Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Kisah Pengorbanan Iban Trackers

Kepulangan wira disambut pilu. Kesemua 21 rangka Iban Trackers dan Sarawak Rangers disemadikan pada jam 4 petang ini
by Sandy Mark Luna. Posted on July 27, 2011, Wednesday
 
 
 
 
 
 

KUCHING: Ketibaan 21 rangka ‘Bujang Berani’, iaitu perwira atau pahlawan kaum Iban yang diterbangkan khas menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disambut dengan suasana penuh kepiluan dan tangisan oleh ahli keluarga dan waris mereka. Pesawat Hercules Charlie yang membawa 21 rangka perwira yang terkorban di Semenanjung Malaysia dan Singapura ketika menentang komunis pada zaman darurat dari tahun 1951 hingga September 1963, selamat tiba di pangkalan TUDM Kuching pada jam 1.15 petang semalam.
 
 
 
 

Ketibaan pewira-pewira itu turut disambut dengan penuh adat istiadat dengan upacara yang dinamakan ‘Piring Turun Sembilan Nyambut Bujang Berani’ yang diadakan khas bagi memberi penghormatan kepada ahli keluarga mereka dan diketuai oleh Temenggung Kanang Anak Langkau.
 
 

Semua 21 rangka wira Iban yang dibawa pulang itu ialah milik Prebet Entap anak Tulu; Prebet Nyantau anak Juna; Prebet Manit anak Cheling; Prebet Nyaru anak Talap; Prebet Mat anak Akit; Prebet Adrian Tandang; Prebet Empati Dugu; Border Scout Utot anak Tangang, yang dikebumikan di Perkuburan Tentera Terendak, Melaka. Sementara Prebet Bulan anak Kasau, Prebet Kelambu anak Gadong; Prebet Untang anak Engan serta Prebet Rejab anak Bagi dikebumikan di Perkuburan Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Prebet Ugap anak Utut; Prebet Letan anak Kusing; Prebet Nyambik anak Pasang dan Prebet Kumpang anak Tinggi dikebumikan di Perkuburan Kristian Jalan Kamunting Taiping. Prebet Jaweng anak Jugah dan Prebet Unggat Jugom di-semadikan di Perkuburan Kristian Batu Gajah Perak dan Lans Koperal Ungkok anak Jugam yang disemadikan di Perkuburan Kristian, Jalan Sultanah, Alor Setar.
 
 

Ketika Prebet Unggat Jugom tewas di medan perang pada tanggal 7 Disember 1955, Marilyn Lawas Unggat, 56, yang merupakan anak bongsu dari empat beradik hanya berusia empat bulan ketika itu. Walaupun tidak pernah mengenali ayahnya secara peribadi kecuali berdasarkan potret, namun beliau sentiasa mengenangnya sebagai seorang wira sejati. Beliau berasa lega kerana akhirnya dapat ‘bertemu’ buat kali pertama dengan ayahnya apabila rangkanya dikembali-kan tanah air selepas 56 tahun disemadikan di Perkuburan Kristian Batu Gajah Perak. Katanya, sepanjang 56 tahun ini, mereka tidak pernah melawat kuburnya di Perak dan lega kerana mereka akhirnya dapat mengunjungi pusaranya.
 
 

“Ketika pesawat mendarat, hati saya berdebar-debar dan berasa sangat gembira pada masa yang sama kerana seolah-olah melihat wajah ayah … akhirnya ayah saya dapat ‘kembali’ ke sini,” katanya dengan sebak kepada pemberita semalam.
 
 

Marilyn memberitahu, mereka hanya mengetahui program Ops Mai Pulai itu ketika mendengar siaran berita menerusi radio pada Ahad lepas. Katanya, mereka kemudiannya bergegas ke Kuching, dari Kapit dan tiba di sini pada malam Isnin.
 
 
 

“Keluarga kami mengucapkan banyak-banyak terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan kerana berjaya membawa balik ayah kami, termasuk 20 wira yang lain ke tanah air,” katanya.

Pegawai Waran Kedua (B) Sengalang Uyang, 74 yang merupakan Iban Trekkers antara Iban Trekkers yang masih hidup turut diberi penghargaan untuk mengiringi rakan-rakanya yang terkorban dalam penerbangan kembali ke Sarawak.
 
 
 

Antara rakan satu pasukannya yang terkorban adalah Prebet Entap Tulu, Prebet Nyambik Pasang dan Prebet Unggat Jugom. Mengimbau kembali saat sama-sama berjuang satu ketika dahulu, Sengalang yang berasal dari Ulu Kapit memberitahu bahawa amalam patriotik dalam diri mereka sangat tinggi dan semangat untuk menentang musuh bagi menjaga keamanan negara amat berkobar-kobar.
 

“Dalam awal penerbangan tadi (semalam), saya berasa amat sedih kerana mereka kembali dalam keadaan tidak bernyawa…namun, setibanya di sini, saya bersyukur kerana akhirnya mereka dapat dikembalikan ke pangkuan keluarga dan juga Sarawak,” katanya.
 

Sementara itu, Kanang yang juga merupakan seorang wira terulung dalam menjaga keamanan negara turut melahirkan ribuan terima kasih atas jasa-jasa dan sumbangan kerajaan, badan-badan berkanun, Angkatan Tentera Malaysia dan yang terlibat atas segala usaha membawa balik rangka perajurit tersebut.
 

“Bagi yang tidak sempat menghadiri majlis menyambut ketibaan Rangka Sarawak Renjer dan Iban Trekker, datanglah beramai-ramai esok (hari ini) bagi menyaksikan pengkebumian semula ‘Bujang Berani’ (pewira) ini,” katanya.
 

 
 
 
 
Cadangan membawa balik wira tersebut telah dikemukakan oleh Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah. Pejuang tanah air itu akan hari ini jam 4 petang di sebuah tapak perkuburan kristian berdekatan dengan Gereja St Thomas.

Sumber: Read more: http://www.theborneopost.com



Rangka 21 Iban Trackers dikebumikan semula di Sarawak 27 Julai

by Jeremy Lanson. Posted on July 21, 2011, Thursday

KUCHING: Rangka 21 anggota Iban Trackers yang terkorban di Semenanjung Malaysia dan Singapura ketika menentang komunis pada zaman darurat dahulu akan dikebumikan semula di satu tapak per-kuburan Kristian berdekatan dengan Gereja St Joseph pada 27 Julai ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Partinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, usaha itu bagi membuktikan keprihatinan kerajaan yang tidak pernah mengabaikan atau melupakan jasa serta pengorbanan ‘Iban Trackers’ yang berjuang mempertahankan negara suatu ke-tika dahulu.

Menurut beliau, perkara ini jelas dibuktikan apabila kerajaan di peringkat pusat dan negeri telah bersetuju untuk mencari dan membawa pulang rangka 21 orang ‘Iban Trackers’ untuk pulang dan dikebumikan di tanah kelahiran mereka sendiri.

“Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana tanpa ragu-ragu telah bersetuju membawa balik 21 pahlawan Iban gagah berani ini dari tempat di mana mereka telah disemadikan semasa terkorban dalam perjuangan.

“Kita percaya keadaan yang begitu mendesak pada masa itu membuatkan mereka (Iban Trackers) terpaksa dikuburkan juga, tetapi kini keadaan sudah aman dan disebabkan itu kita mahu membawa mereka pulang ke Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian keti-ka berucap sempena majlis ‘Mi-ring Ops Mai Pulai’ (Ops Bawa Balik) di pejabat Majlis Adat Istiadat Jabatan Ketua Menteri, di sini malam kelmarin.
“Mereka (Iban Trackers) berkorban nyawa ketika menjalankan tugas mempertahankan negara, maka kerajaan memberi penghormatan yang cukup tinggi kepada askar-askar khususnya askar-askar Iban kita,” tambahnya. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Majlis Adat Istiadat Datu Nillie Tangai.
Menurut Jabu, 21 rangka ‘Iban Trackers’ itu akan ditempatkan di sebuah tapak perkuburan yang telah disumbangkan oleh kerajaan negeri.

“Tempat ini merupakan satu kawasan yang amat baik di Bandar raya Kuching iaitu berdekatan dengan tapak perkuburan askar yang terletak berdekatan dengan Gereja St Joseph dan Sarawak Club.

“Kawasan ini sangat bersesuaian dan kita tidak mahu melakukan kerja ini secara sambil lewa dan sebarangan, kita mahu memberikan perhormatan kepada mereka (Iban Trackers),” katanya.

21 Iban Trackers yang dimaksudkan ialah Ungkok Anak Jugam, FF/829 Jaweng Anak Jugah, 900506 Unggat Anak Ujom, 900172 Ugap Anak Utut, 900601 Letan Anak Kusing, 900665 Nyambik Anak Pasang, 900815 Kumpang Anak Tinggi, FF/253 Bulan Anak Kasau, FF/1254 Kelambu Anak Gadung, FF/575 Untang Anak Engan, Rejap Anak Bagi, FF/825 Entap Anak Tulu, FF/1083 Nyantau Anak Juna, Manit Anak Cheling, Nyaru Anak Talap, Mat Anak Akit, Empati Anak Dugu, Adrain Anak Tandang, BS Utot Anak Tanggang, 900557 Dampi Anak Berain dan 900441 Janggak Anak Ingkoi.

Sebanyak enam pasukan telah ditugaskan untuk mengali semula kubur-kubur ini yang terletak di Alor Star, Kedah; Batu Gajah dan Kemunting di Perak; Cheras, Kuala Lumpur; Terendak, Melaka dan Keranji di Singapura, sebelum dikebumikan semula pada 27 Julai ini.

“Dijadualkan pada 25 Julai ini, kesemua rangka mendiang ‘Pahlawan Gagah Berani’ ini akan dikumpulkan di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur sebagai tanda penghormatan kepada mereka sebelum dibawa ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada hari berikutnya (26 Julai) untuk diterbangkan dengan pesawat Hercules Charlie.

“Rangka-rangka ini akan dikebumikan semula di tapak yang disediakan dalam satu upacara pada 27 Julai di tapak perkuburan yang telah disediakan,” katanya


No comments:

Post a Comment

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]