Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jul 1, 2012

Sistem Pembesar di Rusia

Pengenalan
Sistem pentadbiran di Rusia terbahagi kepada 3 peringkat pentadbiran iaitu peringkat pusat, peringkat wilayah dan peringkat kampung. 

A.      Pentadbiran Peringkat Pusat

1. Semasa era pemerintahan beraja Moscow dan Dinasti Ramanov
Raja dibantu oleh;
  1. Duma [majlis penasihat tertinggi yg dianggotai oleh bangsawan paling kanan]
  2. Zemskii Sabor [majlis penasihat yg dianggotai oleh golongan bangsawan. Kuasa lebih rendah berbanding Duma]
  3. Prikazi [jabatan kerajaan / pelaksana dasar yg diluluskan oleh Duma]

Duma berperanan dalam;
  1. Menyelaras hal-ehwal pemerintahan
  2. Membuat dan meluluskan dasar tertentu dan sistem kehakiman.

2. Semasa Zaman  pemerintahan Tsar Peter
Tsar Peter telah menyusun semua sistem pentadbiran agar lebih tersusun dan cekap. Majlis Senate ditubuhkan untuk menggantikan Duma dan Zemskii sabor. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Senate yg semakin berat.

Tsar Peter menekankan konsep membuat keputusan secara kolektif. Peter menekankan konsep membuat keputusan secara kolektif. Prinsip ini dapat menggantikan peranan Prikazi yg menekankan individu membuat keputusan

3. Zaman pemerintahan Alexander I
Alexander I telah menubuhkan Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati baginda dalam bidang dasar luar negara. Beliau turut mencadangkan Duma dipilih melalui pilihanraya.

4.  Zaman pemerintahan Alexander II
Alexander II telah membentuk Dewan Perhimpunan Wilayah untuk membantu Tsar dalam menentukan pentadbiran negara.


B.      Pentadbiran Peringkat Wilayah
Pentadbiran peringkat wilayah dibentuk untuk membantu Tsar dalam pentadbiran. Pentadbiran wilayah diketuai oleh Gabenor dan Naib Gabenor yg dilantik oleh kerajaan pusat.


C.      Pentadbiran Peringkat Kampung
Pentadbiran di peringkat kampung diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung. Majlis Kampung menjadi wakil kerajaan untuk memungut cukai.

Pemerintahan raja berkuasa mutlak membawa kepada penubuhan Pasukan Polis Rahsia  Khas. Antara tugas PPRK ini ialah;
i.         Mengawal propaganda yg menggugat pemerintahan Tsar.
ii.        Mengawal demontrasi
iii        Menangkap individu yg mengkhianati Tsar.
iv.       Menjadi mata telinga Tsar.
             

Kesimpulan
Sistem pembesar yang diamalkan di Rusia tampak begitu tersusun dan nyata memberi kelebihan kepada raja. Pentadbiran dapat dijalankan dengan teratur dan raja dapat memantau pergerakan pembesar serta rakyat melalui penubuhan PPRK.

8 comments:

  1. nak tanya pendahuluan dengan kesimpulan kalau tulis sikit boleh kee? nanti tak dapat markah pulak

    ReplyDelete
  2. Mengikut pemahaman saya, pendahuluan dan penutup tidak perlu panjang lebar kerana markah yang diperuntukan tidak banyak, 1 atau 2 markah sahaja tetapi perlu ditulis. Tumpukan kepada isi dan huraian.

    ReplyDelete
  3. thanks for ur information.. it really helps.. thanks a lot..

    ReplyDelete
  4. salam..ada tak nota punca kejatuhan pembesar di china??tq..

    ReplyDelete
  5. Boleh saya dptkan email??ada sglntir prkra yg hndak dtnyakan....hrap segera dblas.....(0)-(0)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, ada tak nota kelemahan pemerintahan Tsar di Rusia? 0,0

    ReplyDelete

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]