Tema 4: Konflik Antarabangsa
Soalan: Huraikan
/ jelaskan faktor yang dijadikan alasan oleh Barat untuk menduduki China
Menjelang
abad ke-19, ekonomi China berkembang dengan baik. Kekayaan sumber bahan mentah menyebabkan
kuasa Barat mulai berminat untuk menduduki China. Ekonomi Eropah berkembang
pesat ekoran Revolusi Industri menyebabkan kuasa Barat berusaha mengembangkan
pengaruh ke China untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan juga pasaran yang
luas.
Antara
alasan yang digunakan oleh kuasa Barat iaitu British untuk menguasai China
ialah perdagangan yang berat sebelah. Dasar tutup pintu atau pemencilan yang
diamalkan dan pelbagai syarat yang dikenakan oleh kerajaan China menyebabkan
kuasa Barat kerugian. Sebagai contoh, pedagang Barat hanya dibenarkan berdagang
di pelabuhan Canton dan urusan perniagaan hanya boleh dijalankan melalui orang
tengah iaitu Co-hong. Selain itu, pedagang Barat juga hanya dibenarkan berurus
niaga dengan menggunakan wang emas atau perak sahaja. Factor inilah yang
dijadikan alasan oleh kuasa Barat untuk menduduki China.
Percanggahan
dalam soal perundangan juga dijadikan sebagai alasan oleh kuasa British untuk
menguasai China. Kerajaan China berpegang kepada prinsip “
seseorang yg dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran
dapat dibuktikan”. Hal ini bertentangan dengan prinsip keadilan Barat yang menekankan ” seseorang yg dituduh
melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat
dibuktikan dengan jelas”. Situasi ini diburukkan lagi oleh percanggahan
falsafah undang-undang kedua-dua kuasa tersebut. Falsafah
undang-undang China menetapkan hukuman adalah “tanggungjawab
berkumpulan” manakala falsafah
Undang-undang Barat menekankan hukuman adalah “ tanggungjawab individu”.
Soal
pengharaman perdagangan candu oleh kerajaan China juga menyemarakan lagi
keinginan British untuk menduduki China. Syarat perdagangan yang ketat oleh
kerajaan China menyebabkan perdagangan tekstil British gagal menembusi pasaran China sekaligus
menyebabkan British gagal mendapatkan bekalan teh dan sutera yang mendapat
permintaan tinggi di Eropah. Kegagalan ini menyebabkan British membawa masuk
candu sehingga akhirnya mendapat permintaan tinggi di China. Kemasukan candu menyebabkan
pengaliran keluar wang China sehingga memaksa Maharaja Tao Kuang mengharamkan
perniagaan candu. Hal ini telah dijadikan alasan oleh British untuk menyerang
China.
Selain itu, isu penyebaran agama
Kristian turut dijadikan alasan oleh British untuk menduduki China. China tidak
berpuas hati dengan mubaligh kristian yang berjaya menyebarkan agama Kristian
dalam kalangan masyarakat China. Perkembangan agama Kristian dianggap mengancam
kebudayaan dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme oleh China. China
kemudian bertindak membunuh paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin serta membakar
gereja. British marah dengan tindakan China yang dianggap kejam. Mereka
menjadikan isu ini sebagai salah satu cara untuk menguasai China.
Tekanan daripada British dan
kekalahan dalam Perang Candu I dan Perang Candu II menyebabkan China terpaksa
menandatangani Perjanjian Nanking [1842]
dan Perjanjian Tientsin [1858]. Perjanjian ini telah membawa kepada
pembukaan pelabuhan-pelabuhan di China kepada pedagangan Barat. Akhirnya, Barat
Berjaya menguasai perdagangan di China.
No comments:
Post a Comment