Oleh ZAAIN ZIN
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
ARKIB : 02/08/2012 Utusan Online
"Saya bukan siapa-siapa, cuma orang kampung dan tidak layak
dilayan seperti orang kenamaan. Namun, disebabkan mempunyai George Cross, saya
terus menerima layanan kelas pertama sepanjang berada di sana," katanya
ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Sehingga kini, hanya 25 penerima George Cross yang masih hidup dan
mereka terdiri daripada veteran perang di seluruh dunia yang pernah berkhidmat
secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan Britain sejak perang dunia
kedua.
Di Malaysia, George Cross setaraf dengan pingat Panglima Gagah
Berani (PGB). Pingat yang dinamakan sempena King George VI itu dianugerahkan
kepada Awang bagi mengiktiraf jasanya menentang kira-kira 50 komunis di hutan
Kluang, Johor secara bersendirian untuk menyelamatkan beberapa tentera British
yang cedera dalam satu pertempuran.
Diminta berkongsi pengalaman cemas itu, Awang memberitahu, dia
datang ke Tanah Melayu sebagai Iban Trackers pada Disember 1950 dan diserap
masuk ke dalam Rejimen Hutan Worcestershire and Sherwood yang berpangkalan di
Kluang. Kata bapa kepada enam cahaya mata itu, ketika menjejaki komunis di
hutan Kluang setahun kemudian, kumpulannya yang terdiri daripada 25 anggota
diserang hendap kira-kira 50 musuh.
"Tiga orang askar British maut ditembak manakala tiga lagi
cedera parah. Selebihnya berundur ke kem untuk mendapatkan bantuan meninggalkan
saya seorang diri bersama rakan yang cedera.
"Saya tidak sampai hati meninggalkan mereka yang cedera parah
dan memutuskan untuk terus melawan komunis menggunakan beberapa laras senapang
dan grenad yang ditinggalkan rakan-rakan," katanya yang ketika itu baru
berusia 22 tahun.
Menurut Awang, dia kemudiannya ternampak salah seorang askar
British yang cedera di kaki sedang terbaring kesakitan dan terdedah kepada
tembakan musuh. "Tanpa berfikir panjang, saya segera keluar dari tempat
persembunyian dan menarik askar yang cedera itu. Pada masa itu, saya terkena
dua das tembakan, masing-masing di pangkal paha dan lengan.
"Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya terkena
tembakan. Namun, saya memberanikan diri untuk terus menembak dan melempar
grenad ke arah musuh bertalu-talu. Hampir sejam kemudian, musuh akhirnya melarikan diri.
Mungkin mereka ingat kami ramai, padahal ketika itu, cuma saya seorang
sahaja," katanya. Akibat peristiwa itu, Awang dirawat di hospital selama lima bulan
manakala tentera British yang diselamatkannya, Griff Hughes terpaksa dipotong
kaki kanan.
Setelah 60 tahun berlalu, keberanian Awang yang secara tidak
langsung mengharumkan nama negara akhirnya diiktiraf apabila dianugerahkan
Pingat Jasa Malaysia (PJM) sempena sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak pada
tahun lalu.
"Saya gembira kerana kerajaan kita akhirnya menghargai
khidmat bakti saya," katanya yang kini menjadi Tuai Rumah di Nanga Skrang,
Sri Aman.
Bekas Iban Tracker terima Pingat Jasa Malaysia
2012/01/20
WALAUPUN
selepas lebih setengah abad beliau bertempur di Kluang, Johor, Awang anak
Raweng, terus menerima pengiktirafan kerajaan dengan pengurniaan Pingat Jasa
Malaysia (PJM) sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan
demi keselamatan negara.
Awang, 86, bekas Iban Tracker yang pernah berkhidmat dengan Worcestershire and Sherwood Foresters Regiment, menerima PJM sempena sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak, di Tugu Pahlawan di Tebingan Kuching, di sini, baru-baru ini. Beliau yang juga satu-satunya rakyat Malaysia menerima pingat keberanian George Cross daripada kerajaan British, bangga dengan pengurniaan PJM itu dan tidak menyangka, pengorbanannya masih terus diingati. “Saya tua dan sudah terlalu lama peristiwa pertempuran di Kluang itu berlalu. Rupa-rupanya kerajaan masih terus mengingati perjuangan orang lama seperti saya. Terima kasih, walaupun tidak membawa sebarang gelaran, PJM ini amat besar ertinya buat saya kerana ia menunjukkan perjuangan kami tidak pernah dilupakan,” katanya.
Awang, 86, bekas Iban Tracker yang pernah berkhidmat dengan Worcestershire and Sherwood Foresters Regiment, menerima PJM sempena sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak, di Tugu Pahlawan di Tebingan Kuching, di sini, baru-baru ini. Beliau yang juga satu-satunya rakyat Malaysia menerima pingat keberanian George Cross daripada kerajaan British, bangga dengan pengurniaan PJM itu dan tidak menyangka, pengorbanannya masih terus diingati. “Saya tua dan sudah terlalu lama peristiwa pertempuran di Kluang itu berlalu. Rupa-rupanya kerajaan masih terus mengingati perjuangan orang lama seperti saya. Terima kasih, walaupun tidak membawa sebarang gelaran, PJM ini amat besar ertinya buat saya kerana ia menunjukkan perjuangan kami tidak pernah dilupakan,” katanya.
Awang yang kini menetap di Nanga Skrang, Sri Aman, dianugerahkan George Cross
daripada Ratu England, kerana keberaniannya. Beliau antara 25 penerima anugerah pingat George Cross yang masih hidup dan
dijemput ke England setiap tahun sebagai tetamu kehormat pada hari ulang tahun
Ratu Elizabeth II, selain menerima kira-kira RM5,000 setiap tahun daripada
kerajaan Britain.
Bekas tentera British, Mejar (B) Victor Greenwood, 65, yang pernah berkhidmat
dengan Royal Logistic Corps turut berterima kasih kepada Malaysia kerana
mengiktiraf perkhidmatannya ketika bertugas di Sarawak pada 1965 ketika era
Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Greenwood, anak kelahiran Lanchester, England, mula menyertai tentera pada 1964
dan bersara pada 1993 turut menerima PJM yang disampaikan Timbalan Ketua
Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.
Selain Awang dan Greenwood, turut menerima PJM pada majlis itu, beberapa bekas
tentera yang pernah terbabit dalam peperangan menentang insurgensi pada zaman
darurat hingga pengganas komunis mengisytiharkan menamatkan perjuangan pada
1989. Mereka ialah Kapten (B) Kong Tong Gnoh dari Rejimen Renjer Diraja, Kapten (B)
George Kurka Maja (Rejimen Diraja), PW I (B) M Gunasagran (Kor Perkhidmatan
Diraja), PW I (B) Bingkok Mambang (Rejimen Renjer Diraja), PW I (B) Ubang
Kendawang (Rejimen Renjer Diraja), PW I (B) Nawdin Bujang (Tentera Laut Diraja
Malaysia), Able Rate (B) Abdul Rahman Sapawi (Tentera Laut Diraja Malaysia), PW
I (B) Nordin Amat (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan Sjn (B) Rahmah Omar
(Tentera Udara Diraja Malaysia).
Sumber: http://www.bharian.com.my
Kisah yang sangat menarik :D
ReplyDeleteartikel menarik tentang perlawanan komunis
ReplyDeletesalam
obat keputihan gatal
thanks this is good blog. mobile spy
ReplyDeletethis is really amazing post, i really like that type of post thanks for share it this time to take advantage of commercial cleaning dallas visit for more details.
ReplyDeleteThanks for the getting service of Air Duct Cleaning Services Westminster. It’s a great post, you really are a good writer! I’m so glad someone like you have the time, efforts and dedication provide the services, for this type service makes easy, Helpful and Useful.
ReplyDeleteAmazing article! I like you post. You deliver the best informative post. Moreover, Garage Door Repair provide the best garage door repairing, Installation and maintenance services at affordable price.
ReplyDeletenice post thanks for share it must visit can dogs eat dragon fruit
ReplyDeleteWe should get to know about, What is Google My Business.
ReplyDeleteGreat post! Thank you for sharing this post with us. I learn more through this post. Further, The Air Duct Cleaning Services Lakewood provide the best and affordable work in a short time.
ReplyDelete