Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Aug 13, 2012

Transformasi Sosial, Ekonomi dan Intelektual di China


Pengenalan
Kekalahan kepada kuasa Barat memberi kesan besar kepada China iaitu menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemimpin China untuk melindungi kedaulatan negara. Oleh itu, kerajaan China telah melaksanakan rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan salah satu usaha pembaharuan ataupun pemodenan China.

Gerakan Menguatkan Diri
Antara langkah yg dilaksanakan ialah melalui Gerakan Menguatkan Diri ialah;
  1. Mengamalkan dasar lebih terbuka dengan Barat.
  2. Mempelajari kekuatan Barat khususnya dari segi teknologi. Kerajaan China menggalakkan pegawainya mempelajari tamadun Barat. Selain itu beberapa orang pegawai kerajaan turut dihantar ke luar negara. Sekolah pendidikan sains barat juga turut ditubuhkan di Canton.
  3. Membuka maktab  untuk mempelajari bahasa asing. Institusi pendidikan Tungwen Kuan telah dibina di Beijing pada tahun 1862. Profesor luar telah dibawa masuk untuk mengajar di Tungwen Kuan yg menekankan mata pelajaran sains dan teknologi.
  4.  Putera Kung iaitu putera Maharaja Tung Shih telah membuka pejabat hal-ehwal luar dan kelas terjemahan  bagi memantapkan lagi pengetahuan pegawai China. Persatuan Penterjemahan Shanghai, iaitu sebuah pusat penterjemahan persendirian telah ditubuhkan.
  5. Maktab2 juga turut didirikan di beberapa daerah lain seperti Shanghai, Foochow dan Canton.
  6. Sekolah-sekolah praktikal juga turut ditubuhkan di Tientsin, Taku dan Dairen.
  7. Sekolah-sekolah pelayaran dan pembinaan kapal turut ditubuhkan.

Perubahan turut berlaku dalam sektor ekonomi di China yg menyaksikan banyak perubahan berlaku. Antaranya;
  1. Penubuhan Syarikat Perkapalan Wap Saudagar-Saudagar China oleh Li Hung-chang.
  2. Li Hung-chang juga menubuhkan kilang tekstil iaitu Kilang Kain Kapas China.
  3. Pembinaan landasan kereta api pertama yg menghubungkan Shanghai dengan Wusung.
  4. Penubuhan syarikat perlombongan moden.
  5. Pemasangan telegraf oleh Jabatan Pentadbiran Telegraf Diraja.

Antara tokoh intelek China ialah Kang Yu-wei  dan Liang Chi-chao. Kedua-dua tokoh ini berperanan menyusun  semula sistem sosial dan politik China  berdasarkan model Barat.
Walau bagaimanapun, usaha pembaharuan China kurang berjaya kerana;
  1. Hanya dilaksanakan oleh pemimpin di peringkat daerah manakala kerajaan China tidak telibat secara langsung.
  2. Pemimpin berketurunan Manchu tidak menyenangi golongan yg menyokong pembaharuan [majoritinya berketurunan China].

Kesimpulan
Walaupun berusaha memajukan negara bagi menjamin kedaulatan wilayah, langkah memajukan China kurang berjaya. Kegagalan China dalam usaha pemodenan ini terbukti apabila mereka berjaya dikalahkan oleh negara kecil seperti Jepun dalam Perang China-Jepun 1895.






No comments:

Post a Comment