Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Mar 25, 2013

Sumbangan al-Khwarizmi

Soalan: Bincangkan sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik.

                    Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, lojik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
                Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah. Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al Makmun.
                Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.
               Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angka sifar yang beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
              Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan symbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubahmembolehkan banyak masalah pengiraan diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hinggan abad ke16M.
             Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang digunapakai hingga ke hari ini. Antaranya ialah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan  kon.
           Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan mudah.
          Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang menggunapakai idea-idea beliau.

Pendidikan di Zaman Kerajaan Umaiyah

Soalan: Huraikan peranan institusi pendidikan pada zaman Kerajaan Umaiyah

          Pendidikan Islam menekankan pertumbuhan manusia yang seimbang dalam melaksana tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi. Imam al Ghazali menjadikan ilmu pengetahuan sebagai antara syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon khalifah. Khalifah Bani Umaiyah juga berminat dengan perkembangan pendidikan. Khalifah Muawiyah misalnya, akan membaca sampai sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa Arab, peperangan dan cerita-cerita bangsa asing. Pelbagai institusi pendidikan dibina pada zaman pemerintahan kerajaan ini.
          Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada awalnya ialah masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan seperti Masjid Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan Fustat. Khalifah Walid al Walid contohnya berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menghapuskan buta huruf dalam kalangan umat Islam melalui pembinaan masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin dibina selama lapan tahun dan dijadikan tempat beribadat serta tempat belajar kaum muslimin. Bilik-bilik disediakan sebagai tempat menyalin dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat secara sukarela dan ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu ain dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).
         Istana khalifah juga dijaduikan pusat pendidikan ketika ini khasnya istana di Damsyik, Syria. bahan-bahan bacaan dalam bahasa Yunani diterjemah ke bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan contohnya sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke istananya bagi membicarakan ilmu sejarah Arab, sejarah peperangan serta hal pentadbiran. Tumpuan diberi kepada pendidikan putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Guru berpengalaman dijemput untuk mengajar di istana berkaitan sejarah, kesusasteraan, tatasusila, pidato serta moral.
          Seterusnya ialah institusi kuttab yang terbahagi kepada dua iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan Kuttab al Sabil khas untuk kanak-kanak miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian. Fokus utama pembelajaran ialah pengajian al Quran serta asas-asas ilmu agama sebagai persediaan memasuki peringkat pendidikan lebih tinggi iaitu halaqah.
          Pengajian halaqah diadakan di masjid. Sistem pengajian tradisional ini berlangsung apabila pelajar berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru sambil menadah kitab. Jangka masa pembelajaran tidak terhad namun semakin lama belajar, semakin tinggi ilmu seseorang. halaqah telah berkembang ke negara-negara Islam lain termasuk Nusantara.
          Jika dilihat dari aspek tenaga pengajar, guru-guru yang dipertanggungjawabkan memiliki tahap pengetahuan yang berbeza. Guru-guru yang kurang berpengalaman akan mengajar di kuttab. Di istana pula, ‘muaddib’ yang lebih berpengalaman akan mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar tentang ilmu pengetahuan, budi bahasa, moral dan sahsiah. Di masjid, para ulama terkenal yang mengajar, misalnya Hassan al Basri, Abdullah bin Abbas dan Khatib al Baghdadi.
          Terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan pendidikan di zaman bani Umaiyah. Antaranya ialah pemberia pendidikan secara percuma serta agresifnya dasar peluasan kuasa.

Mar 18, 2013

Mengimbau Memori 13

Program BBQ Akhir Tahun [Nov 2011]
Perkarangan Blok T6
BBQ 'Jamuan Perpisahan'  Penuh gurau senda dan air mata....
Pelbagai aksi lucu... kenangan yang tidak akan dapat dilupakan...

Mengimbau Memori 12

Program Masak-Masak Ria
Kuartes Guru
April 2011
 
Geng pelajar lelaki menunjukkan skill memasak. Masak rebung, manuk pansuh dan kepak ayam panggang. Calon suami mithali...hihi

Mar 17, 2013

Mengimbau Memori 11

Kolokium Penyelidikan Pelajar Tingkatan Enam
September 2010
Makmal Komputer A SMKK
Bakal peneraju negara di masa depan

Mengimbau Memori 10

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Enam Bawah
Mei 2010
 

Mengimbau Memori 9

Program: Majlis Makan Malam Akhir Tahun
November 2010
Dewan Sri Tebujang
Semuanya hebat bergaya

Mengimbau Memori 8

Program Permuafakatan Tingkatan Enam 2010
Tempat: Makmal Komputer SMKK

Mar 16, 2013

Mengimbau Memori 7

Program:  Fiesta Makanan
Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Pra-U [Mei 2011]
 
Jutaan terima kasih kepada Pengetua SMKK, Mr Dominic Sullang Majang AMN selaku penasihat dan individu yang menyokong kuat program ini. Juga tahniah Cikgu Liza Dudum selaku penyelaras yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Kepada semua guru T6, hakim, tetamu jemputan dan para pelajar T6, terima kasih atas sokongan dan komitmen yang anda berikan. Lihatlah gambar kenang-kenangan ini, pasti kalian akan tersenyum.
 Lihatlah aksi 5 kumpulan yang bertanding. Memang happening!!! Guru-guru dan para pelajar saling berganding bahu.
 Pengetua antara tetamu kehormat yang datang memeriahkan Fiesta Makanan Semekar.
Terima kasih daun keladi.
Antara juadah istimewa dan penuh keunikan yang disajikan. Pening kepala hakim untuk menilai kumpulan manakah yang layak bergelar juara. 

Mar 15, 2013

Mengimbau Memori 6

Program: Orientasi T6Bawah SeMeKaR
Mei 2012

 
Kemesraan dan persahabatan terjalin erat...

Meriah; penuh gurau senda dan gelak ketawa...

Mengimbau Memori 5

Kem Kepimpinan Pelajar Pra-U
2012
Pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk memastikan program ini mencapai objektifnya. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mengendalikan program ini dari awal hinggalah ke majlis penutupannya. Terima kasih kepada Cikgu Jampong Selat selaku penyelaras dan juga semua guru T6 yang telah memberi 100% komitmen.

Mar 10, 2013

Cara Skor Sejarah

Pada hari Jumaat lepas [8 Mac], saya sempat mengundang salah seorang bekas pelajar cemerlang STPM SeMeKaR untuk berkongsi pengalaman dan tip dengan pelajar Pra-U. Kebetulan beliau sedang bertugas sebagai guru ganti.

Banyak tip yang beliau kongsikan terutama cara berkesan untuk belajar dan juga 'keistimewaan' bergelar penuntut universiti. Antara tips yang beliau sarankan ialah;

i. Belajar bukan bergantung kepada kuantiti masa TETAPI kualiti masa. Menurut beliau, tidak guna kita duduk mengadap buku berjam-jam tetapi kita TIDAK FOKUS. Biarlah masa yang digunakan tidak panjang tetapi digunakan sebaik mungkin dan banyak yang dapat dipelajari.

ii. Fokus semasa guru mengajar. Paling penting pelajar memberi perhatian semasa guru mengajar kerana apa yang guru sampaikan amat berguna sebagai panduan [isi pelajaran].

iii. Banyak membuat latihan [latih tubi] sama ada latihan yang diberikan oleh guru atau latihan daripada buku rujukan / contoh soalan. Merupakan proses ulangkaji yang berkesan untuk membiasakan pelajar menjawab soalan dan berdepan dengan 'situasi' peperiksaan.

iv. Rajin bertanya kepada guru-guru dan rakan-rakan yang lebih mahir.

Saya juga sempat bertanyakan RAHSIA beliau skor A dalam subjek Sejarah. Beliau menjawab;
i. Perlu rajin membaca [tidak ada cara lain sebab sejarah tidak ada formula].
ii. Semasa membaca, kena buat catatan [4W1H: Who, Why, When, What & How]
iii. Perlu mengetahui kronologi sesuatu peristiwa / topik untuk memahami keseluruhan
     tajuk atau topik berkenaan.
iv. Membaca contoh-contoh soalan dengan memberi penekanan kepada memahami  Kehendak Soalan dan Teknik Menjawab.       
 v. Rajin membuat nota ringkas / peta minda.

Mar 8, 2013

Mengimbau Memori 4

Program: Perkhemahan Pra-U
[Ogos 2012]
Tempat: Padang Sekolah
Tempoh: 3 hari 2 malam
Jumlah Peserta: 52 orang
Aktiviti:
Ikhtiar Hidup, Mencari Harta Karun, X-plorace, Senamrobik, Sukaneka dan Pungguk Malam
 

 

Mengimbas Memori 3

Program: Hari Permuafakatan Pra-U
Tarikh: 2 Julai 2012
Slot: Taklimat umum, Pembentangan Prestasi Pelajar, Mohon Restu, Hadiah Galakkan &
Menandatangani Buku Laporan Akademik
Pertemuan penuh makna, ketawa ria & air mata
 

Mengimbas Memori 2012

Tidak terasa, masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik, Hari Gawai tinggal dua bulan lebih sahaja lagi. Tiba-tiba saya teringat betapa meriahnya sambutan Majlis Gawai 2013 yang dianjurkan sepenuhnya oleh para pelajar Pra U SeMeKaR. Bermula dari perancangan, pelaksanaan dan penyelarasan sehinggalah sampai ke penutupan, semuanya atas usaha dan komitmen semua pelajar tanpa mengira bangsa. Terima kasih atas kerjasama anda semua sehingga kita berjaya membuatkan hari terakhir sesi persekolahan penggal pertama 2012 sebagai hari paling meriah dan menjadi memori indah buat kita semua.
 


 

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]