Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Apr 26, 2013

Masa Tersisa vs Mengulang

Sungguh! Masa berputar begitu cepat sekali. Tak terasa, peperiksaan STPM Penggal ke-2 tinggal dua minggu lebih sahaja lagi. Amacam persediaan para pelajar semua? Harap-harap, persediaan rapi sudahpun dibuat. Kalau belum, gunakanlah masa yg tersisa untuk membuat persediaan akhir. Sesal kemudian tiada gunanya bila nasi sudah jadi bubur. Takkan selepas terhantuk baru nak terngadah kan? Kepala pasti dah benjol & sakit!
 
Apa nak tension? Kalau keputusan Penggal 1 & 2 tak begitu baik, masih boleh mengulang di Penggal ke-3 kan?
 
Peluang mengulang di P3 memang peluang yg baik. Bagi sesetengah individu, mungkin ia peluang keemasan. Anda boleh manfaatkannya untuk memperbaiki keputusan bagi subjek yang lemah keputusannya di P1 & P2. Malah tahap kematangan pemikiran dan persediaan anda juga jauh lebih baik berbanding semasa di P1 & P2.
 
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yg perlu kita teliti dengan rasional. Jom kita lihat risiko jika kita terlalu BERGANTUNG kepada slot mengulang di P3;
 
i. Penggal ke-3 mempunyai sukatan pelajaran tersendiri yang perlu dipelajari @ diulangkaji.
ii. Penggal ke-3 mempunyai beberapa kerja kursus yang perlu disiapkan dan...
iii. Anda juga perlu mengulangkaji subjek ulangan bagi P1 atau P2.
#Belum termasuk aktiviti lain yg diatur pihak sekolah dll#
 
*Dapatkah anda fokus dan membahagikan masa dengan baik dalam masa yg begitu terhad?
 
Ambo bukan nak menakut-nakutkan anda semua! Ambo hanya bagi pandangan. Tak semestinya pandangan ambo sesuai untuk anda semua [tidak mustahil jika pendapat saya ini SALAH]. Kalau anda dah set nak mengulang, teruskan. Ambo percaya anda mempunyai strategi tersendiri. Tetapi bagi yang sudah menetapkan matlamat tidak akan mengulang, baik anda studi dan fokus betul-betul pada setiap penggal. Lebih afdal jika minta pandangan guru dan ibu bapa.
 
Ingat! Di bawah sistem baharu ini, tidak wujud lagi istilah bulan madu. Jika diumpamakan seperti sebuah kereta, kita adalah kereta yang tidak mempunyai brek; sebaik sahaja wisel ditiup, kita terus pecut sampai ke garisan penamat.
 
Apapun, selamat maju jaya semua.
 

Apr 24, 2013

Alasan!


Buah hati pengarang jantung ambo...

Selamat bertemu kembali.
Apa khabar pembaca semua. Maaflah, blog ini semakin sepi dari diupdate. Memang diri ini terasa kejam bila 'mengabaikan' blog kesayangan ambo ini. Sekadar mencipta ALASAN, sejak akhir2 ini saya semakin sibuk.
 
Syukurlah, beban menyemak PBS Sejarah sudah berlalu. Pembentangan juga sudah berakhir. Terkini, saya memburu masa untuk key-in markah PBS secara online. Semua sedia maklum, kecanggihan teknologi kadang2 menyusahkan kita sebagai pengguna. Line yang ciput membuatkan kerja menjadi perlahan. Nak buat macam mana, tunggu ajelah dengan mulut tak henti berdoa agar diberikan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan hehe... Al maklumlah, nak kejar dateline 28 April ni!
 
Lepas ni apa pula? Bermula 29  April hingga 17 Mei, sibuk pula menjalankan tugas sebagai PD. Nak tak nak, kena pergi ke sekolah2 di bawah jagaan untuk menjalankan tugas penyelarasan PBS. Kena semak skrip PBS pelajar terpilih. Sekali lagi berdepan dengan tugas menyemak. Alamaksss! Apapun, tugas yang sudah dipertanggungjawabkan kenalah dibuat dengan komited. Betul tak?
 
Pada 8 Mei nanti, pelajar T6 Rendah akan mendaftar. Bermakna, jumlah warga Pra-U akan bertambah. Bertambah-tambahlah kesibukan yang sedia ada. Jadual padat dengan aktiviti minggu orientasi, urusan pindah sekolah, tukar jurusan, tukar kelas, tukar subjek dan sebagaiiiiinyaaaaaaaaaaaaa..... Itu kisah pelajar T6 Rendah.
 
Dengan pelajar T6Atas pula lain ceritanya. Sibuk dok mengadakan kelas tambahan, perbincangan dan menyediakan bahan P&P. Itu belum lagi termasuk kisah bersengkang mata menjaga pelajar belajar malam. Depa ni, manja sangat dengan saya. Belajar malam nak kena jaga, kena pantau. Maklumlah, mereka ni pelajar asrama. So, daripada diorang dok melangut tak tentu hala, baik 'paksa' diorang ni belajar @ ulangkaji di kelas sehingga pukui 11 hehe.... Ada juga pekdahnya. Sejak seminggu ni, tahap konsentrasi diorang semasa belajar malam semakin menuju ke tahap maksimum. Dah insaflah tu... exam kan dah dekat hihi...
 
[Kisah anak-anak dan isteri tak cerita lagi ni hehe... biarlah rahsia]
 
Nampaknya, kali ni ambo ghoyak merapu ajelah. Konon nak mengadu tentang kesibukan yang melanda. Apa ke helnya, orang lain pun sibuk juga kan! kan! kan!
 
Oklah, lain kali ambo merapu lagi. Selamat belajar dan ceria selalu buat semua [Selamat mengundi kepada pembaca yg sudah mendaftar menjadi pengundi @ layak mengundi hehe... ingat, undi anda adalah rahsia hihi.. Bye bye...

Apr 13, 2013

Pembentangan Kerja Kursus



   Apa khabar semua? Maaflah, sejak akhir-akhir saya jarang update blog ni. Bukan dah jemu, tetapi kesibukan begitu menuntut masa. Selain menyediakan bahan untuk P&P Sejarah, saya juga sibuk dengan pengurusan Pra-U. Seminggu dua ini tambah sibuk menyemak dan membimbing pelajar menyiapkan PBS [Esei Ilmiah Sejarah]. Almaklumlah, mengejar date line  yang dah nak sampai [dah sampai pun]. Apapun terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung, malah jumlah mereka yang sudi menjadi kerabat Blog Semekar Cintaku semakin bertambah.
      

          Ha... Esei Ilmiah Sejarah dah hantar ke? Kalau dah, baguslah. Tahniah!  Belum hantar lagi? Ha, hujung minggu ni kena kerja lebih masa sedkit heheh... Amacam dengan pembentangan PBS Sejarah pula?

          Banyak pelajar bertanya "Cikgu, apa yang perlu dimasukkan di dalam pembentangan nanti?" Baiklah, saya perturunkan sedikit sebanyak perkara yang saya rasakan  perlu dimasukkan dalam pembentangan anda [Apapun, jangan lupa tanya guru anda sendiri. Saya percaya, guru-guru anda sudahpun memberi penjelasan berkaitan pembentangan tersebut].

Tempoh Pembentangan: 10 hingga 15 minit termasuk sesi soal jawab.
Markah diperuntukkan: 8 markah

          Dalam tempoh yang terhad itu, anda seharusnya hanya memasukkan perkara yang penting sahaja di dalam pembentangan. Tidak perlu meleret-leret, tetapi perkara pokok @ point penting harus dijelaskan dengan baik;
       Tajuk kajian, Persoalan, Objektif & Kepentingan kajian, Kaedah mengumpul data dan Hasil dapatan [peruntukkan masa yang lebih panjang untuk penerangan berkenaan hasil dapatan].

        Ingat, masa diperuntukkan selama 10 - 15 minit sahaja. Jadi bajet masa dengan baik untuk pembentangan dan juga sesi soal jawab.
 
*Perhatian: pelajar harus betul-betul memahami keseluruhan hasil kajian untuk memudahkan anda membuat pembentangan dengan yakin dan lancar. Oleh itu, alangkah baiknya jika pelajar dapat meluangkan masa membaca semula esei masing2 beberapa kali sebelum tiba hari pembentangan. Pelajar juga boleh menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk powerpoint untuk melancarkan sekaligus memudahkan audiens faham tentang isi pembentangan anda. Berlatih dengan membuat mini pembentangan bersama rakan-rakan juga mampu meningkatkan keyakinan dan kefasihan anda berhujah.

Sekali lagi saya tegaskan, rujuk guru anda untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang 'isi pembentangan' yang dikehendaki. Selamat berusaha!

Apr 3, 2013

Aku Semakin Ketagihan

Haaa... amacam, ok tak tajuk entri kali ini? Bukan apa, menurut mereka yang dah berpengalaman dalam belog-membelog ni, TAJUK ENTRI mesti MAU GEMPAK baru orang nak baca. Kalau tak, orang takkan pandang walau sebelah mata. Betul ke?
 
Kalau difikirkan, memang logik kan? Siapa tak tertarik kalau entri tu gempak @ bombastik @ sensasi. Tetapi, kalau blog berunsur akademik macam blog aku ni, macam mana nak kasi tajuk entri dia GEMPAK? Silap-silap gaya, lain tajuk lain pula isinya. Kan dah menyeleweng tu.... tak nak pula nanti dianggap menyebarkan ajaran sesat kan...kan...kan! Hihi
 
Berbalik kepada tajuk entri kali ni, apa yang ketagihnya? Opps, jangan fikir bukan-bukan. Bukan ketagih -tut-, atau ketagih -tuut- ataupun ketagih -tuuut- ok. Perbetulkan imaginasi yang dah terbabas tu. Tak baik fikir aku ni bukan-bukan.
 
Alkisahnya, sejak dua menjak ni minat aku dengan FOTOGRAFI ni semakin menggila! Pantang ada benda yang aku nampak cun atau unik, mulalah nak tangkap gambar. Mentang-mentanglah sejak adanya Nikon D3100 jadi 'kekasih gelapku'.
 
Walau bagaimanapun, jujurnya pengetahuan aku tentang dunia fotografi ni  sangatlah CETEK! Mungkin hanya 0.9% aje. Makin aku baca panduan dan tip dalam blog-blog berkaitan, makin aku akui betapa daifnya pengetahuanku ini. Terima kasih kepada bloger2 yang sudi berkongsi maklumat tentang fotografi & dslr dalam blog mereka. Perkongsian mereka amat berguna dan sangat aku hargai.
 
Berikut aku kongsikan gambar yang 'budak baru belajar' ni pernah ambik... Gambar original yang belum diedit.
 
p/s: Kalau fotografer yg dah berpengalaman tengok gambar yang aku tangkap ni, dah sah-sah mereka ketawa sambil berguling-guling. Apa tidaknya, kualiti gambar yang aku ambik ni lebih kurang tahap budak darjah satu kih...kih...kih... Tapi tak apa, aku akan terus berusaha memperbaiki kelemahanku ini. Minat punya hal, aku tak kesah...[hihi mencabar diri]


 
Maaf: Entri kali ini lari dari 'Sejarah'.

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]