Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Feb 28, 2013

Esei Pelaksanaan Jizyah

Soalan: Jelaskan pelaksanaan jizyah semasa pemerintahan Khulafa al Rasyidin.
            
          Jizyah merupakan cukai pelindungan yang dikenakan kerajaan Islam ke atas orang dhimmi sebagai jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Hanya dhimmi yang memenuhi syarat seperti sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka dan bukan ahli agama sahaja yang membayar jizyah.
           Pelaksanaan jizyah semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. telah diteruskan semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq. Misalnya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi iaitu sebelum perang, panglima Islam menawarkan tigan tuntutan kepada pihak musuh sama ada memeluk Islam, berperang atau membayar jizyah. Pemerintah kerajaan Hirah bersetuju membayar sebanyak 19 000 dirham setahun. Kerajaan Anbar dan Ain al Tamar pula bersetuju membayar 1 dinar per individu ketika ekspedisi ke Daumat al Jandal.
           Pada zaman Khalifah Umar al Khattab pula, sumberpendapatan daripada jizyah semakin meningkat ekoran banyak kejayaan dalam ekspedisi ketenteraan di Iraq, Syam dan Mesir. Malahan pemimpin Baitulmaqdis memeterai perjanjian dengan baginda dan bersetuju membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberi jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. Masyarakat Mesir meminta Amru bin al As mengusir orang Rom dan sebagai balasan, mereka membayar jizyah 2 dinar setahun. Penduduk Syam pula dikenakan 1 hingga 4 dinar mengikut status individu.
          Seterusnya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, beberapa kawasan di utara Afrika berjaya ditakluki. Jizyah telah dikenakan ke atas Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah menandatangani perjanjian damai.

         Semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib, berlaku kegawatan ekonomi. Namun, jizyah tetap dikenakan. Misalnya, surat Khalifah Ali Ali kepada al-Asytar agar tidak menolak perjanjian damai oleh orang dhimmi yang bersetuju membayar jizyah.
         Jizyah merupakan antara punca pendapatan negara Islam yang penting. Hasil kutipan jizyah ini digunakan untuk memajukan negara seperti untuk menyediakan infrastruktur selain membantu golongan yang tidak bernasib baik.

No comments:

Post a Comment