Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Kisah Pengorbanan Iban Trackers 2










Sisa Rangka 21 Pejuang Iban Tiba Di Bumi Kenyalang
Rabu Julai 27, 2011
KUCHING: "Akhirnya, rakan seperjuangan saya, Nyambik Pasang, dapat balik ke Sarawak." Itulah kata-kata Sarjan Mejar Sangalang Uyang, 74, seorang bekas anggota peninjau Iban yang berkhidmat dalam pasukan tentera British semasa Darurat dahulu. Nyambik merupakan seorang daripada 21 anggota kumpulan peninjau dikenali "Iban Trackers dan Sarawak Rangers" yang terkorban semasa berkhidmat dalam pasukan tentera British menentang pengganas komunis semasa Darurat Malaya(1948-1960) di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan di Singapura.
Sambil menceritakan detik-detik cemas ketika kejadian pada 10 Jun 1958, Sangalang berkata pasukan mereka sedang membuat rondaan di Jalan Jelapang, Ipoh, Perak apabila diserang. "Nyambik meninggal dunia di sisi saya setelah terkena tembakan di dada," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Sangalang merupakan antara pejuang negara yang membawa pulang 21 tempayan atau tajau dalam bahasa Iban, yang mengandungi sisa rangka Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban semasa mempertahankan negara, ke Sarawak.
"Saya berasa sedih kerana rakan seperjuangan saya tidak hidup lagi. Pada masa yang sama, saya berasa gembira kerana (mayat) mereka dapat balik ke negeri Sarawak," katanya. Sisa rangka mayat kesemua mayat itu dibawa pulang dengan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja malaysia dan tiba di Pangkalan TUDM di sini pada 1.15 petang.
Bidang Bagi, 84, dari Lubok Antu, berkata tidak pernah jumpa abangnya, Rejab Bagi, yang meninggalkan kampung halaman untuk berkhidmat dalam pasukan tentera British sehinggalah menerima tajau mengandungi sisa rangka abangnya itu hari ini.
"Akhirnya, kamu sudah pulang juga. Saya sangat rindu dengan kamu (Rejab)," katanya ketika melihat tajau yang menyimpan sisa rangka abangnya itu. Satu upacara penuh adat istiadat telah diadakan untuk menyambut dan menyerahkan kesemua 21 tajau yang dibawa pulang itu.
Pada majlis itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diwakili Assisten Ketua Staff Cawangan Sumber Manusia Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar menyerahkan bendera Malaysia kepada kerajaan Sarawak yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu. Upacara "miring" turut diadakan untuk menyambut kepulangan kesemua 21 pejuang Iban itu dan ia disempurnakan oleh Temenggong Kanang Anak Langkau yang merupakan bekas Pegawai Waran 1.
Sisa kesemua 21 Iban Trackers dan Sarawak Rangers itu disimpan di Kem 1 Divisyen dan akan disemadikan di Perkuburan Pahlawan di Jalan Budaya di sini Rabu. Sisa rangka berkenaan digali semula dari kubur asal di Alor Setar, Kedah (satu); Batu Gajah, Perak (dua); Kamunting, Perak (empat); Cheras, Kuala Lumpur (empat); Terendak, Melaka (lapan) dan Kranji, Singapura (dua).
Langkah membawa pulang sisa rangka semua perajurit itu menerusi Ops Mai Pulai adalah hasil cadangan Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah kepada Jabu selepas beliau membaca keluhan seorang wanita Sarawak mengenai kubur seorang askar peninjau Iban yang terbiar di tepi sebatang jalan raya di Alor Setar.- BERNAMA

 
Sumber: mySarawak.org | 03/05/2009


KUCHING: Usaha kini dilakukan untuk membawa balik anggota-anggota Renjer Sarawak yang mati dan dikebumikan di Semenanjung Malaysia dan Singapura ketika menentang komunis satu ketika dahulu.

Inisiatif itu diketuai Leftenan Jeneral (Bersara) Robert Rizal Abdullah yang juga anggota renjer berasal dari Sri Aman dan kini menetap di Perak. Ketika ditemui semalam, beliau berkata kira-kira 21 kubur anggota Renjer Sarawak termasuk seorang anggota pengakap sempadan telah dikenal pasti terdapat Semenanjung Malaysia dan Singapura

Katanya, kubur-kubur berkenaan terdapat di Kuala Lumpur, Perak, Melaka, Kedah selain Singapura. Beliau berharap dapat membawa pulang kesemua perajurit yang terkorban itu dan mengebumikan semula mereka di Sarawak.

Robert tergerak hati untuk berbuat demikian apabila terbaca kisah satu kubur milik anggota Renjer Sarawak, Lans Koperal Ungkok Jugam yang terletak di Kilometer 3, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah menerusi blog pada November 2008. Sambil menyifatkan ia sebagai penemuan mengejutkan, beliau memberitahu kubur Ungkok terletak di bahu jalan.

“Seorang wira yang mati berkorban untuk negara, kuburnya yang terletak di tepi jalan adalah satu perkara yang amat menyedihkan,” katanya. Dengan usaha beliau, kubur berkenaan dipindahkan ke pekarangan Gereja Katolik St Michael di Jalan Sultanah pada 28 April lepas.

Selaras dengan usaha untuk memindahkan kubur-kubur wira Sarawak yang dikebumikan di Semenanjung Malaysia dan Singapuran, beliau berharap Kerajaan Negeri akan meluluskan syor untuk membina Tugu Peringatan Wira di sini. Katanya, cadangan itu telahpun dikemukakan kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk dipertimbangkan.

“Rancangan untuk memindahkan kubur-kubur itu bergantung dengan penyediaan Tugu Peringatan Wira dan ini bergantung dengan persetujuan Kerajaan Negeri,” katanya.


 
Salut untuk para pejuang Iban!
Sumber: syahrilkadir.wordpress.com

Gambar di atas adalah sebuah kubur anggota tentera Sarawak Rangers berketurunan Iban, Lans Korporal Ungkok anak Jugam yang dipercayai terkorban di antara tahun 1948 – 1960. Nak tahu kat mana kubur dia? KM4 Jalan Langgar, Alor Star, tepi jalan besar je kedudukannya. Bayangkan betapa ‘hinanya’ kita melayan anak bangsa yang berjuang bermatian-matian untuk mempertahankan tanah air dari cengkaman komunis.

Nasib baiklah atas usaha Let. Kol (B) Robert Rizal Abdullah (http://pgbwarrior.blogspot.com) dan rakan-rakannya, kubur mendiang telah dialihkan dan seterusnya dipindahkan ke tempat yang sewajarnya. Dan aku sangat terharu hari ini, kerana kerajaan telah membuat satu keputusan tepat untuk mengkebumikan semula kesemua rangka 21 anggota Iban Trackers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis dulu pada 27 Julai ini. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan kesemua anggota Iban Trackers yang terkorban dikebumikan di tanah kelahiran mereka.
 
“Keadaan darurat pada masa itu membuatkan mereka (Iban Trackers) dikebumikan serta-merta di tempat mereka terkorban. Bagaimanapun negara kini sudah aman. Jadi kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana bersetuju membawa pulang kesemua pahlawan Iban ini dari tempat mereka disemadikan,” katanya pada majlis‘Miring Ops Mai Pulai’ (Ops Bawa Balik).
 
Anggota Iban Trackers itu antaranya ialah Ungkok Jugam, Jaweng Jugah, Unggat Ujom, Ugap Utut, Letan Kusing, Nyambik Pasang, Kumpang Tinggi, Bulan Kasau, Kelambu Gadung, Untang Engan, Rejap Bagi, Entap Tulu. Turut dibawa pulang ialah Nyantau Juna, Manit Cheling, Nyaru Talap, Mat Akit, Empati Dugu, Adrain Tandang, BS Utot Tanggang, Dampi Berain dan Janggak Ingkoi.
 
Enam kumpulan khas ditubuhkan untuk menggali semula kubur mereka yang terletak di Alor Setar, Kedah; Batu Gajah dan Kemunting, Perak; Cheras, Kuala Lumpur; Terendak, Melaka dan Keranji di Singapura. Kesemua rangka pejuang tersebut akan dikumpulkan di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur pada 25 Julai sebelum diterbangkan ke bandar raya ini menggunakan pesawat Hercules Charlie pada keesokan harinya.
Ingatlah, jasa para pejuang Iban ini pada negara kita sangat hebat dan tiada galang gantinya…tiada apa yang dapat kita balas bagi membalas keberanian dan kecekalan mereka terhadap negara kita yang tercinta. Salut untuk mereka…AGI IDUP AGI NGELABAN!

 






'Ops Mai Pulai'
11/08/12
Oleh Mohd Roji Kawi, Berita Harian
Rangka pejuang Iban Trackers, Sarawak Rangers disemadikan penuh istiadat

TIDAK ramai mengetahui jasa dan pengorbanan anggota tentera peribumi 'Iban Trackers' dan 'Sarawak Rangers' yang sanggup meninggalkan keluarga di Sarawak untuk membantu tentera British khususnya dari Rejimen Gurkha berjuang menentang pengganas komunis di Malaya dan Singapura pada era darurat.

Berbekalkan semangat `Agi Idup Agi Ngelaban' yang menjadi prinsip perjuangan pahlawan Iban sejak dulu, tentera peribumi itu sanggup menempuh cabaran berjuang di negara orang kerana ketika itu, Sarawak dan Malaya (kini Semenanjung) belum bergabung membentuk sebuah negara.

Tentera British berpangkalan di Sarawak menjelajah segenap pelosok negeri mencari anak watan khususnya generasi muda Iban untuk menyertai mereka menggempur pengganas komunis yang mengucar-kacirkan ketenteraman penduduk Malaya ketika itu.

Anak muda Iban menjadi keutamaan tentera British, kerana mereka memiliki kemahiran luar biasa di hutan belantara, bukan saja menjejaki, malah mampu menghidu kehadiran musuh, selain mahir menjalani ikhtiar hidup untuk bertahan berbulan lamanya di hutan tanpa bekalan makanan dibawa dari kem.

Justeru, tidak hairanlah sepanjang era darurat mulai 1948 hingga 1960, lebih 1,000 anak muda Iban dari segenap pelosok Sarawak dikerah ke Malaya untuk menjadi `pengesan' kepada tentera British.

Mereka diberi latihan asas peperangan menentang insurgensi termasuk menggunakan senjata automatik bagi bertindak balas jika diserang hendap.
Setiap anggota hanya berkhidmat kira-kira tiga bulan di Malaya ketika zaman darurat dan dalam tempoh itu, seramai 1,168 pejuang Iban menabur bakti hingga 21 daripadanya maut dalam pertempuran dengan komunis.

Kesukaran perhubungan ketika itu memaksa jenazah pejuang yang gugur di medan pertempuran, terpaksa dikebumikan di beberapa lokasi di Semenanjung dan Singapura.

Ini menyebabkan waris pejuang tidak berpeluang menziarah kubur mereka iaitu satu di Perkuburan Kristian, Jalan Sultanah, Alor Setar; empat di Perkuburan Kristian Jalan Kamunting, Taiping; dua di Perkuburan Kristian Batu Gajah; tujuh di Perkuburan Tentera di Kem Terendak; empat di Perkuburan Kristian Jalan Cheras, Kuala Lumpur dan dua di Perkuburan Tentera Kranji di Singapura.

Veteran Rejimen Renjer Diraja (RRD), Left Kol (B) Robert Rizal Abdullah, yang menyedari nasib menimpa pejuang yang gugur itu meninjau sebuah kubur di Alor Setar, milik Lans Koperal Ungkok anak Jugam yang meninggal dunia pada 13 Februari 1955.

Sedih melihat kubur di tepi jalan sibuk itu pada 2007, Robert Rizal berusaha mendapatkan bantuan Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Sarawak untuk memindahkannya ke tempat sewajarnya bagi seorang wira negara.

"Ketika itu saya terfikir, jika satu kubur pahlawan gagal dijaga pihak berkuasa, bagaimana dengan yang lain. Jadi, saya bertekad memindahkan kubur itu ke Kuching bagi memudahkan waris menziarahinya," katanya.

Robert Rizal tidak jemu meminta bantuan kerajaan merealisasikan hasratnya memindahkan rangka pejuang itu dan pada 23 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melawat Sarawak memberi jaminan menjayakan operasi khas dinamakan `Ops Mai Pulai' yang bermaksud Operasi Bawa Pulang.

"Akhirnya, dalam tempoh lima bulan, hasrat melihat rangka pejuang dikuburkan semula di tanah kelahiran mereka menjadi kenyataan," katanya pada majlis pengebumian 21 rangka itu di Tanah Perkuburan Pahlawan, berhampiran Taman Budaya, Kuching, baru-baru ini.

Rangka pejuang Iban Trackers dan Sarawak Rangers itu diterbangkan dengan pesawat pengangkut Hercules C-130 dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan tiba di pangkalan TUDM Kuching tepat jam 1.30 petang, 26 Julai lalu.

Penghormatan tentera diberi anggota Batalion Ke-3, RRD sebaik keranda kecil menempatkan rangka pejuang itu tiba di Kuching dan beberapa pemimpin kanan kerajaan negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang serta beberapa menteri Kabinet dan pegawai kanan tentera termasuk Panglima Wilayah Dua, Left Jen Datuk Awie Suboh, Panglima 3 Briged, Brig Jen Datuk Ramli Jaafar dan Panglima 9 Briged, Brig Jen Stephen Mudaw, menyambut ketibaan rangka pejuang itu yang diiringi Pahlawan Negara, PWI (B) Temenggong Kanang anak Langkau.

Pada 27 Julai, semua rangka 21 pejuang itu disemadikan di Tanah Perkuburan Pahlawan Kuching dan sekali lagi istiadat penuh tradisi ketenteraan diadakan dan dihadiri Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beberapa waris pejuang nyata terharu dengan usaha murni kerajaan serta individu yang membantu Ops Mai Pulai itu, yang menjadikan harapan mereka menziarahi kubur pejuang itu kini satu kenyataan.

Rangka 21 pejuang Iban kembali ke tanah kelahiran
Tangisan sambut 'kepulangan' pejuang IbanWARIS keluarga Lawas Unggat (tunduk) bersama ahli keluarganya tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat keranda berisi rangka bapanya, Unggat Ujom yang tiba di Pangkalan TUDM, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ HAMZAH


KUCHING 26 Julai - "Pulang jua kau akhirnya, aku rindu," Demikian ratapan Bedang Bagi, 84, sebaik sahaja menyambut ketibaan sisa rangka abangnya dan 20 pejuang Iban lain di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching di sini, hari ini.

Tangisan wanita warga emas itu mengundang simpati para hadirin, lebih-lebih lagi apabila dia memeluk erat dan tidak mahu melepaskan tajau berisi rangka mendiang, Rejap Bagi yang terkorban pada 1956.

Bedang juga beberapa kali memanggil nama abangnya dan meminta maaf kerana dia tidak pernah menziarahi pusara asal mendiang yang terletak di Semenanjung.

"Sudah lebih 50 tahun saya ingin melawat, namun tidak mampu ke sana. Bagaimana saya mahu melawatnya, terlalu jauh. Kami juga tidak tahu di mana tempatnya," katanya.

Rejap merupakan antara pejuang Iban yang terkorban ketika menentang komunis dan dikebumikan di beberapa perkuburan Kristian di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Lawas Unggat, 59, menyifatkan usaha membawa pulang rangka para pejuang tersebut amat bermakna kepadanya kerana ia dapat melepaskan kerinduan terhadap bapanya, Unggat Ujom yang meninggal dunia pada 1955.

"Sekurang-kurangnya, sekarang saya tahu di mana kubur bapa dan boleh ceritakan kepada anak cucu bahawa mendiang pernah berjuang menjaga keamanan negara," katanya.

Rehap dan Unggat merupakan antara 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis.

Kesemua pejuang tersebut akan dikebumikan semula di tapak perkuburan Kristian berhampiran Tugu Peringatan Wira Perang Dunia Kedua di sini, esok.

Rangka 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis sekitar 1948 hingga 1963 selamat tiba di bandar raya ini menerusi 'Ops Mai Pulai' (Ops Bawa Balik) kira-kira pukul 1 petang ini.

Sebaik sahaja tajau (tempayan) yang berisi sisa rangka tiba, satu upacara khas 'Miring Nyambut Bujang Berani Turun Sembilan' disempurnakan oleh veteran perang, Kanang Langkau.

Turut hadir pada upacara berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Awi Suboh.

Anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang dibawa pulang tersebut ialah Ungkok Jugam, Jaweng Jugah, Unggat Ujom, Ugap Utut, Letan Kusing, Nyambik Pasang, Kumpang Tinggi, Bulan Kasau, Kelambu Gadung, Untang Engan, Rejap Bagi dan Entap Tulu.

Turut dibawa pulang ialah Nyantau Juna, Manit Cheling, Nyaru Talap, Mat Akit, Empati Dugu, Adrain Tandang, BS Utot Tanggang, Dampi Berain dan Janggak Ingkoi.

Sebelum ini, lima kumpulan khas ditubuhkan untuk menggali semula kubur mereka yang terletak di Alor Setar, Kedah; Batu Gajah dan Kamunting, Perak; Cheras, Kuala Lumpur; Terendak, Melaka dan Keranji di Singapura.

Kesemua pejuang tersebut akan dikebumikan semula di tapak perkuburan khas, Heroes Graves yang terletak berhampiran Tugu Peringatan Wira Perang Dunia Kedua di sini, petang esok.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadual hadir pada upacara pengkebumian itu.




Rejimen Renjer Diraja dianggotai pelbagai kaum [Arkib 23/12/1999]
Rejimen infantri Tentera Darat Malaysia (TDM) yang kedua terbesar ialah Rejimen Renjer Diraja (RRD) dengan cogan kata yang unik dan bersemangat iaitu Agi Idup Agi Ngelaban iaitu selagi ada hayat selagi itu sedia berjuang dan berkorban.
Rejimen ini juga unik kerana keanggotaannya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu selain dari bangsa Melayu, Cina dan India, banyak juga keanggotaannya adalah rakyat pribumi Sabah dan Sarawak serta Orang Asli. Kehebatan warga RRD tiada tolok bandingnya dengan pasukan infantri TDM yang lain kerana banyak wira Renjer gugur demi untuk mempertahankan negara tercinta daripada terjatuh kepada pengganas komunis.
Rejimen yang boleh dikenali melalui beret dengan 'hackle' berwarna hitam, sebelum ini adalah pasukan Sarawak Renjers, dan dikenali kerana kehandalan para anggota 'pengesan-pengesan Iban'nya sejak era konfrontasi dan darurat sebelum tahun 1963. Pahlawan-pahlawan Iban berkenaan sebelumnya telah berkhidmat sebagai pengesan dengan Tentera British di Malaya. Sesuai dengan perkembangan semasa negara, askar renjer Malaysia telah ditubuhkan dengan rasmi pada 16 September 1963.

 
Beberapa tahun sebelum itu, Sarawak Renjers telah dibubarkan pada 15 September 1965 dalam satu perbarisan penuh istiadat dan bersejarah di Ulu Tiram, Johor dan semua anggotanya telah diserapkan ke dalam askar Renjer Malaysia sebagai nukleas pasukan baru.
 



Penyerahan Batalion Pertama dan kedua askar Renjer kepada kerajaan Malaysia telah dilakukan dalam satu upacara penuh istiadat dan bersejarah di Kem Suvla Lines (sekarang Kem Syed Putra), Ipoh, pada 4 Oktober 1965. Tarikh itu telah diambil secara rasmi sebagai tarikh lahirnya RRD iaitu Rejimen Renjer Diraja dan dirayakan sebagai hari ulang tahun. Sejarah kepahlawanan RRD sebenarnya telah dicatatkan sebelum tertubuhnya Malaysia.


 



Antara nama anggota renjer ialah Tracker Awang ak Rawang yang dianugerahkan pingat 'George Cross', Koperal Micheal Menggong ak Panggit (George Medal), Lan Koperal Sanggau ak Jani (Military Medal) manakala Pegawai Waran II Jimba ak Layang, Pegawai Waran II Gon ak Senada dan Pegawai Waran II Ningkan ak Kasau masing-masing menerima 'British Empire Medal'.
Setelah 34 tahun bersama TDM untuk menentang dan membantera pengganas komunis, RRD terus mengukir nama dengan pahlawan sejati. Antara yang terukir nama mereka dalam menegakkan kedaulatan dan keamanan negara ialah apabila tiga wira renjer dianugerahkan bintang 'Seri Pahlawan Gagah Perkasa' (SP) iaitu Pegawai Waran I Kanang ak Langkau, mendiang Pegawai Waran II Lenggu ak China dan mendiang Kapten V.Mohan Chandran.

 

Di samping itu sebanyak 24 pegawai dan anggota lain-lain pangkat RRD turut dianugerahkan dengan bintang 'Panglima Gagah Berani' (PGB), yang antaranya telah bersara dan juga gugur di medan pertempuran. Namun seorang yang masih berkhidmat sebagai Kuartermaster di Markas Staf Stesen Temerloh, Pahang iaitu Mejar Micheal Riman ak Bugat. Selain itu sebanyak 64 pegawai dan anggota lain-lain pangkat telah dianugerahkan 'Kepujian Perutusan Keberanian (KPK) dan dua anggota dikurniakan Perutusan Keberanian Sarawak
Sumber: http://www.utusan.com.my



Bujang Berani
KUCHING: Penerebai rangkah 21 iku bujang berani mujur sangkai ba padang bilun sedadu langit TUDM urung pukul 1.15 tengahari kemari ke disambut enggau penyinu sereta basa ke besai ari sedadu darat enggau langit nengah adat bansa Iban.
Kaban belayan sereta suku juru niang bela nyambut pemulai rangkah 21 iku Raban Penyidi Bujang Berani Iban ke parai ba Malaya urung taun 1940 kelia, lalu keterubah iya dalam lebih 60 taun, rangkah bujang berani dibai pulai ngagai menua asal sida iya, disambut enggau penuh adat enggau basa bansa Iban.







Bilun sedadu TUDM Hercules Charlie ke mai rangkah bujang berani terengkah ba padang bilun TUDM dalam urung pukul 1.15 tengahari lalu disambut enggau penuh basa ulih 21 iku bala sedadu darat nyengkaum sedadu langit ngatung lungun bujang berani ke dibungkus ngena menira Malaysia.

Tembu 21 iti lungun nya ditusun sedadu darat ba atas mija, pengawa miring betuaika Temenggong Kanang anak Langkau dipenyadi ngena Piring Turun Semilan, ke endang diungkup kena kena ngelaluka penatai ‘Rangkah Bujang Berani’ tauka reti jaku dikena ngelaluka tua’bujang berani ke mati di Malaya maya menua siga urung taun 1940 kelia.

Piring Turun Semilan diatur kena meri basa ngagai kaban belayan, ngambika sida ke agi idup terus kering sereta berani.

Sepengudah pengawa miring, Sapit Kepala Staff Sumber Manusia Angkatan Tentera Malaysia ti mega nyadi Chairman Kor Ranger, Mejar Jeneral Dato Mohd Zaki Mokhtar nyuaka menira Malaysia ngagai Sapit Kepala Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Entara kaban belayan ke bisi dikerandau kemari, iya nya Bidang anak Bagi, menyadi Rejab anak Bagi ke parai kena 27 Januari 1956 sereta dikubur ba Jalai Cheras, Kuala Lumpur.

Ku iya: “Aku berasai sinu ati laban dalam 7 iku kami menyadi , agi bisi 3 iku meruan. Rejab menyadi tuai kami, lalu sekumbang iya ke nadai urung taun 1956, kami sigi nadai kala ngabas kubur iya laban menua nya ke jauh, tambah mega kami nadai nemu endur kubur iya.

“Meruan dikenang belama niang menyadi kami tu laban iya menyadi ke chukup nelap enggau kami. Perengka ke dikena aku sigi iya belama ke selalu meli. Diatu nadai dipeda kami agi, tang mujur rangkah iya udah dibai pulai kitu lalu disambut enggau basa,” ku iya ke endang asal orang Skarok, Lubok Antu.

Seiku ari Raban Penyidi bansa Iban ke udah pinchin diatu (pegawai waran dua), Sengalang Uyang, 74 asal ari Kapit entara orang ke kala berambunka nyawa nyadi ‘Trackers’ Iban lebuh ngintu menua Malaya siga kelia.

Ngenang pengawa iya kelia, ke kala berambunka nyawa, Sengalang madah peragam ati seiku orang patriotik sigi tinggi ba bala Trackers Iban kelia, lalu pengering sereta pemerani ngelaban munsuh maya nya sigi pengawa dikereja enggau pengabis ati laban deka nyaga pengelikun menua.

“Maya kami ngambi rangkah tu pulai, lebuh dalam bilun kemari, berasai sinu ati laban sida bujang berani ke diambi pulai ari semenanjung enggau Singapore udah nadai dipeda agi tang pengudah terengkah ba padang bilun, ati berasa lantang laban sida tu udah datai ba menua asal Sarawak, saum tanah enggau diri sebilik ,” ku iya.

Ku Sengalang, entara Raban Penyidi bansa Iban ke kala begulai enggau iya, iya nya niang Nyambik anak Pasang, enggau Entap anak Tulu.

Bala pemesai bukai ke sama bisi ngulu atur pengawa nya kemari, Menteri Pemansang Pengawa Rama enggau Kandang Mengeri Tan sri William Mawan Ikom, Menteri Muda Pemansang Menua Pesisir Datuk Gramong Juna, Tuai Opis Pengintu Adat Istiadat Datu Nellie Tangai, Kaban Kunsil Nengeri Balai Ringin, Snowdan Lawan, enggau Sapit Sekretari Besai Menua, Datu Ose Murang.

Rangkah 21 iku Raban Penyidi bansa Iban ke dibai pulai, iya nya Ungkok Jugam, Jaweng Jugah, Unggat Ujom, Ugap Utut, Letan Kusing, Nyambik Pasang, Kumpang Tinggi, Bulan Kasau, Kelambu Gadung, Untang Engan, Rejap Bagi, Entap Tulu, Nyantau Juna, Manit Cheling, Nyaru Talap, Mat Akit, Empati Dugu, Adrain Tandang, Utot Tanggang, Dampi Berain enggau Janggak Ingkoi.

Enam iku raban dianjung engkubang baru kubur bujang berani ke bisi ba Kedah, Batu Gajah, Kemunting, Kuala Lumpur, Melaka enggau Singapore sebedau iya dikubur baru kena 27 Julai tu ba belakang gerija St Joseph (besemak enggau Sarawak Club).

Operasi Mai Pulai rangkah bujang berani tu terubah dikelala enggau nama Ops Ngerapuh datai ari penemu Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah ba taun 2010, ke alai penemu iya tu dibantaika iya ngagai sapit kepala menteri.

Sumber: Posted by bloggeriban on July 27, 2011 in Berita Iban

Nama 21 iku Raban Penyidi Bujang Berani ditumbaka baru ba Sarawak


Nama 21 Iban Trackers ditumbakka baru ba St. Joseph, Kuching
1. Ungkok Anak Jugam, Christian Cemetery in Alor Star, Kedah,
2. FF/829 Jaweng Anak Jugah, Batu Gajah Cemetery in Ipoh, Perak,
3. 900506 Unggat Anak Ujom, Batu Gajah Cemetery in Ipoh, Perak,
4. 900172 Ugap Anak Utut, Kamunting Road Christian Cemetery in Taiping, Perak
5. 900601 Letan Anak Kusing, Kamunting Road Christian Cemetery in Taiping, Perak
6. 900665 Nyambik Anak Pasang, Kamunting Road Christian Cemetery in Taiping, Perak
7. 900815 Kumpang Anak Tinggi, Kamunting Road Christian Cemetery in Taiping, Perak
8. FF/253 Bulan Anak Kasau, Cheras Road Cemetery, Kuala Lumpur
9. FF/1254 Kelambu Anak Gadung, Cheras Road Cemetery, Kuala Lumpur
10. FF/575 Untang Anak Engan, Cheras Road Cemetery, Kuala Lumpur
11. Rejap Anak Bagi, Cheras Road Cemetery, Kuala Lumpur
12. FF/825 Entap Anak Tulu, Terendak Military Cemetery, Melaka
13. FF/1083 Nyantau Anak Juna, Terendak Military Cemetery, Melaka
14. Manit Anak Cheling, Terendak Military Cemetery, Melaka
15. Nyaru Anak Talap,
16. Mat Anak Akit, Terendak Military Cemetery, Melaka
17. Empati Anak Dugu, Terendak Military Cemetery, Melaka
18. Adrain Anak Tandang, Terendak Military Cemetery, Melaka
19. Border Scout Utot Anak Tanggang, Terendak Military Cemetery, Melaka
20. 900557 Dampi Anak Berain, Kranji Military Cemetery, Singapore
21. 900441 Janggak Anak Ingkoi, Kranji Military Cemetery, Singapore
Sumber: http://bloggeriban.wordpress.com


 

Tangisan sambut 'kepulangan' pejuang Iban
KUCHING 26 Julai - "Pulang jua kau akhirnya, aku rindu," Demikian ratapan Bedang Bagi, 84, sebaik sahaja menyambut ketibaan sisa rangka abangnya dan 20 pejuang Iban lain di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching di sini, hari ini. Tangisan wanita warga emas itu mengundang simpati para hadirin, lebih-lebih lagi apabila dia memeluk erat dan tidak mahu melepaskan tajau berisi rangka mendiang, Rejap Bagi yang terkorban pada 1956.

Bedang juga beberapa kali memanggil nama abangnya dan meminta maaf kerana dia tidak pernah menziarahi pusara asal mendiang yang terletak di Semenanjung. "Sudah lebih 50 tahun saya ingin melawat, namun tidak mampu ke sana. Bagaimana saya mahu melawatnya, terlalu jauh. Kami juga tidak tahu di mana tempatnya," katanya. Rejap merupakan antara pejuang Iban yang terkorban ketika menentang komunis dan dikebumikan di beberapa perkuburan Kristian di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Lawas Unggat, 59, menyifatkan usaha membawa pulang rangka para pejuang tersebut amat bermakna kepadanya kerana ia dapat melepaskan kerinduan terhadap bapanya, Unggat Ujom yang meninggal dunia pada 1955. "Sekurang-kurangnya, sekarang saya tahu di mana kubur bapa dan boleh ceritakan kepada anak cucu bahawa mendiang pernah berjuang menjaga keamanan negara," katanya.
Rehap dan Unggat merupakan antara 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis. Kesemua pejuang tersebut akan dikebumikan semula di tapak perkuburan Kristian berhampiran Tugu Peringatan Wira Perang Dunia Kedua di sini, esok.




No comments:

Post a Comment

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]