Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Dec 19, 2012

Kalian yang kurindu

Selamat bertemu kembali. Semoga semua pengunjung yang dirindui bahagia dan ceria selalu. Rasanya sudah lama saya tidak post apa-apa dalam blog ini terutama sejak Penggal Pertama tamat. Memang ada dalam kalangan pengikut blog ini yang mencadangkan agar saya memuat naik nota untuk penggal kedua sebagai persediaan awal. Terima kasih atas saranan yang bernas tersebut. Walau bagaimanapun, saya memohon maaf banyak-banyak kerana tidak dapat menunaikan permintaan tersebut. Sempena cuti ini saya ingin bercuti sepuasnya walaupun masih tidak dapat bercuti dalam erti kata yang sebenar.
 
Berita baik untuk semua; Blog ini akan kembali aktif sempena [akan] bermulanya Penggal Kedua. Saya akan mula memuat naik sedikit demi sedikit nota untuk Penggal Kedua. Apa tunggu lagi, jadilah pengikut setia blog ini bagi mereka yang belum berstatus Follower hehe... Opss, lupa nak tanya, ok tak header blog ni? Tangan tiba-tiba gatal nak ubah, tu yang jadi macam anda lihat sekarang ni.

Sebelum memulakan sesi pembelajaran kita, saya ingin mengucapkan Merry Christmas kepada semua saudara seiman dan Happy New Year kepada semua pengunjung. Semoga di tahun 2013 nanti kita dapat menjadi insan yang lebih baik dan berjaya dalam semua aspek. Semoga segala sifat kurang manis kita dapat dikikis dan diganti dengan peribadi yang lebih elok pekertinya.

No comments:

Post a Comment

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]