Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Oct 6, 2012

Contoh Esei 1

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
Soalan: Huraikan / Jelaskan sistem pembesar yang diamalkan di China abad ke-16 hingga ke-20.

Pembesar merujuk kepada pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk membantu melicinkan perjalanan pentadbiran sesebuah negara. Di China, pegawai yang terdiri daripada golongan cerdik pandai merupakan orang kedua terpenting selepas maharaja. Pembesar China boleh dibahagikan kepada dua iaitu pembesar di peringkat pusat dan pembesar di peringkat wilayah.

Pentadbiran China dibahagikan kepada tiga unit utama iaitu Majlis Tertinggi, Sekretariat Agung dan Lembaga Penapis [Censorate]. Majlis Tertinggi terdiri daripada enam kementerian yang setiap satunya diketuai oleh pegawai yang dipanggil Shangschu. Majlis Tertinggi berperanan menasihati maharaja dalam hal pemerintahan. Sekretariat Agung berperanan menyelia, menyelaras  dan melaporkan perjalanan enam kementerian yang terdapat dalam pentadbiran kerajaan pusat. Lembaga Penapis pula berperanan menjadi mata dan telinga maharaja yang melaporkan setiap tindakan pembesar.

Dalam sistem pembesar China terdapat dua kelompok pembesar iaitu golongan sarjana dan bukan sarjana. Golongan sarjana menduduki darjat paling tinggi dalam sistem pembesar China. Golongan ini merupakan lulusan peperiksaan awam yang menjadi syarat lantikan atau kenaikan pangkat. Golongan sarjana biasanya menjawat jawatan yang penting terutama dalam hal yang melibatkan penggubalan dasar. Dasar yang telah digubal ini akan dilaksanakan oleh pembesar bawahan di peringkat wilayah dengan bantuan pembesar tempatan iaitu gentry.

Pembesar peringkat wilayah yang bukan golongan sarjana pula memiliki angkatan tentera sendiri. Mereka berperanan menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintah pusat terutama ketika diperlukan.  Selain itu, mereka juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan wilayah sendiri. Kedudukan pembesar ini lebih rendah berbanding pembesar golongan sarjana.
Semasa pemerintahan Dinsati Ch’ing, gabenor dilantik sebagai pentadbir daerah yang menguruskan pentadbiran, keamanan dan ketenteraan, serta kutipan cukai. Gabenor ini berhubung langsung dengan pemerintahan pusat. Kesetiaan gabenor kepada pemerintah pusat dipaterikan dalam dikri diraja. Gabenor akan mentadbir dan  dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.

Sistem pembesar di China yang menekankan ajaran klasik Confucius menyaksikan China bangkit sebagai sebuah kuasa yang besar sekitar abad ke-16 hingga ke-20. Walau bagaimanapun, sikap pemerintah Dinasti Ch’ing yang tidak lagi menekankan  ajaran Confucius menyebabkan kemerosotan nilai dan etika para pembesar yang lebih mementingkan kebendaan. Sistem pembesar di China berakhir apabila pemerintahan Dinsati Ch’ing tamat.
* Untuk maklumat terperinci, sila rujuk nota Sistem Pembesar di China.
 

       

7 comments:

  1. Teacher, your notes and examples really helpful for me. Is there any possibility for you to provide us some essay questions on different topics for revision? anyway, thank you so much for the helpful notes.

    ReplyDelete
  2. Thanks Stella. Saya akan cuba postkan sebanyak mungkin
    contoh untuk rujukan dalam masa terdekat. Selamat belajar.

    ReplyDelete
  3. salam cikgu nk tnya mcm mana skema pemarkahan sejarah ya..

    ReplyDelete
  4. esei ckgu ringkas,isi padat dan mudah difahami...sgt mudah untuk sy mrujuk dan mgulang kaji semula dekat2 exam ni..hrp2 sy dpt tajuk esei yg lain lg drpd ckgu sbgai rujukan akhir...trima kasih ckgu....

    ReplyDelete
  5. Sa twinklester, saya akan cuba penuhi permintaan anda. Selamat belajar.

    ReplyDelete
  6. CIKGU..bolh bg contoh esei tentang NATO..

    ReplyDelete
  7. cikgu , bole bg contoh kesan pemerintahan politik sosialisme terhadap negara China?

    ReplyDelete

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]