Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Mar 25, 2013

Pendidikan di Zaman Kerajaan Umaiyah

Soalan: Huraikan peranan institusi pendidikan pada zaman Kerajaan Umaiyah

          Pendidikan Islam menekankan pertumbuhan manusia yang seimbang dalam melaksana tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi. Imam al Ghazali menjadikan ilmu pengetahuan sebagai antara syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon khalifah. Khalifah Bani Umaiyah juga berminat dengan perkembangan pendidikan. Khalifah Muawiyah misalnya, akan membaca sampai sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa Arab, peperangan dan cerita-cerita bangsa asing. Pelbagai institusi pendidikan dibina pada zaman pemerintahan kerajaan ini.
          Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada awalnya ialah masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan seperti Masjid Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan Fustat. Khalifah Walid al Walid contohnya berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menghapuskan buta huruf dalam kalangan umat Islam melalui pembinaan masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin dibina selama lapan tahun dan dijadikan tempat beribadat serta tempat belajar kaum muslimin. Bilik-bilik disediakan sebagai tempat menyalin dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat secara sukarela dan ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu ain dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).
         Istana khalifah juga dijaduikan pusat pendidikan ketika ini khasnya istana di Damsyik, Syria. bahan-bahan bacaan dalam bahasa Yunani diterjemah ke bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan contohnya sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke istananya bagi membicarakan ilmu sejarah Arab, sejarah peperangan serta hal pentadbiran. Tumpuan diberi kepada pendidikan putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru berpengalaman dijemput untuk mengajar di istana berkaitan sejarah, kesusasteraan, tatasusila, pidato serta moral.
          Seterusnya ialah institusi kuttab yang terbahagi kepada dua iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan Kuttab al Sabil khas untuk kanak-kanak miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian. Fokus utama pembelajaran ialah pengajian al Quran serta asas-asas ilmu agama sebagai persediaan memasuki peringkat pendidikan lebih tinggi iaitu halaqah.
          Pengajian halaqah diadakan di masjid. Sistem pengajian tradisional ini berlangsung apabila pelajar berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru sambil menadah kitab. Jangka masa pembelajaran tidak terhad namun semakin lama belajar, semakin tinggi ilmu seseorang. halaqah telah berkembang ke negara-negara Islam lain termasuk Nusantara.
          Jika dilihat dari aspek tenaga pengajar, guru-guru yang dipertanggungjawabkan memiliki tahap pengetahuan yang berbeza. Guru-guru yang kurang berpengalaman akan mengajar di kuttab. Di istana pula, ‘muaddib’ yang lebih berpengalaman akan mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar tentang ilmu pengetahuan, budi bahasa, moral dan sahsiah. Di masjid, para ulama terkenal yang mengajar, misalnya Hassan al Basri, Abdullah bin Abbas dan Khatib al Baghdadi.
          Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan pendidikan di zaman bani Umaiyah. Antaranya ialah pemberia pendidikan secara percuma serta agresifnya dasar peluasan kuasa.

1 comment:

  1. Salam Blogger, tulisan yang sangat menarik,, Saya udah baca dari awal sampai akhir, dan over all edukatif banget. Kalau ada kesempatan jangan lupa jalan2 ya ke blog saya Kumpulan Sejarah. Saya juga termasuk orang yang sangat interest terhadap Sejarah

    ReplyDelete

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]