Pengenalan
Sistem pemerintahan beraja bermula sejak penghujung abad ke-15. Ia diasaskan oleh oleh Raja Henry VII [Dinasti
Tudor]. Sejak berakhirnya Perang Bunga Ros, majoriti
masyarakat England bersetuju sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak sebagai
penyelesai keadaan huru-hara.
Zaman Dinasti Tudor [1485 – 1603] mendapat
sokongan rakyat walaupun mengamalkan pemerintahan beraja mutlak. Raja-raja Tudor menghormati prinsip perbatasan
pemerintah [yang terkandung di dalam Magna Carta].
Parlimen England
Parlimen England terdiri daripada;
i. House of Lord [tuan tanah yg kaya, bishop dan
kerabat diraja] – lebih berkuasa
ii. House of Commons [knight, orang kaya dan peguam]
Pada awal abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England.
i. Di luar bandar: Muncul golongan gentry iaitu golongan yang memiliki tanah, bertani dan
menternak sehingga kaya-raya melebihi golongan bangsawan.
ii. Di Bandar: muncul golongan bourjois iaitu saudagar yg
kaya akibat kepesatan perdagangan, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan dalam
bidang ekonomi
Golongan gentry dan bourjois
banyak menganggotai House of Commons. Kedua-dua golongan ini berani mempertikaikan pengaruh politik dalam
House of Lord yg didominasi oleh golongan aristokrat.
Pada masa yg sama berlaku pergeseran mahzab
gereja di England. Sebilangan kecil penganut mahzab Protestan tidak
puas hati dengan gereja kebangsaan England iaitu Anglican yg masih mengamalkan
sifat gereja tradisional Kristian iaitu Katolik. Golongan ini dikenali sebagai puritan. Golongan ini bermatlamat membersihkan
amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.
Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth I
[berakhirnya Dinasti Tudor], sepupunya Raja
James I dari Scotland ditabalkan
menjadi raja [bermulanya Dinasti Stuart]. Raja-Raja
Stuart terpaksa menghadapi kebangkitan golongan puritan sehingga
berlakunya perang
saudara [Revolusi Puritan].
Tindakan Raja James I yang berpegang teguh kepada doktrin kuasa
suci raja
[menganggap kedudukan raja mengatasi segala undang2] menyebabkan Baginda
ditentang oleh golongan puritan [gentry dan
bourjois] yg ingin memisahkan gereja dari
pemerintahan.
Selain itu, sikap pilih kasih baginda dalam urusan perdagangan,
menyebabkan
golongan saudagar marah. Raja James I telah membelakangkan parlimen dalam isu
cukai.
Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I
menggantikan ayahndanya sehingga
parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini mengutuk raja yg bersikap
autokratik.
Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar
William Laud yg dilantik oleh Raja
Charles I melarang golongan puritan
melakukan aktiviti keagamaan mereka. Pada
tahun1645, berlaku perang. Tentera parlimen yg
dipimpin Oliver Cromwell berjaya
mengalahkan tentera Raja Charles I. Oliver Crom well juga menyingkirkan ahli
parlimen
yang proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan England sebagai Negara Republik
dan
dia sendiri sebagai ketua.
Tentangan ke atas Oliver
Terdapat dua puak yang menentang pemerintahan Oliver iaitu;
i. Golongan levelers: kumpulan yg dipimpin oleh
John Liburne yg mahukan setiap rakyat England berhak mengundi dan bukannya
golongan kaya sahaja.
ii. Golongan diggers: kumpulan radikal yg menuntut
persamaan hak dalam pemilikan harta & mahu gereja ditukar menjadi institusi
pendidikan untuk rakyat.
Oliver Cromwell kemudiannya membubarkan parlimen dan
membentuk kerajaan baru
iaitu Protectorate dan melantik dirinya sebagai Lord
Protectorate. Walaupun memerintah
mengikut perlembagaan,
tetapi pemerintahannya bercorak diktaktor ketenteraan.
Oliver meninggal dunia dan diganti oleh anaknya,
Richard Cromwell tetapi meletak
jawatan tidak sampai setahun kemudian.
Kesimpulan
Keadaan politik England semasa zaman pemerintahan beraja Dinasti Tudor agak tenang sehinggalah rakyat bangkit menentang semasa pemerintahan Dinasti Stuart. Penentangan ini berpunca daripada sikap pemerintah yang terlalu taksub dengan kuasa mutlak sehingga membelakangkan rakyat. Penentang yang tercetus akhirnya menjurus kepada pengenalan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.
No comments:
Post a Comment