Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jul 24, 2013

Semangat Juang Puteri Semekar

Baru-baru ini, pelajar Pra-U SEMEKAR dipilih menyertai Kejohanan Sukan Pra-U Edisi Pertama Peringkat Negeri Sarawak bagi mewakili Bahagian Betong dalam acara Bola Tampar Wanita.Untuk makluman, Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. Punyalah lambat mendapat info... 4 HARI menjelang kejohanan! Hanya ada 4 hari sahaja masa untuk berlatih.......

Alamak!...Demi semangat kesukanan, team bola tampar wanita Pra-U Semekar terus dibentuk serta-merta. Latihan intensif terus dijalankan oleh guru-guru Pra-U (Terima kasih atas komitmen guru2).
Walaupun menjadi pasukan belasahan pada pusingan pertama peringkat kumpulan, semangat juang puteri Semekar tidak mudah goyah. Berkat semangat tidak mudah menyerah kalah, akhirnya team yang dibentuk 4 HARI sebelum hari pertandingan berjaya menduduki tempat Ke-4! Macam tak percaya... Lawan kita dah berlatih berminggu-minggu / sebulan lebih dan ada dalam kalangan peserta lawan yang merupakan WAKIL SUKMA!

Sekalung tahniah kepada 12 orang puteri Semekar yang telah membuktikan Semekar Boleh!

No comments:

Post a Comment

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]