Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Jun 15, 2012

Perbandingan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun

Pengenalan
England dan Jepun merupakan dua buah negara yang mengamalkan sistem feudal dalam masyarakatnya. Walaupun mempunyai beberapa persamaan, namun perbezaan dalam beberapa aspek begitu ketara.

Persamaan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun
Persamaan 1: Konsep Feudalisme- Satu gabungan yg istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sesebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan

Persamaan 2: Peperangan- Kedua-dua negara sering dilanda peperangan. Di Eropah, pahlawan dipanggil knight dan di Jepun ia dipanggil samurai

Persamaan 3: Peralatan Perang- Knight dan samurai sama-sama menggunakan kuda, pedang dan baju perisai

Persamaan 4: Mobiliti Sosial- Kurangnya perubahan status atau kurangnya mobiliti sosial.

Persamaan 5: Pembinaan Masyarakat- Berdasarkan  keturunan atau sistem kelas


Perbezaan Sistem Feudal Eropah dengan Jepun
Perbezaan 1: Pembinaan Istana
Eropah: Istana diperbuat daripada batu
Jepun: Istana diperbuat daripada kayu

Perbezaan 2: Konsep Undang-Undang
Eropah: Feudalisme Eropah menekankan hak, undang2 dan kewajipan [pengaruh Rom].
Jepun: Feudalisme jepun menekankan aspek moral yang dipengaruhi etika China

Perbezaan 3: Pemilikan Tanah
Eropah: Gol knight mendapat tanah sebagai bayaran memberi pekhdimatan ketenteraan.
Knight juga berkuasa mengawal petani [serf] yg berkerja di tanah mereka
Jepun: Golongan samurai tidak mempunyai tanah.

Perbezaan 4: Perkongsian Kuasa
Eropah: Berkongsi kuasa dengan badan perwakilan
Jepun: Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yg mutlak.

Perbezaan 5: Penyatuan Negara
Eropah: England disatukan oleh Raja
Jepun: Disatukan oleh Jeneral Tentera

1 comment: