Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Sep 14, 2012

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sejarah Penubuhan PBB
Perang Dunia Pertama meninggalkan kesan besar dalam sejarah dunia. Jumlah korban dan kemusnahan harta benda yang besar mencetuskan kesedaran masyarakat antarabangsa untuk membentuk sebuah pertubuhan bagi menjamin keamanan dunia. Oleh itu, Liga Bangsa telah ditubuhkan. Walau bagaimanapun, Liga Bangsa gagal menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan. Kegagalan Liga Bangsa terbukti apabila Perang Dunia Kedua meletus.

Pada bulan Ogos 1941, Winston Churchill dan Franklin D. Roosevelt mengisytiharkan Piagam Atlantik yang kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan PBB.  Januari 1942, pemimpin utama dari AS, Britain, Rusia dan China telah menandatangani dokumen yang dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu [United Nations]. AS, Britain, Rusia, Perancis dan China  dilantik sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan dan diberikan kuasa veto.

 [Klik imej untuk besarkan]



Organisasi / Badan yang terdapat di dalam PBB
 
Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain (Kuasa pembatal). Sumber: Wikipedia.org
 
 
Contoh penggunaan kuasa Veto oleh anggota tetap Majlis Keselamatan PBB
 

1 comment: