Salam sejahtera semua pmbaca,
Nampaknya cuti sekolah kali ini berlainan dari cuti-cuti sebelum ini. Jika sebelum ini, walaupun bercuti kita masih perlu menjenguk buku pelajaran untuk membuat ulangkaji tetapi kali ini cuti sekolah bagi pelajar STPM Baharu amat santai. Tidak perlu menelaah memandangkan semua sukatan untuk semester pertama sudahpun tamat. Betul-betul enjoy... [walau bagaimanapun, beberapa kemahiran dalam sesuatu subjek itu perlu diingati memandangkan ia mungkin berguna untuk semester berikutnya].
Nak buat apa cuti ini?
Memandangkan cuti kali ini benar-benar cuti, apa kata kalau anda manfaatkan cuti sebaik-baiknya. Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah;
1. Berkerja [sambilan]: untuk mencari duit poket. Bila semester baru dibuka, anda tidak perlu membebankan ibu bapa untuk membeli keperluan persekolahan. Ataupun....yang paling best ialah anda dapat membeli sesuatu yang anda impikan selama ini, tablet contohnya. Sekarang pelbagai jenama tablet yang harganya mampu dimiliki oleh para pelajar. Tablet memudahkan anda mencari bahan rujukan.
2. Membantu ibu bapa sama ada di rumah, di kebun / sawah dan juga membantu ibu bapa berniaga. Pasti ibu bapa anda gembira dan bangga bila anaknya seorang yang ringan tulang [selain pandai].
3. Bagi yang tinggal di bandar dan masih ada datuk dan nenek / saudara mara di kampung, apa salahnya balik ke kampung bertemu mereka. Nikmati kehidupan di kampung yang masih terpelihara adab dan santunnya, pemandangan yang indah dan udara yang segar.
4. Belajar komputer / kereta / motorsikal. Apa kata bagi anda yang berkemampuan, mengisi cuti dengan mengambil kursus komputer jangka pendek bagi meningkatkan lagi kemahiran anda. Ataupun anda juga boleh belajar untuk mendapatkan lesen kereta atau motosikal.
5. Menunaikan hobi. Setiap orang ada hobi masing-masing. Jadi, lakukan hobi anda pada masa cuti ini. Bagi yang minat menulis atau melukis, nah inilah masanya melepaskan gian anda. Hantarkan hasil karya anda ke majalah atau akhbar. Untung sabut timbul, anda akan dapat sagu hati jika hasil karya anda terpilih untuk disiarkan.
Apapun, itu semua cadangan. Saya percaya anda ada cara yang lebih baik untuk memanfaatkan cuti anda. Nasihat saya, jangan lakukan perkara yang tidak berfaedah / merugikan seperti merempit [dll] kerana ia akan menyusahkan anda dan keluarga anda. Selamat bercuti......
No comments:
Post a Comment