Wajah2 anak didik di Hari Graduasi Pra-U
Peperiksaan STPM Baharu hanya tinggal 2 hari lagi. Pukul 8.00 pagi Isnin nanti bersamaan 5 November 2012 akan bermulalah perjuangan warga STPM Baharu kohort pertama sesi 2012/2013.
Hati pasti berdebar dan resah-gelisah. Apapun saya percaya, pelajar semua sudah bersiap siaga bagi menempuhi cabaran pertama ini. Apa kata kita renungkan sejenak tip atau panduan yang boleh pelajar semua gunakan beberapa hari menjelang peperiksaan. Jommmssss................
1. Hari-hari menjelang peperiksaan
- Elakkan daripada makan makanan / minuman sembarangan bagi mengelakkan alahan / keracunan makanan.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak seperti bermain bola sepak, mendaki dll yang berkemungkinan besar mengakibatkan kecederaan.
- Elakkan diri daripada membaca buku rujukan yang tebal-tebal kerana ia akan membuatkan anda tambah serabut, cemas dan bimbang. Bacalah nota ringkas, catatan atau contoh-contoh soalan sahaja.
- Jaga kesihatan anda sebaik mungkin.
- Pastikan kesemua dokumen [slip peperiksaan dan kad pengenalan] peralatan peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kalkulator dll sudah lengkap dan mencukupi.
2. Sehari sebelum hari peperiksaan
- Kemas dokumen / alat peperiksaan dan simpan dalam bagi mengelakkan terlupa keesokkan harinya.
- Bawa bertenang dengan rehat yang mencukupi, mendengar muzik ataupun bersiar-siar. Ketenangan minda amat penting sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.
- Tidur awal bagi mengelakkan anda terlewat bangun atau mengantuk.
3. Pagi menjelang peperiksaan
- Bangun awal dan kemaskan diri [mandi]
- Jangan lupa untuk mengambil sarapan. Menghadapi peperiksaan dengan perut kosong akan menjejaskan tumpuan anda.
- Pastikan sekali lagi semua dokumen dan alat tulis tidak tertinggal.
- Bertolak lebih awal. Pastikan anda tiba di pusat peperiksaan sejam sebelum kertas bermula. Sebarang kelewatan akan mengganggu ketenangan anda.
4. Semasa di bilik / dewan peperiksaan
- Masuk ke dewan peperiksaan dengan langkah / kaki kanan kerana langkah kanan membawa maksud baik atau bertuah.
- Bila kertas soalan diedarkan, pastikan anda menerima kertas yang betul.
- Baca arahan dengan teliti.
- Bahagikan masa dengan baik. Kesilapan membahagikan masa akan menyebabkan anda tidak menjawab soalan dengan baik ataupun jawapan anda tidak siap.
- Sebelum membuka kertas soalan, berdoalah agar anda diberikan kebijaksanaan untuk menjawab soalan dengan baik.
- Baca soalan dengan teliti dan tandakan kata kunci.
- Fahami kehendak soalan dan peruntukan sedikit masa untuk membuat rangka jawapan.
- Rangka jawapan biarlah ringkas tetapi mudah anda fahami. Rangka jawapan akan menjadi garis panduan yang memudahkan anda menulis jawapan dengan lancar.
- Jawab soalan yang anda rasakan mudah terlebih dahulu. Jangan menghabiskan masa dengan menjawab soalan yang anda kurang pasti jawapannya.
- Sekiranya ada masa, semak semula jawapan anda.
- Susun skrip jawapan anda mengikut urutan.
- Pastikan nombor kad pengenalan, angka giliran, kod kertas dan nombor soalan ditulis.
5. Selepas peperiksaan
- Selepas tamat satu-satu kertas, usah dirujuk sebarang buku untuk mengetahui jawapannya. Dengan kata lain, 'Tidak Perlu Buat Pembetulan'. Hal ini akan menyebabkan anda bertambah runsing sekiranya anda mengetahui jawapan anda kurang tepat. Lupakan semua hal berkaitan dengan kertas yang telah diduduki. Fokus kepada kertas yang akan datang.
Semoga tip-tip tadi dapat membantu anda menghadapi exam dengan tenang dan fokus. Selamat mencuba dan selamat berjaya!!!
terima kasih atas perkongsian.....insyallah akan dipanjang2kan tq
ReplyDelete