Teringat-ingat...
Semasa di sekolah rendah, rutin harian bagi pelajar Darjah 1 dan Darjah 2 ialah mengutip sampah di seluruh kawasan sekolah. Pelajar yang belajar di Darjah 3 dan ke atas pula ditugaskan untuk menebas rumput dan mencuci tandas termasuklah tandas pelajar dan tandas kakitangan sekolah. Waktu tu, mana ada tukang kebun atau tukang cuci seperti sekarang. Semuanya dilakukan oleh para pelajar dengan pemantauan guru. Rutin ini dijalankan 2 kali sehari iaitu sebelum mandi pagi [sebeluml waktu sarapan] dan di sebelah petangnya pukul 3.00 - 4.00.
Hari pertama melangkah masuk ke Darjah 3, aku memang gabra habis. Maklumlah, rutin harian dah bertukar kepada tugas yang lebih mencabar iaitu menebas rumput. Aku ni manalah pakar sangat dalam selok-belok menebas rumput ni apatah lagi nak mengasah parang. Parang pula mesti diasah agar senang untuk menebas dan tangan pun tidak sakit.
Oleh kerana ceteknya tentang ilmu mengasah parang [semua pelajar Darjah 3 dan ke atas mesti membawa parang dari rumah masing2] aku mengambil keputusan untuk membodek salah seorang rakan sekampungku yang lebih tua dari aku. Aku minta bantuannya untuk mengasah parang, sebagai upah aku memberinya sebatang pen biru! Hehe... Bila diingat-ingat, lucu rasanya. Apapun sistem pendidikan yang diamalkan ketika itu benar-benar mampu memupuk pelajar yang berdisiplin dan berdikari.
No comments:
Post a Comment