Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jul 30, 2013

Program Permuafakatan Pra-U

Program: Permuafakatan Pra-U SEMEKAR 2013
Tarikh: 26 Julai 2013
Tempat: Makmal Komputer A
 
Aturcara;
1. Ucapan PKT6
2. Pembentangan Analisis Keputusan STPM Penggal 1 & 2
3. Penyampaian Hadiah Galakkan
4. Slot Mohon Restu
5. Menandatangani Buku Laporan Akademik
 

Jul 29, 2013

Senarai IPTA

Salam sejahtera semua....
Pasti! Bila melangkah kaki ke Tingkatan Enam, semua mengimpikan untuk menjejak kaki ke menara gading. Kalau tak, takkan nak bersusah payah duduk di Tingkatan Enam, betul tak? Apatah lagi, bila belajar di peringkat PRA UNIVERSITI ini, tinggal selangkah lagi untuk anda bergelar mahasiswa / mahasiswi. Jadi, usahakan untuk selangkah lagi. Kejayaan pasti dalam genggaman...

Sekadar berkongsi info, berikut saya senaraikan antara IPTA yang terdapat di negara kita.
*Klik imej untuk zOOm

Senarai Institut Pendidikan Guru

Sekadar berkongsi dengan pembaca, berikut disenaraikan nama IPG yang terdapat di negara kita. Mana tau, ada yang berminat kan haha...
*Klik imej untuk zOOm

Jul 24, 2013

Semangat Juang Puteri Semekar

Baru-baru ini, pelajar Pra-U SEMEKAR dipilih menyertai Kejohanan Sukan Pra-U Edisi Pertama Peringkat Negeri Sarawak bagi mewakili Bahagian Betong dalam acara Bola Tampar Wanita.Untuk makluman, Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. Punyalah lambat mendapat info... 4 HARI menjelang kejohanan! Hanya ada 4 hari sahaja masa untuk berlatih.......

Alamak!...Demi semangat kesukanan, team bola tampar wanita Pra-U Semekar terus dibentuk serta-merta. Latihan intensif terus dijalankan oleh guru-guru Pra-U (Terima kasih atas komitmen guru2).
Walaupun menjadi pasukan belasahan pada pusingan pertama peringkat kumpulan, semangat juang puteri Semekar tidak mudah goyah. Berkat semangat tidak mudah menyerah kalah, akhirnya team yang dibentuk 4 HARI sebelum hari pertandingan berjaya menduduki tempat Ke-4! Macam tak percaya... Lawan kita dah berlatih berminggu-minggu / sebulan lebih dan ada dalam kalangan peserta lawan yang merupakan WAKIL SUKMA!

Sekalung tahniah kepada 12 orang puteri Semekar yang telah membuktikan Semekar Boleh!

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]