Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Sep 29, 2012

NATO


Pengenalan
NATO merujuk kepada North Atlantic Treaty Organization [Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara]. NATO merupakan sebuah pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama antara negara anggota.


Objektif Penubuhan NATO



AS, UK dan NATO
United Kingdom [UK] berpendapat kuasa besar seperti Amerika Syarikat [AS] perlu dilibatkan dalam sesebuah pertubuhan. Britain percaya bahawa pengelibatan AS penting bagi memastikan NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat. AS akhirnya menjadi tunjang kekuatan  dan kestabilan NATO.

Kesungguhan UK menjadikan hubungan antara Britain dan AS semakin rapat sehingga terjalinnya pelbagai kerjasama seperti;
  1. Perundingan diplomatik
  2. Kerjasama dalam bidang ketenteraan
  3. Kerjasama dalam bidang perisikan [FBI, CIA dan SIS]

 Walau bagaimanapun, hubungan AS-UK sedikit renggang apabila AS memperkenalkan Atomic Energy Act of 1946. Akta ini menghalang sebarang bentuk kerjasama pembangunan nuklear antara AS dengan mana-mana negara bagi mengekang perlumbaan pembangunan senjata nuklear oleh negar-negara lain. UK kecewa dengan pendirian AS lantas membangunkan senjata nuklearnya sendiri.
Kesimpulan
 Peranan AS dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Rusia menganggap AS adalah NATO dan NATO adalah AS. NATO muncul sebagai pertubuhan yang kuat dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat. Tentera NATO ditempatkan di beberapa buah negara bergolak seperti di Afghanistan dengan tujuan mengekang peperangan berlarutan.

 

No comments:

Post a Comment