Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jun 29, 2012

Sistem Pembesar di China

Pengenalan
Pembesar merupakan golongan pegawai kerajaan yg dilantik oleh raja / maharaja. Digelar golongan pemerintah untuk melaksanakan urusan pemerintahan & pentadbiran atas arahan maharaja. Merupakan golongan yg berpangkat tinggi. Dalam sistem pembesar di China, wujud kebergantungan raja / maharaja kepada pembesar. Ini menyebabkan raja / maharaja sentiasa mempercayai nasihat pembesar.


Sistem Pembesar di China
Pembesar dilantik secara rasmi oleh maharaja / raja. Syarat utama perlantikan ialah mesti lulus peperiksaan awam [teks klasik Confucius]

Golongan sarjana @ terpelajar mempunyai darjat tertinggi dalam kalangan pembesar China. Golongan sarjana akan ditempatkan di kementerian2 yg penting seperti;
  1. Imperial Canselory
  2. Imperial Secretariat
    Terdapat 3 peringkat pentadbiran di China iaitu;
         i.           Peringkat Awam / Pusat
       ii.            Peringkat Tempatan / Wilayah
      iii.            Ketenteraan [diwujudkan juga Jabatan Perang]

i.    Pentadbiran & Pemerintahan Pusat [Awam]
Pentadbiran & Pemerintahan pusat dipecahkan kepada beberapa unit iaitu
     a.       Sekretariat Agung
b.      Majlis Tertinggi
c.      Censorate / Lembagai Penapis

ii.    Pentadbiran & Pemerintahan Peringkat Wilayah
       a.      Semasa era Dinasti Ming, China dibahagikan kepada 15 wilayah [diperintah oleh   Pesuruhjaya Tinggi]
       b.      Semasa era Dinasti Ching @ Qing, China dibahagikan kepada 18 wilayah [dipimpin oleh Gabenor]

iii.   Ketenteraan
   Ditubuhkan juga Jabatan Perang.


Pembesar di Zaman Dinasti Ching
Berlakunya kemerosotan tanggungjawab pembesar. Hal ini disebabkan  oleh beberapa faktor iaitu;
i.  Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran Confucius.
ii.    Konsep taat setia diganti dengan material.
iii.    Perbendaharaan negara China merosot.
iv.   Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan.
v.   Pembesar yg dilantik tidak melalui proses saringan yg ketat.
vi.    Kandungan sistem peperiksaan awam yg berteraskan ajaran Confucius sudah tidak releven dengan dunia realiti.


Kesimpulan
Perlantikan pembesar China melalui saringan yang sangat ketat. Hanya mereka yang
benar-benar layak dapat menjadi pembesar. Hal ini memungkin China ditadbir oleh
pembesar yang berkaliber sehingga mampu menjadi empayar yang kuat. Walau
bagaimanapun, berlaku kemerosotan  tanggungjawab pembesar semasa era Dinasti
Ching.

Sistem Pemerintahan Beraja di Rusia

Pengenalan
Tempoh sistem pemerintahan beraja diamalkan di Rusiaialah 1547 - 1917.  Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan Byzantine [melalui  perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469]. Oleh itu pemerintah Rusia dianggap pewaris mutlak empayar Byzantine. 

Sistem beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov selama 304 tahun berakhir semasa pemerintahan Tsar Nikolai II apabila berlaku Revolusi Russia 1917.
Tsar Nicholas II


Kedudukan Raja / Maharaja

1. Kedudukan Tertinggi
Raja menduduki tempat tertinggi dalam hierarki masyarakat Rusia. Raja
bertanggungjawab mengetuai bidang pemerintahan. Tsar berkuasa membuat
keputusan. Oleh yang demikian, rakyat harus taat setia kepada raja. Rakyat tidak boleh
ingkar arahan Tsar.


2. Berkuasa Mutlak [autokratik]
Semasa era pemerintahan Ivan IV “Ivan Yg Ganas” pemerintah Rusia mula mengguna
-kan gelaran Tsar. Gelaran Tsar diambil sempena gelaran caesar yg digunakan oleh
pemerintah Byzantine. Konsep caesaropapism ialah gabungan untuk keagamaan dan
politik dalam sistem pemerintahan. Tsar memerintah secara mutlak dengan;
i.       Isytihar kanun undang2 baru.
ii.      Tubuhkan badan perwakilan feudal pertama di Rusia.
iii.     Menguasai Kazan & Astrakhan untuk melemahkan kedudukan orang Tartar.

Tsar Peter II

Peranan Raja / Mahajara
      1.     Ketua Negara
Tsar berkuasa mutlak dalam pentadbiran. Tsar brperanan mengetuai setiap bidang
pemerintahan termasuk politik, ekonomi dan sosial.

2.    Perundangan
Dari segi perundangan, kata-kata / arahan Tsar dianggap sebagai undang2. Arahan
Tsar tidak boleh diingkari. Tsar juga kebal dari segi undang2.

3.       Dasar luar 
Tsar Rusia berkuasa menentukan hubungan diplomatik Rusia. Rusia telah menjalin
hubungan baik dengan Jerman untuk tujuan latihan ketenteraan.

     4. Ketua Tentera
      Rusia seringkali berasa terancam oleh musuh-musuhnya termasuk kerajaan Mongol.  Oleh itu, Tsar Peter The Great berusaha memperkukuhkan kekuatan tentera Rusia dengan menambahkan jumlah peruntukan. Ini bagi memastikan Rusia terus aman.

5.       Berkuasa melantik menteri
Tsar juga berkuasa melantik menteri yg benar2 dipercayai. Pemilihan menteri yang
benar2  boleh dipercayai bertujuan mengukuhkan kedudukannya. Menteri2 yg dianggap
menentang Tsar akan dipecat.

6. Ketua Bidang Ekonomi
Peter The Great berusaha memajukan industri kilang senjata, pembuatan makanan dan
tekstil. Tsar Alexander II  telah membangunkan sistem pengangkutan iaitu kereta api
untuk memacu perkembangan sektor industri.

Kesimpulan
Sebagai seorang pemerintah yang berkuasa mutlak dan mempunyai kedudukan tertinggi, Tsar mempunyai kelebih untuk terus mengukuhkan kuasanya. Tsar bukan sahaja berhak memilih menteri yang dipercayainya tetapi juga berkuasa menentukan hala tuju negara.






Jun 27, 2012

Sistem Maharaja di China

Pengenalan
Institusi merujuk kepada pola yg tertubuh untuk memenuhi pelbagai keperluan manusia sekaligus mengatur perlakuan manusia. Institusi berperanan;
i. Menegakkan keamanan
ii. Menegakkan undang2
iii. Mewujudkan perdamaian
Pemerintahan bermaksud badan yg dianggotai oleh sebilangan individu yg dilantik / dipilih mengikut prosedur undang2 bagi menjawat jawatan tertentu bagi mentadbir atau mengurus sesebuah negara.
Pentadbiran pula merujuk kepada sistem yg melaksanakan dasar atau arahan ketua pemerintah untuk membangunkan negara [politik, ekonomi dan sosial] dengan bantuan pembesar dan menteri2.

Sistem Raja & Maharaja China
Konsep Beraja di China
i.      Raja & Maharaja  menduduki status tertinggi dalam hierarki sosial. Raja /
maharaja mempunyai kuasa penentu dan pemutus.

ii.     Raja & Maharaja merupakan perlambangan kedudukan kerajaan. Jika
Raja / Maharaja bijak, berkebolehan dan berdaulat tinggi, kerajaannya cemerlang dan
rakyatnya aman makmur. Sebaliknya,kerajaan tidak akan kekal lama manakala rakyat
susah dan miskin.

Walau bagamanapun, berlaku perubahan mendadak dalam sistem Raja dan Maharaja
di China pada abad ke-19 akibat kedatangan kuasa Eropah.

Kedudukan & Peranan Raja / Maharaja.
Kedudukan maharaja China dilegistimasikan berdasarkan konsep mandat dari syurga. Menurut konsep ini, maharaja dianggap sebagai wakil dari syurga ataupun “anak syurga”. Maharaja;
i.                   Diberi kuasa spiritual yg tidak terhingga [individu paling berkuasa].
ii.                  Menduduki hierarki teratas.
iii.                 Akan menjamin kemakmuran dan keamanan rakyat.
iv.                 Mendapat penghormatan tertinggi drp masyarakat China.

Berdasarkan konsep mandat dari syurga, maharaja atau raja dianggap gagal mendapat mandat dari syurga dan perlu diganti jika berlaku malapetaka seperti banjir, kemarau dan kebuluran. Pemerintah yang baik menjamin kerajaan yang aman dan makmur.

Maharaja turut mengamalkan ajaran Confucianisme yang menekankan prinsip;
i.         Setiap pihak mempunyai tanggungjawab terhadap pihak lain bagi mewujudkan masyarakat harmoni.
ii.        Mengutamakan kesetiaan sebagai puncak kebahagiaan.

Sistem pemerintahan China ibarat “Autokrasi yg diletakkan di atas demokrasi”. Hal ini dapat dilihat dalam raha berikut;

Sistem Pentadbiran China2 iaitu;

1. Pentadbiran Pusat
Pentadbiran pusat di China terbahagi kepada 3 unit iaitu;
Pegawai yg setia diberi anugerah / yang ingkar dihukum.


2. Pentadbiran Wilayah
    1. Zaman Dinasti Ming
    Semasa era Dinasti Ming, empayar China dibahagikan kepada 15 wilayah. Seorang pesuruhjaya dilantik mengetuai setiap wilayah.
        2. Zaman Dinasti Ching
    Semasa pemerintahan Dinasti Ching, terdapat 18 wilayah di China. Seorang gabenor dilantik mengetuai setiap wilayah.

Peranan Maharaja
  1. Bidang Ketenteraan
Raja berperanan sebagai ketua tentera.
Di awal pemerintah Dinasti Ming, maharaja berusaha menyatukan semua empayar
China. Usaha pemerintah Dinasti Ming membolehkan mereka berjaya menguasai
sebahagian besar Manchuria dan menaungi Korea dan Ryukyu
Semasa pemerintahan Dinasti Ching, Maharaja Chien Lung muncul sebagai maharaja
ketenteraan [meluaskan empayar China].

  1. Bidang Ekonomi
Dalam bidang ekonomi, tanah sebagai hak maharaja.
Tanah merupakan  satu kurniaan / anguerah maharaja kepada pembesar dan tuan
tanah. Tanah menjadi lambang status sosial dalam masyarakat China. Rakyat bercucuk
tanam di atas tanah yg dimiliki oleh pembesar atau tuan tanah.
Peningkatan hasil pertanian turut menyumbang kepada pendapatan pembesar atau tuan
tanah. Hal ini membolehkan maharaja mengumpul pendapatan melalui kutipan cukai.

  1. Urusan Luar Negara
Pada era pemerintahan Dinasti Ming, maharaja2nya mengamalkan Dasar Buka Pintu.
Dasar ini memberi kesan kepada China iaitu;
i.                     Perdagangan berkembang
ii.                   Penyerapan ilmu & teknologi barat
iii.                  Penyebaran agama Kristian
Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan maharaja Dinasti Ching, berlaku
perubahan dasar luar China. Dinasti Ching mengamalkan Dasar Tutup Pintu
[pemencilan / isolasi/ pengasingan]. Hal ini berpunca daripada perasaan curiga
dengan kehadiran orang barat.

  1. Bidang Perundangan
Dalam bidang perundangan, Maharaja berkuasa mutlak menggubal undang2. Ciri-ciri
sistem perundangan China ialah;
i.         Hukuman secara kolektif
ii.        Seseorang dianggap bersalah sehingga berjaya membuktikan dia tidak bersalah [Barat: hukuman bersifat individu].


Kesimpulan
Sistem beraja yang diamalkan oleh China memperlihatkan China memiliki sistem
pentadbiran yang teratur. Setiap dinasti yang memerintah China membawa dasar
yang berbeza dan dasar ini memberi kesan kepada kestabilan dan kemakmuran
negara China.

Jun 24, 2012

Masyarakat Maritim di Portugal


Pengenalan
Kerajaan maritim bermaksud kerajaan yang berasaskan aktiviti kelautan seperti perikanan dan perdagangan. Ciri utama kerajaan maritim ialah mempunyai pelabuhan.



Masyarakat Maritim di Portugal
Portugal merupakan negara Eropah terawal yg berlayar / meneroka dunia luar. Kerabat diraja Portugal bercita-cita tinggi: menggalakkan pelayar mencari jalan ke dunia baru. Pada masa itu, Portugal menjadi kuasa maritim tunggal @ belum ada pesaing kerana;
  1. Sepanyol belum bersatu.
  2. Negara kota Itali saling bersaing menguasai perdagangan di Laut Mediterranean.
  3. Perancis dan England terlibat dalam Perang 100 Tahun.
  4. Belanda menghadapi masalah dalaman.
Henry The Navigator


Peranan & Sumbangan Putera Henry “Henry The Navigator”
1. Mempromosikan aktiviti penjelajahan.
Putera Henry telah menubuhkan Akademi Laut di Sagres. Selain itu, Putera Henry turut
menjemput ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar untuk
mengajar pelaut Portugal. Berhasrat menguasai perdagangan di Afrika sekaligus
berusaha mencari Prester John [Raja kerajaan Kristian di Afrika] bagi mendapatkan
bantuan untuk menguasai kerajaan Islam Maghribi.

Kejayaan Putera Henry ialah apabila ramai pelayar Portugal berjaya menjelajah ke
selatan hingga ke Cape Verde [pantai barat Afrika]. Kematian Putera Henry pada 1460
tidak melemahkan semangat orang Portugal- meneruskan aktiviti pelayaran;
i. 1487: Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape of Good Hope [selatan Afrika].
ii. 1497: Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harap, menyeberangi Lautan Hindi sehingga tiba di Kalikat, India. Kejayaan ini membuka jalan ke timur.

Kejayaan Portugal dalam bidang maritim
Peranan Putera Henry dan kegigihan pelayar Portugal telah membolehkan mereka mencapai kejayaan besar dalam bidang pelayaran. Antara kejayaan mereka ialah;
 
1. Kapal2 Portugal berjaya belayar ke Timur melalui Tanjung Pengharapan.
Pelayar Portugal membawa pulang barang berharga seperti lada hitam, sutera, batu permata dan rempah. Raja Portugal melantik Alfonso d’Albuquerque sebagai wizurai di Goa, India. Wizurai bertanggungjawab menjaga pengkalan perdagangan Portugal.

2.  Tahun 1500 Portugal berjaya menguasai perdagangan di Lautan Atlantik.
Pelayar2 Portugal telah mendapatkan hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup, membuka ladang tebu dan tembakau, menternak lembu dan kuda di Brazil.

3. Tahun 1503: berjaya menguasai Cochin dan perairan Malabar.
Mereka memaksa kapal2 berdagang menggunakan lesen Portugal sahaja.  Pada tahun 1504, Francisco de Almeida dilantik sebagai pemerintah Cochin. Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan laut antara Portugal dan Arab.

4.  Meluaskan penjelajahan ke Afrika.
 Portugal kemudiannya berjaya menguasai Lautan Hindi dan membina pangkalan perdagangan di Kenya.

5. Tahun 1509: Lopez de Sequeira tiba Melaka.
Tujuan awal de Sequeira adalah untuk meminta kebenaran berdagangan di Melaka. Pada tahun 1511 Portugal  berjaya menawan Melaka.
 
6.  Berjaya membina pangkalan perdagangan di Kepulauan Rempah
Kesungguhan pelayar Portugal akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya membina pengkalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Sumatera dan Jawa. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang kaya dengan rempah.


7. Melantik Casa de India [House of India]
Casa de India berperanan menguruskan perdagangan di luar negara. Portugal kemudiannya berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih dan mengenakan cukai 30% ke atas keuntungan aktiviti perdagangan lain.

8. Menggunakan pelabuhan Antwerp sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barang dagangan.
Dalam masa 30 tahun, berjaya menguasai pasaran rempah ratus daripada pedagang Venice.
       
9. Tahun 1550: pedagang Portugal mula memasuki Jepun.
Perkembangan ini menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai contoh, Nagasaki menjadi pusat perdagangan dan pintu keluar utama bagi perdagangan Jepun.
 
10. Tahun 1517: meluaskan perdagangan di China
Portugis dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan Macau. Ini membolehkan Portugal menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan antara China-Jepun- Eropah. Selain itu, Portugal juga berjaya menerokai perdagangan hamba di China. Hamba2 China  dibawa ke Eropah dan dijual kepada bangsawan. Walau bagaimanapun, aktiviti penjualan hamba diharamkan pada tahun 1595.

Kesimpulan
Kejayaan besar yang dilakar oleh pelayar dan pedagang Portugal membuktikan mereka memang sebuah kuasa maritim yang hebat pada ketika itu. Mereka berjaya menguasai laluan barat ke timur serta mengumpul kekayaan hasil daripada aktiviti perdagangan.



Jun 19, 2012

Masyarakat Agraria di China


Pengenalan
Negara China merupakan negara ke-3 terbesar di dunia. 2/3 daripada keluasan itu adalah kawasan pergunungan dan gurun. Hanya 15% sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, hasil pertanian mampu menampung makanan penduduk China. Keadaan ini didorong oleh faktor berikut
      i. Sebahagian besar negara China terletak di kawasan hawa sederhana
     ii.Terdapat kawasan perubahan iklim dari kawasan tropika ke sejuk yg sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.

 •       Kawasan tertinggi: Dataran Tibet
 •       Contoh  gurun di China: Gurun Gobi [Utara] dan Gurun Taklimakan [Barat Laut]

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di China
1. Pertanian menjadi kegiatan utama
Semasa zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, 80% penduduk desa bercucuk tanam. Timur Laut China dan Mongolia merupakan dataran loes yg subur untuk aktiviti pertanian. Kawasan ini turut direntangi oleh Sungai Hwang Ho dan Sungai Yangtze.

Tanaman utama petani China ialah padi  dan kapas, tebu, teh, gandum, sekoi dan barli menjadi tanaman sampingan. Di utara China pula [Kawasan tanah tinggi] padi huma, sekoi dan kekacang menjadi hasil keluaran penting.

Tanah yang subur mendorong kepada peningkatan hasil keluaran. Ini sudah pasti menguntungkan pembesar ataupun tuan tanah. Pendapatan cukai maharaja juga meningkat.
2. Masyarakat agraria mengamalkan pemilikan tanah yg diterajui oleh pembesar / tuan tanah.
Tanah merupakan kurniaan maharaja kepada pembesar dan tuan tanah. Tanah juga menjadi lambang status sosial & aset berharga.
3.  Mengamalkan pertanian secara bersama.
Golongan petani di China mengamalkan pertanian secara bersama [hak individu diketepikan]. Mengusahakan tanah pertanian mengikut sistem warisan iaitu dari satu generasi ke generasi berikutnya.
4. Guna kaedah tradisional
Petani China masih menggunakan kaedah tradisional dalam pertanian. Sebagai contoh, najis binatang dijadikan sebagai baja. Walaupun demikian, hasil pertanian tetap banyak.
5. Petani tidak ada simpanan
Malang bagi petani, walaupun hasil pertanian meningkat tetapi mereka tidak ada simpanan untuk saat kecemasan seperti kemarau, banjir atau tanaman tidak menjadi. Petani masih dihimpit kemiskinan. Oleh itu, untuk meneruskan hidup mereka mengamalkan aktiviti berikut;
  1. Mencari hasil hutan
  2. Jual anak perempuan [hamba]
6. Petani tetap miskin
Walaupun tanah subur dan petani cekap, mereka tetap dihimpit kemiskinan. Rumah mereka hanya berdindingkan tanah liat, berbumbungkan rumput, tidak ada tempat berdiang, pakaian daripada benang kapas dan makanan sekadar cukup. Pendapatan petani hanya cukup untuk membeli benih, perkakasan pertanian, mengadakan majlis perkahwinan dan kematian.
Pembaharuan Dalam Bidang Pertanian
Semasa era pemerintahan Dinasti Ming, beberapa pembaharuan telah dilaksanakan untuk meningkatkan hasil pertanian. Pembaharuan tersebut termasuklah;
         a. Peningkatan penggunaan sistem pengairan
    b. Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman.
    c. Peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah digunakan.
    d. Memperkenalkan kaedah tanaman bergilir dalam skala besar.
    e. Perkenalkan baka padi baru  yang cepat masak [[baka padi dari Vietnam Selatan] bagi membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Baka baru ini tidak memerlukan banyak air dan sesuai ditanam di kawasan berbukit.
    f. Penggunaan baja
   g. Tanaman dari Asia Barat seperti kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung diperkenalkan.
Selain itu, dasar pemerintah China yang mengutamakan bidang agraria juga menyumbang kepada peningkatan hasil pertanian. Pemerintah China menguatkuasakan pungutan cukai tanah yang rendah iaitu  1/30 kepada 1/50 daripada hasil pertanian. untuk menggalakkan aktiviti pertanian.
Kesan dasar yang diamalkan
Dasar dan pembaharuan yang dijalankan oleh pemerintah China telah membawa banyak faedah seperti;
          i. Perbendaharaan berkurang tetapi hasil pengeluaran pertanian bertambah.
          ii. Petani boleh baiki taraf hidup.
          iii. Banyak pasar di buka di kampung2 dan sistem barter digunakan.
          iv. Terdapat orang tengah beli secara pukal dan dijual di pasar besar.
          v. Pertumbuhan industri swasta ekoran perkembangan bandar seperti Nanking dan Beijing. Contoh industri berskala kecil yang berkembang pesat ialah pengeluaran kertas, sutera, kapas dan porselin. Perkembangan industri porselin memberi sumbangan kepada perbendaharaan negara. Kiangsi muncul menjadi pusat pengeluaran porselin.

Kesimpulan
Masyarakat agraria di China giat mengamalkan aktiviti pertanian. Sokongan pemerintah, kecekapan petani, tanah yang subur dan dasar pertanian yang diperkenalkan berjaya meningkatkan hasil pertanian sekaligus merancakkan perkembangan ekonomi China.

Jumlah Kunjungan Sahabat [Sejak 19 Mei 2012]