Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jun 19, 2012

Masyarakat Agraria di China


Pengenalan
Negara China merupakan negara ke-3 terbesar di dunia. 2/3 daripada keluasan itu adalah kawasan pergunungan dan gurun. Hanya 15% sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, hasil pertanian mampu menampung makanan penduduk China. Keadaan ini didorong oleh faktor berikut
      i. Sebahagian besar negara China terletak di kawasan hawa sederhana
     ii.Terdapat kawasan perubahan iklim dari kawasan tropika ke sejuk yg sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.

 •       Kawasan tertinggi: Dataran Tibet
 •       Contoh  gurun di China: Gurun Gobi [Utara] dan Gurun Taklimakan [Barat Laut]

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di China
1. Pertanian menjadi kegiatan utama
Semasa zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, 80% penduduk desa bercucuk tanam. Timur Laut China dan Mongolia merupakan dataran loes yg subur untuk aktiviti pertanian. Kawasan ini turut direntangi oleh Sungai Hwang Ho dan Sungai Yangtze.

Tanaman utama petani China ialah padi  dan kapas, tebu, teh, gandum, sekoi dan barli menjadi tanaman sampingan. Di utara China pula [Kawasan tanah tinggi] padi huma, sekoi dan kekacang menjadi hasil keluaran penting.

Tanah yang subur mendorong kepada peningkatan hasil keluaran. Ini sudah pasti menguntungkan pembesar ataupun tuan tanah. Pendapatan cukai maharaja juga meningkat.
2. Masyarakat agraria mengamalkan pemilikan tanah yg diterajui oleh pembesar / tuan tanah.
Tanah merupakan kurniaan maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah juga menjadi lambang status sosial & aset berharga.
3.  Mengamalkan pertanian secara bersama.
Golongan petani di China mengamalkan pertanian secara bersama [hak individu diketepikan]. Mengusahakan tanah pertanian mengikut sistem warisan iaitu dari satu generasi ke generasi berikutnya.
4. Guna kaedah tradisional
Petani China masih menggunakan kaedah tradisional dalam pertanian. Sebagai contoh, najis binatang dijadikan sebagai baja. Walaupun demikian, hasil pertanian tetap banyak.
5. Petani tidak ada simpanan
Malang bagi petani, walaupun hasil pertanian meningkat tetapi mereka tidak ada simpanan untuk saat kecemasan seperti kemarau, banjir atau tanaman tidak menjadi. Petani masih dihimpit kemiskinan. Oleh itu, untuk meneruskan hidup mereka mengamalkan aktiviti berikut;
  1. Mencari hasil hutan
  2. Jual anak perempuan [hamba]
6. Petani tetap miskin
Walaupun tanah subur dan petani cekap, mereka tetap dihimpit kemiskinan. Rumah mereka hanya berdindingkan tanah liat, berbumbungkan rumput, tidak ada tempat berdiang, pakaian daripada benang kapas dan makanan sekadar cukup. Pendapatan petani hanya cukup untuk membeli benih, perkakasan pertanian, mengadakan majlis perkahwinan dan kematian.
Pembaharuan Dalam Bidang Pertanian
Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, beberapa pembaharuan telah dilaksanakan untuk meningkatkan hasil pertanian. Pembaharuan tersebut termasuklah;
         a. Peningkatan penggunaan sistem pengairan
    b. Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman.
    c. Peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah digunakan.
    d. Memperkenalkan kaedah tanaman bergilir dalam skala besar.
    e. Perkenalkan baka padi baru  yang cepat masak [[baka padi dari Vietnam Selatan] bagi membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Baka baru ini tidak memerlukan banyak air dan sesuai ditanam di kawasan berbukit.
    f. Penggunaan baja
   g. Tanaman dari Asia Barat seperti kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung diperkenalkan.
Selain itu, dasar pemerintah China yang mengutamakan bidang agraria juga menyumbang kepada peningkatan hasil pertanian. Pemerintah China menguatkuasakan pungutan cukai tanah yang rendah iaitu  1/30 kepada 1/50 daripada hasil pertanian. untuk menggalakkan aktiviti pertanian.
Kesan dasar yang diamalkan
Dasar dan pembaharuan yang dijalankan oleh pemerintah China telah membawa banyak faedah seperti;
          i. Perbendaharaan berkurang tetapi hasil pengeluaran pertanian bertambah.
          ii. Petani boleh baiki taraf hidup.
          iii. Banyak pasar di buka di kampung2 dan sistem barter digunakan.
          iv. Terdapat orang tengah beli secara pukal dan dijual di pasar besar.
          v. Pertumbuhan industri swasta ekoran perkembangan bandar seperti Nanking dan Beijing. Contoh industri berskala kecil yang berkembang pesat ialah pengeluaran kertas, sutera, kapas dan porselin. Perkembangan industri porselin memberi sumbangan kepada perbendaharaan negara. Kiangsi muncul menjadi pusat pengeluaran porselin.

Kesimpulan
Masyarakat agraria di China giat mengamalkan aktiviti pertanian. Sokongan pemerintah, kecekapan petani, tanah yang subur dan dasar pertanian yang diperkenalkan berjaya meningkatkan hasil pertanian sekaligus merancakkan perkembangan ekonomi China.

No comments:

Post a Comment

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]