Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Aug 9, 2012

Tindak Balas Orang China ke Atas Kuasa Barat

Pengenalan
Pelbagai isu yang tercetus seperti isu perdagangan, Perang Candu, penyebaran agama kristian dan percanggahan prinsip undang-undang menjejaskan hubungan China- Barat. Sentimen anti orang asing semakin menebal dalam kalangan orang China.

Tindak Balas Orang China
Dalam soal agama, penyebaran agama Kristian dikatakan menjadi ancaman kepada kepercayaan dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius, Taoisme dan Buddha. Isu ini menimbulkan kemarahan orang China sehingga mereka telah memfitnah golongan mubaligh Kristian dan rahib wanita.
Golongan mubaligh termasuk rahib difitnah;
            i.   Mencungkil mata kanak2 China untuk membuat logam berharga
            ii. Menyihir dan memotong badan kanak-kanak China dan diambil hati untuk  dijadikan ubat.
Selain itu, orang China yg memeluk Kristian dianggap sebagai pengkhianat.

Perancis membantah tindakan orang China. Walau bagaimanapun, orang China kemudian bertindak lebih agresif dengan membunuh Konsul Perancis, 10 rahib wanita, 2 paderi, 2 pegawai Perancis dan 3 pedagang Rusia. Tindakan kejam orang China menyebabkan Perancis menuntut keadilan. Kesannya;
           i. Gabenor Tientsin dipecat.
           ii. Pesalah dihukum 
          iii. Kerajaan China membayar ganti rugi
          iv. Kerajaan China menghantar utusan maaf

Selain itu, orang China yang marah dengan pencerobohan kuasa asing ke atas wilayah China telah menubuhkan kongsi gelap. Kumpulan kongsi gelap anti orang asing ini berusaha mengusir orang asing dari wilayah China. Mereka kemudiannya melancarkan pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer [kumpulan orang China yg belajar seni mempertahankan diri orang Barat] .
Kumpulan Boxer mendapat restu pihak istana dan gabenor wilayah. Pihak istana dan kumpulan boxer telah menjalin hubungan rapat. Sebagai contoh;
          i. Maharani Dowager menggunakan khidmat kumpulan Boxer untuk menjaga  
          kediaman kerabat diraja.
         ii. Kumpulan Boxer membantu pihak istana melancarkan serangan ke atas
         kepentingan kuasa Barat sehingga menimbulkan banyak kemusnahan dan kerugian.

Walau bagaimanapun, tidak semua pembesar wilayah mematuhi perisytiharan perang ke atas kuasa Barat oleh Maharani Dowager.
Sebagai reaksi ke atas serangan orang China, kuasa Barat telah bersatu dan berjaya mengalahkan pasukan Boxer serta kerajaan China di Peking pada tahun 1900. Oleh itu, perjanjian yang dikenali sebagai Protokol Boxer telah ditandatangani untuk menamatkan Pemberontakan Boxer.


Kesimpulan
Orang China memang tidak menyenangi kehdiran kuasa Barat di negara mereka. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk mengusir kuasa Barat termasuklah melancarkan serangan. Walaupun gagal mengusir kuasa Barat tetapi tindak balas orang China membuktikan mereka sanggup berkorban demi kedaulatan wilayah mereka.

No comments:

Post a Comment