Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jun 4, 2013

Gawai di Rumah Panjai

Cuti semester semakin ke penghujungnya. Walau bagaimanapun, mood GAWAI masih terasa. Gawai tahun ini juga meriah seperti tahun-tahun sebelum ini. Admin begitu seronok dan teruja kerana dapat berkumpul bersama ibu tercinta, adik beradik, ipar duai, anak buah, saudara mara dan juga seisi rumah panjang. Amacam gawai di rumah kalian? (bagi mereka yang meraikannya). Admin kurang pintar bercerita. Biarlah gambar berbicara tentang kemeriahan gawai di rumah panjang admin tahun ini.

Antara  program yang dijalankan ialah;
1. Miring [tradisi]
2. Ngirup Ai Pengayu [tradisi]
3. Nyarau Bungai Gawai [tradisi]
4. Pertandingan Karaoke Kategori Kanak2
5. Pertandingan Karaoke Kategori Dewasa
6. Pertandingan Kumang Gawai Kategori
Kanak-kanak
7. Pertandingan Muka Paling Hodoh
[Engkeratung]
8. Lagu Sponsor
9. Meri Anak Mit Mandi
10. Makai berumpu di ruai











Puteri bongsu admin, si Amanja Marya juga bersemangat menyertai Pekit Kumang [Ratu Cantik Gawai]. Lucunya, pakaiannya tradisional gadis Iban yang dipakainya adalah saiz untuk orang dewasa. Sebab itulah, ada beberapa aksesoris yang berat dan sukar dipasang seperti Sugu Tinggi dan Rawai tidak digunakan. Sah-sahlah markah kurang. Tak apa, sekurang-kurangnya dapat juga hadiah sagu hati hehe...


 

Puteri sulung admin juga terus dengan minatnya iaitu menyanyi. Gawai kali ini, si Amanja Esther sempat menyanyikan 7 buah lagu termasuk sebuah lagu yang dinyanyikan untuk Pertandingan Karaoke Kategori Kanak-Kanak Bawah 10 tahun. Mengulangi kejayaan tahun lalu, Esther sekali lagi menjadi juara... senyum lebar si Esther ketika menerima trofi kemenangan [berserta wang tunai RM25.00].
 

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]