Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jun 29, 2012

Sistem Pembesar di China

Pengenalan
Pembesar merupakan golongan pegawai kerajaan yg dilantik oleh raja / maharaja. Digelar golongan pemerintah untuk melaksanakan urusan pemerintahan & pentadbiran atas arahan maharaja. Merupakan golongan yg berpangkat tinggi. Dalam sistem pembesar di China, wujud kebergantungan raja / maharaja kepada pembesar. Ini menyebabkan raja / maharaja sentiasa mempercayai nasihat pembesar.


Sistem Pembesar di China
Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja / raja. Syarat utama perlantikan ialah mesti lulus peperiksaan awam [teks klasik Confucius]

Golongan sarjana @ terpelajar mempunyai darjat tertinggi dalam kalangan pembesar China. Golongan sarjana akan ditempatkan di kementerian2 yg penting seperti;
  1. Imperial Canselory
  2. Imperial Secretariat
    Terdapat 3 peringkat pentadbiran di China iaitu;
         i.           Peringkat Awam / Pusat
       ii.            Peringkat Tempatan / Wilayah
      iii.            Ketenteraan [diwujudkan juga Jabatan Perang]

i.    Pentadbiran & Pemerintahan Pusat [Awam]
Pentadbiran & Pemerintahan pusat dipecahkan kepada beberapa unit iaitu
     a.       Sekretariat Agung
b.      Majlis Tertinggi
c.      Censorate / Lembagai Penapis

ii.    Pentadbiran & Pemerintahan Peringkat Wilayah
       a.      Semasa era Dinasti Ming, China dibahagikan kepada 15 wilayah [diperintah oleh   Pesuruhjaya Tinggi]
       b.      Semasa era Dinasti Ching @ Qing, China dibahagikan kepada 18 wilayah [dipimpin oleh Gabenor]

iii.   Ketenteraan
   Ditubuhkan juga Jabatan Perang.


Pembesar di Zaman Dinasti Ching
Berlakunya kemerosotan tanggungjawab pembesar. Hal ini disebabkan  oleh beberapa faktor iaitu;
i.  Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran Confucius.
ii.    Konsep taat setia diganti dengan material.
iii.    Perbendaharaan negara China merosot.
iv.   Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.
v.   Pembesar yg dilantik tidak melalui proses saringan yg ketat.
vi.    Kandungan sistem peperiksaan awam yg berteraskan ajaran Confucius sudah tidak releven dengan dunia realiti.


Kesimpulan
Perlantikan pembesar China melalui saringan yang sangat ketat. Hanya mereka yang
benar-benar layak dapat menjadi pembesar. Hal ini memungkin China ditadbir oleh
pembesar yang berkaliber sehingga mampu menjadi empayar yang kuat. Walau
bagaimanapun, berlaku kemerosotan  tanggungjawab pembesar semasa era Dinasti
Ching.

6 comments:

  1. memang sumber yang cukup bernas+padat dan ringkas!! :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Cuba berkongsi setakat yg mampu.

    ReplyDelete
  3. okey..saya nak nota untuk perubahan peter the great dari segi ekonomi,politik,sosial dan keagamaan??
    i need it pls..soalan ini daripada bab2 sistem modular!!

    ReplyDelete
  4. k.k kartik, impian anda sudah ditunaikan tetapi mohon maaf kerana lambat memaklumkan kepada anda. Harap anda sentiasa rajin-rajinkan diri melawat blog ini untuk lebih up2date.

    ReplyDelete
  5. aman takeshi, ada tak skema jawapan untuk peranan pembesar di china?

    ReplyDelete
  6. aman takeshi, ada tak skema jawapan untuk peranan pembesar di china?

    ReplyDelete

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]