Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Oct 6, 2012

Contoh Esei 2

 TEMA 1: Masyarakat
Soalan: Bandingkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun dengan sistem feudal yang diamalkan di England pada abad ke-16.
Sistem feudal merujuk kepada sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Di Eropah, sistem feudal dikatakan berasal dari empayar Rom dan di Jepun pula, sistem ini sudah bermula sejak zaman Kamakura. Terdapat persamaan dan perbezaan di antara sistem feudal yang diamalkan di Eropah dengan di Jepun.
Persamaan sistem feudal yang diamalkan di Eropah dan di Jepun dapat dilihat dalam beberapa aspek. Persamaan pertama ialah dari aspek sistem kelas di dalam masyarakat. Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada golongan bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada petani, rakyat biasa dan hamba.
Persamaan seterusnya ialah, kurangnya berlaku mobiliti sosial di dalam masyarakat. Jarang berlaku perubahan status dalam masyarakat feudal. Sebagai contoh, jika dilahirkan sebagai anak petani, maka akan terus menjadi petani. Hal ini bertepatan dengan ciri  sistem feudal iaitu kedudukan seseorang adalah  berdasarkan sistem kelas atau hierarki.
Selain itu, masyarakat feudal di Eropah dan Jepun sering berdepan dengan peperangan. Kehidupan masyarakat di kedua-dua negara agar huru-hara. Situasi ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai di Jepun memainkan peranan yang sangat penting. Kedua-dua golongan ini berkhidmat dan terikat dengan golongan bangsawan sebagai tentera. Peralatan perang yang digunakan juga sama iaitu kuda, pedang dan baju perisai.
Perbezaan di antara sistem feudal yang diamalkan di Eropah dan Jepun pula boleh dilihat dari aspek binaan istana. Istana di Eropah dibina daripada batu manakala istana di Jepun diperbuat daripada kayu. Dari segi pemilikan tanah pula, golongan knight di Eropah mendapat tanah sebagai ganjaran atas perkhidmatan sebagai tentera. Di Jepun  pula, golongan samurai tidak memiliki tanah kerana daimyo membayar gaji samurai dalam bentuk beras.
Perbezaan seterusnya ialah dari aspek pengukuhan negara bangsa. Pengukuhan negara bangsa di Eropah dilakukan oleh raja-raja Tudor yang memerintah dengan cekap. Di Jepun pula, penyatuan dan keamanan negara dilaksanakan oleh jeneral tentera. Dari aspek perundangan pula, masyarakat feudal di Eropah mengamalkan konsep undang-undang Rom yang menekankan hak, undang-undang dan kewajipan. Masyarakat feudal di Jepun pula dipengaruhi oleh etika China yang menekankan aspek moral melebihi undang-undang.
Jelas terbukti bahawa sistem feudal yang diamalkan di Eropah dan di Jepun mempunyai persamaan terutama berkaitan sistem kelas masyarakat,  peperangan dan mobiliti sosial dalam masyarakat. Walau bagaimanapun terdapat  juga perbezaan dari aspek binaan istana, pemilikan tanah, penyatuan negara bangsa dan konsep perundangan.

4 comments:

  1. cg kalau boleh saya tau untuk batch pertama ni ada soalan perbandingan kee?? alaaa susahlaaaa:( lagi satu cg ade soalan spot tak..hehe

    ReplyDelete
  2. Nurul Nuha, maaf ya cikgu kurang pasti ttpi x mustahil. Sbg cth pbandingan sist feudal, sist beraja / sist pembesar. Bersedia saja dgn membaca ke2 2 tajuk, jd kalau tak perbandingan mungkin juga keluar slh satu. Tak rugi kan.

    ReplyDelete
  3. salam
    terima kasih cikgu.
    tersangat membantu... :)

    ReplyDelete

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]