Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jan 16, 2014

Jejak Teman

Baru-baru ini, saya menghadiri Taklimat PBS Sejarah 940/4 di Sibu. Semua guru sejarah dari Bahagian Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, Limbang dan Mukah 'bersidang' di SMB Sacred Heart Sibu. Banyak info diperoleh selain mendapat kenalan baru. Paling menarik ialah bertemu classmate semasa mengikuti KPLI di Batu Lintang Training College [tahun 2000]. Haha...dah 13 tahun rupanya tidak bertemu... semoga Cikgu Awangku Fazeruddin [maaf cikgu jika tersalah eja hehe...]  dan Cikgu Wan Serail terus ceria dan bersemangat waja mengajar sejarah haha...

Bersama Cikgu Awangku [Miri] dan Cikgu Wan Serail [Limbang]


Jan 6, 2014

Ku Syukuri Karunia-Mu

Selamat tinggal 2013 & selamat datang 2014.
 
Sudah agak lewat tetapi belum terlambat untuk saya ucapkan Merry Christmas kepada semua umat Yesus dan Happy New Year kepada semua pengunjung blog ini. Tahun 2013 menutup tirai dengan pelbagai kisah suka dan duka / pahit & manis.
 
2013 juga mencatatkan cebisan kisah duka yang masih berbekas di hati. Kehilangan salah seorang rakan guru yang cukup baik orangnya amat dirasai. Perginya dalam usia yang terlalu muda memang tidak dapat ditukar ganti. Selain itu kehilangan FOLDER SEJARAH yang mengandungi semua bahan pengajaran [power point Penggal 1 - 3], nota, latihan dan Rancangan Penggalan cukup menguji kesabaran [juga memberi pengajaran bermakna].
 
Walau bagaimanapun, kesihatan yang baik, kerjaya yang berjalan lancar, kebahagiaan dan kejayaan2 yang diukir sepanjang 2013 cukup bermakna. Kelahiran putera tunggal saya, Alvian Andraya Anyan pada 22/11/13 merupakan anugerah terindah sepanjang 2013 yang menjadi penutup tirai 2013. TERIMA KASIH TUHAN.
 
Melangkah ke tahun 2014 dengan hati yang teruja. Besar harapan di hati agar tahun baru ini menjadi tahun yang penuh berkat buat kita semua. Walaupun masuk ke kelas dengan langkah tempang dan pincang bila semua bahan tidak ada, namun di hati tertanam semangat untuk membuat semula semua BAHAN P&P SEJARAH yang sudah hilang. Biarlah segalanya bermula dari awal, asalkan dapat membantu pelajar semua.
 
Azam? Azam tahun 2013 saya untuk menulis novel sudah tercapai (hanya menunggu masa untuk diterbitkan...Tungguuu....). Azam 2014 saya pula biarlah rahsia... Marilah kita sama-sama berusaha mencapai azam @ impian kita di tahun 2014 ini.  
 
Semoga tahun 2014, Blog Semekarcintaku semakin mekar di hati anda semua....

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]