Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Apr 26, 2013

Masa Tersisa vs Mengulang

Sungguh! Masa berputar begitu cepat sekali. Tak terasa, peperiksaan STPM Penggal ke-2 tinggal dua minggu lebih sahaja lagi. Amacam persediaan para pelajar semua? Harap-harap, persediaan rapi sudahpun dibuat. Kalau belum, gunakanlah masa yg tersisa untuk membuat persediaan akhir. Sesal kemudian tiada gunanya bila nasi sudah jadi bubur. Takkan selepas terhantuk baru nak terngadah kan? Kepala pasti dah benjol & sakit!
 
Apa nak tension? Kalau keputusan Penggal 1 & 2 tak begitu baik, masih boleh mengulang di Penggal ke-3 kan?
 
Peluang mengulang di P3 memang peluang yg baik. Bagi sesetengah individu, mungkin ia peluang keemasan. Anda boleh manfaatkannya untuk memperbaiki keputusan bagi subjek yang lemah keputusannya di P1 & P2. Malah tahap kematangan pemikiran dan persediaan anda juga jauh lebih baik berbanding semasa di P1 & P2.
 
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yg perlu kita teliti dengan rasional. Jom kita lihat risiko jika kita terlalu BERGANTUNG kepada slot mengulang di P3;
 
i. Penggal ke-3 mempunyai sukatan pelajaran tersendiri yang perlu dipelajari @ diulangkaji.
ii. Penggal ke-3 mempunyai beberapa kerja kursus yang perlu disiapkan dan...
iii. Anda juga perlu mengulangkaji subjek ulangan bagi P1 atau P2.
#Belum termasuk aktiviti lain yg diatur pihak sekolah dll#
 
*Dapatkah anda fokus dan membahagikan masa dengan baik dalam masa yg begitu terhad?
 
Ambo bukan nak menakut-nakutkan anda semua! Ambo hanya bagi pandangan. Tak semestinya pandangan ambo sesuai untuk anda semua [tidak mustahil jika pendapat saya ini SALAH]. Kalau anda dah set nak mengulang, teruskan. Ambo percaya anda mempunyai strategi tersendiri. Tetapi bagi yang sudah menetapkan matlamat tidak akan mengulang, baik anda studi dan fokus betul-betul pada setiap penggal. Lebih afdal jika minta pandangan guru dan ibu bapa.
 
Ingat! Di bawah sistem baharu ini, tidak wujud lagi istilah bulan madu. Jika diumpamakan seperti sebuah kereta, kita adalah kereta yang tidak mempunyai brek; sebaik sahaja wisel ditiup, kita terus pecut sampai ke garisan penamat.
 
Apapun, selamat maju jaya semua.
 

No comments:

Post a Comment

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]