Bendera Komanwel
Sejarah Penubuhan
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury.
Pertubuhan ini merupakan pertubuhan negara-negara yang pernah dijajah oleh
Britain. Sekitar tahun 1930-an,
British masih lagi berkuasa ke atas bekas negara-negara jajahannya yang sudah dibebaskan
sehinggalah terbentuknya Statue of Westminstern.
Menjelang tahun 1950-an,
banyak negara jajahan British mencapai kemerdekaan dan bersetuju menyertai
Komanwel. Negara-negara yang menyertai Komanwel ini menerima Perisytiharan
Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai asas hubungan memandangkan Komanwel tidak
mempunyai perlembagaan rasmi.
Kuasa tertinggi
adalah berdasarkan keputusan yang ditetapkan di dalam Persidangan
Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel [ CHOGM]. CHOGM diadakan dua kali
setahun dan dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara anggota. Persidangan
CHOGM ini bertujuan melaksanakan rancangan kerjasama untuk kepentingan
bersama dan menyelesaikan isu yang ditimbulkan.
Keanggotaan Komanwel
1. Keahlian mesti dipohon [bukan
automatik walaupun negara terbabit merupakan bekas jajahan British]
2. Negara2
anggota boleh menarik diri bila-bila masa.
3. Negara2
anggota perlu menerima Queen sebagai simbol perpaduan dan Ketua
Komanwel.
4.Negara-negara
anggota mesti bersedia untuk berkerjasama antara satu sama lain demi
kepentingan bersama.
Faedah menyertai
Komanwel
1. Pemindahan
teknologi antara negara anggota terutama dari negara maju
seperti Britain.
2. Meningkatkan
perkembangan ekonomi melalui kerjasama antara negara anggota: contoh, Rancangan
Colombo yang dianjurkan oleh UK.
3. Membantu
menaikan taraf pendidikan melalui Jawatankuasa
Perhubungan
Pelajaran Komanwel.
Sukan Komanwel yang diadakan sekali dalam 4 tahun merupakan lambang perpaduan negara-negara anggota Komanwel.
Info Tambahan...
CHOGM
CHOGM adalah sidang kemuncak
dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel.
Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan
Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut.
CHOGM yang pertama diadakan pada 1971.
Mesyuarat CHOGM biasanya membincangkan perkara-perkara berkaitan isu semasa atau
yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM
membincangkan isu dasar aparteid di Afrika Selatan.
Sumber:
Wikipedia.org
Faedah Malaysia Menyertai Komanwel
· i. Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan
dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. Ketiga-tiga
negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi
Indonesia.
· ii. Malaysia
menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain
secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
· iii.
Negara
Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan dan
perladangan.
·
iv. Melalui
Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.
Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my
·
***Walaupun
British telah memberi kemerdekaan kepada sesetengah negara jajahannya tetapi Parlimen
Britain masih berkuasa ke atas hal-ehwal negara berkenaan. Statute of
Westminster yang diluluskan pada tahun 1931 adalah simbol berakhirnya penguasaan
Parlimen British di negara-negara yang sudah diberi kebebasan.
thank you untuk nota ni, tapi tak de ke nota komanwel yang khusus untuk india dan china?
ReplyDeletepeach haja... x ada sebab sukatan mmg fokus kpd tajuk d atas saja dan soalan juga sudah pasti tidak akan bertanya tentang topik ygx ada dlm sktn.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetp sukatan pelajaran jelas kerjasama British dan India dalam komanwel...nota ni macam tidak sesuai la...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete