Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jun 11, 2012

Buku Rujukan Sejarah

Memang sukar untuk mendapatkan buku rujukan sejarah stpm untuk sistem baharu yang mula dilaksanakan sepenuhnya hari ini. Ada syarikat penerbitan memaklumkan mereka tidak mengeluarkan buku rujukan sejarah ekoran permintaan yang rendah. Sikap sebegini sudah pasti membimbangkan guru dan juga pelajar. Kurangnya jumlah pelajar yang mengambil subjek sejarah bukan bermakna tidak ada langsung. Sekiranya penerbit enggan berdepan risiko kerugian mereka boleh mengedarkan risalah promosi ke sekolah agar mereka bolh mencetak buku tersebut berdasarkan pemintaan daripada sekolah-sekolah yang membuat tempahan. Mungkin ini bukan cara paling afdal tetapi sekurang-kurangnya pihak penerbitan juga harus ada tanggungjawab sosial membantu guru-guru dan para pelajar yang memerlukan selain memikirkan keuntungan. Berikut ialah sampel buku rujukan sejarah STPM Penggal 1 keluaran Pelangi. Syabas kepada Pelangi kerana mendahului syarikat penerbitan lain dalam usaha mengeluarkan buku rujukan sejarah. Buku ini akan berada di pasaran Sarawak dalam masa terdekat Tungguuuuu,.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik...terimakasih :)
      insyaAllah saya akan beli buku rujukan sejarah yg mcm ni!

      Delete
  2. bagus tak buku ni ? kalau bagus boleh saya ordr

    ReplyDelete