuan Shih Kai mengetuai tentera bagi menghapuskan golongan revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun. Golongan revolusi bertindak bijak dengan mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai dan melantik beliau sebagai presiden sementara. 

Semasa pilihanraya diadakan, KMT telah menang besar. Walau bagaimanapun, Yuan Shih Kai enggan meletak jawatan sebaliknya melantik dirinya sebagai mahajara China. Beliau mengamalkan pemerintahan diktator. Beliau telah mengharamkan KMT dan bertindak membunuh pemimpin KMT.
 Setelah Yuan Shih Kai meninggal dunia [1916], Dr. Sun Yat Sen yang berada di Jepun telah kembali ke China dan mengukuhkan semula kedudukan Kuomintang seterusnya menubuhkan kerajaan di Canton.   Beliau berusaha menyatukan rakyat China.
Usaha Dr. Sun tidak disenangi  oleh kuasa Barat seperti Britain, Perancis dan AS. Memandangkan kuasa Barat tidak menyokong usaha tersebut,  Dr Sun Yat Sen telah meminta bantuan Rusia. Pada tahun 1923, Parti Komunis China [PKC] telah bergabung dengan Kuomintang [KMT] dan membentuk Barisan Bersatu.
Pada tahun 1925, Dr. Sun meninggal dunia. Ketiadaan beliau telah menyebabkan KMT berpecah kepada dua puak iaitu;


Chiang Kai-shek berjaya melemahkan kumpulan prokomunis sehinggalah munculnya Mao Tze Tung. Mao Tze Tung berjaya memulihkan sokongan rakyat kepada PKC dengan menekankan dasar mengusir penjajah dan hak sama rata ke atas pemilikan tanah. KMT dan PKC terus berbalah dan terjebak dengan beberapa siri perang saudara ekoran percanggahan dasar.
Dengan sokongan padu penduduk luar bandar, PKC berjaya memenangi perang saudara menentang KMT. Pada tahun 1949, PKC berjaya membentuk kerajaan komunis yang dikenali sebagai Republik Rakyat China. Chiang Kai-shek dan penyokongnya yang tewas telah melarikan diri ke Taiwan dan menubuhkan kerajaan demokratik.
Kesimpulan
Usaha dekolonisasi di China menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyatnya. Perpecahan akibat percanggangan ideologi ini turut mencetuskan perang saudara. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan ke atas usaha mengusir penjajah dari China.  Walau bagaimanapun, kemunculan tokoh-tokoh berwibawa telah berjaya menyatukan sebahagian besar penduduk China sehingga akhirnya mampu mengusir penjajah Barat sekaligus mengembalikan kedaulatan di China.

 

 

No comments:

Post a Comment

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]