Pengenalan
Kerajaan maritim bermaksud kerajaan yang berasaskan aktiviti kelautan seperti perikanan dan perdagangan. Ciri utama kerajaan maritim ialah mempunyai
pelabuhan.
Masyarakat Maritim
di Portugal
Portugal merupakan
negara Eropah terawal yg berlayar / meneroka dunia luar. Kerabat
diraja Portugal bercita-cita tinggi: menggalakkan pelayar mencari jalan ke
dunia baru. Pada masa itu, Portugal
menjadi kuasa maritim tunggal @ belum ada pesaing kerana;
- Sepanyol belum bersatu.
- Negara kota Itali saling bersaing menguasai perdagangan di Laut Mediterranean.
- Perancis dan England terlibat dalam Perang 100 Tahun.
- Belanda menghadapi masalah dalaman.
Peranan
& Sumbangan Putera Henry “Henry The Navigator”
1. Mempromosikan aktiviti penjelajahan.
Putera Henry telah menubuhkan Akademi Laut di Sagres. Selain itu, Putera Henry turut
menjemput ahli pelayaran, pakar matematik,
kartografi dan astronomi dari luar untuk
mengajar pelaut Portugal. Berhasrat menguasai perdagangan di Afrika sekaligus
berusaha mencari Prester John [Raja kerajaan
Kristian di Afrika] bagi mendapatkan
bantuan untuk menguasai kerajaan Islam
Maghribi.
Kejayaan
Putera Henry ialah apabila ramai pelayar
Portugal berjaya menjelajah ke
selatan hingga ke Cape Verde [pantai barat
Afrika]. Kematian Putera Henry pada 1460
tidak melemahkan semangat orang Portugal- meneruskan aktiviti pelayaran;
i. 1487: Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of Good Hope [selatan Afrika].
ii. 1497: Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harap, menyeberangi Lautan Hindi sehingga tiba di Kalikat, India. Kejayaan ini membuka jalan ke timur.
Kejayaan
Portugal dalam bidang maritim
Peranan Putera Henry dan kegigihan pelayar Portugal telah membolehkan mereka mencapai kejayaan besar dalam bidang pelayaran. Antara kejayaan mereka ialah;
1. Kapal2 Portugal berjaya belayar ke
Timur melalui Tanjung Pengharapan.
Pelayar Portugal membawa pulang barang berharga seperti lada hitam,
sutera, batu permata dan rempah. Raja Portugal melantik Alfonso d’Albuquerque
sebagai wizurai di Goa, India. Wizurai bertanggungjawab menjaga pengkalan
perdagangan Portugal.
2. Tahun 1500 Portugal berjaya menguasai perdagangan di Lautan
Atlantik.
Pelayar2 Portugal telah mendapatkan hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan
pencelup, membuka ladang tebu dan tembakau, menternak lembu dan kuda di Brazil.
3. Tahun
1503: berjaya menguasai Cochin dan perairan Malabar.
Mereka
memaksa kapal2 berdagang menggunakan lesen Portugal sahaja. Pada tahun 1504, Francisco de Almeida dilantik
sebagai pemerintah Cochin. Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan laut antara
Portugal dan Arab.
4. Meluaskan penjelajahan ke Afrika.
Portugal kemudiannya berjaya menguasai Lautan Hindi dan membina
pangkalan perdagangan di Kenya.
5. Tahun
1509: Lopez de Sequeira tiba Melaka.
Tujuan awal de Sequeira adalah untuk meminta kebenaran berdagangan di Melaka. Pada tahun 1511 Portugal berjaya menawan Melaka.
6. Berjaya membina pangkalan perdagangan di
Kepulauan Rempah
Kesungguhan pelayar Portugal akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya membina pengkalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Sumatera dan Jawa. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan rempah.
7. Melantik
Casa de India [House of India]
Casa de India berperanan menguruskan perdagangan di luar negara. Portugal kemudiannya berjaya memonopoli perdagangan lada hitam,
kulit kayu manis, bunga cengkih dan mengenakan cukai 30% ke atas keuntungan
aktiviti perdagangan lain.
8.
Menggunakan pelabuhan Antwerp sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran
barang dagangan.
Dalam masa
30 tahun, berjaya menguasai pasaran rempah ratus daripada pedagang Venice.
9. Tahun
1550: pedagang Portugal mula memasuki Jepun.
Perkembangan ini menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai contoh,
Nagasaki menjadi pusat perdagangan dan pintu keluar utama bagi perdagangan Jepun.
10. Tahun
1517: meluaskan perdagangan di China
Portugis dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan Macau. Ini membolehkan Portugal menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan antara China-Jepun- Eropah. Selain itu, Portugal juga berjaya menerokai perdagangan hamba di China. Hamba2 China
dibawa ke Eropah dan dijual kepada bangsawan. Walau bagaimanapun, aktiviti penjualan hamba diharamkan pada tahun 1595.
Kesimpulan
Kejayaan besar yang dilakar oleh pelayar dan pedagang Portugal membuktikan mereka memang sebuah kuasa maritim yang hebat pada ketika itu. Mereka berjaya menguasai laluan barat ke timur serta mengumpul kekayaan hasil daripada aktiviti perdagangan.
cikgu mane nota masyarakat industri bab 1
ReplyDeleteckgu,ni ciri2 ke ???
ReplyDelete