Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Sep 13, 2012

Dekolonisasi di India


Pengenalan


Penentangan Mahatma Gandhi
Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh berwibawa di India iaitu Mahatma Gandhi. Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC). Beliau menekankan prinsip swadesi, satyagraha dan ahimsa.

INC mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat India sehingga menjadi sebuah parti yang kuat. Atasan desakkan orang India, kerajaan British telah menggubal Akta Majlis India dan Akta Montague-Chelmsford bagi mempersiapkan orang India ke arah berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun usaha ini gagal memenangi hati orang India.

Tindakan British memonopoli pengeluaran garam sehingga menyebabkan harga garam melambung tinggi menambahkan kemarahan orang India. Sebagai tanda protes, Mahatma Gandhi telah memimpin Perarakan Garam @ Perarakan Dandi.

British bertindak balas dengan mengharamkan INC dan pemimpin utama INC termasuk Mahatma Gandhi dipenjarakan. Mahatma Gandhi melancarkan mogok lapar di penjara ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan British iaitu;

British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan membentuk Pakatan Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935, British memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya memberikan peluang pilihan raya kepada penduduk India. Walau bagaimanapun, orang India masih tidak berpuas hati kerana Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai British] masih berkuasa penuh.

Pada tahun 1937, INC menang besar dalam Pilihan Raya Umum India. Kekalahan Liga Islam menyebabkan pemimpinanya iaitu Muhamad Ali Jinnah menuduh INC hanya memperjuangkan kepentingan orang Hindu dan meminggirkan orang Islam. Muhamad Ali Jinnah kemudian bertindak menyeru penduduk Islam di Sind, Bengal dan Punjab bersatu di bawah Liga Islam. Tindakan ini merupakan titik tolak bermulanya idea penubuhan negara Pakistan.

Pergeseran antara orang Hindu dengan orang Muslim menyebabkan Gabenor Jeneral India iaitu Lord Louis Mountbatten mengajak pemimpin INC dan Liga Islam berunding. Hasil rundingan memutuskan bahawa India mesti dibahagikan kepada 2 [India dan pembentukan negara baru iaitu Pakistan] bagi mengelakkan pertelingkahan berterusan.  Usaha pemisahan ini telah mengorbankan ribuan nyawa.

Pada bulan Ogos 1947, British memberikan kemerdekaan kepada kedua-dua negara. Muhamad Ali Jinnah kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Jeneral  Pakistan yang pertama. Jawaharlal Nehru pula dilantik sebagai Perdana Menteri India yang pertama.

Kesimpulan
Peranan besar yang disumbangkan oleh Mahatma Gandhi melalui INC telah membuka jalan kepada kemerdekaan India. Dasar anti-kekerasan yang diamalkan oleh Mahatma Gandhi menjadikan British tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak perjuangan kemerdekaan orang India. Usaha dekolonisasi di India juga menyaksikan berlakunya perpecahan dalam kalangan pejuang kemerdekaan sehingga membawa kepada terbentuknya negara Pakistan.

No comments:

Post a Comment