Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Aug 11, 2012

Reaksi Masyarakat India Terhadap Perluasan Kuasa Barat

Pengenalan
Revolusi Perindustrian yang berlaku di England sekitar abad ke-18 telah menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah untuk kilang-kilang mereka dan juga pasaran bagi memasarkan barang keluaran kilang mereka. Faktor inilah yang mendorong kepada penjelajahan oleh warga British sehingga mereka berjaya bertapak di negara seperti India. Walau bagaimanapun, kehadiran mereka di India tidak disenangi oleh masyarakat India.


Faktor Rasa Tidak Puas Hati Masyarakat India Terhadap Pihak British


Faktor Masyarakat India Tidak Berpuas Hati Terhadap Pihak British
1. Pembaharuan sosial
Masyarakat India  tidak berpuas hati terhadap pembaharuan dalam sistem sosial. Sebagai contoh;
             i. Penghapuskan amalan thugge dan sutte yang dianggap kejam.
    Masyarakat India yg beragama Hindu marah dengan tindakan Gabenor Jeneral British di India [Lord William Bentick] telah menghapuskan amalan thugge dan sutte. Tradisi Sutte merujuk kepada amalan balu akan dibakar bersama-sama mayat suami ketika upacara pengebumian. Amalan Thuggee ialah amalan merompak dan membunuh pengembara oleh kumpulan agama atas nama Dewi Kali.
                  ii. Amalan membunuh bayi perempuan

      Masyarakat India juga tidak berpuas hati dengan penghapusan amalan membunuh bayi perempuan yg dianggap akan memalu dan menyusahkan keluarga kerana terpaksa menyediakan dowri perkahwinan anak perempuan mereka.
                 iii. Penggubalan Akta Kahwin Semula oleh Lord Dalhousie.

      Undang2 ini dianggap bertentangan dengan tradisi masyarakat Hindu yg menetapkan isteri ‘mesti mati’ bersama-sama suami.


2. Diskriminasi kaum
Orang British memandang rendah masyarakat India. Sebagai contoh, masyarakat India hanya boleh menaiki kereta api kelas ketiga [kelas pertama dan kedua dikhaskan untuk pegawai Inggeris]. Masyarakat India yg berkasta tinggi berasa marah kerana menganggap situasi tersebut mengancam sistem kasta yg mereka amalkan secara turun-temurun.


3. Cara British menguasai India
British menggunakan pelbagai cara untuk menguasai wilayah India. Antaranya;

  1. Melancarkan serangan [untuk menawan wilayah Punjab].
  2. Penguatkuasaan “Undang2 Lesap Waris” iaitu sesebuah wilayah akan diserahkan kepada pihak Inggeris sekiranya pemerintah tempatan mangkat tanpa meninggalkan waris.
  3. Pihak Inggeris akan menguasai sesebuah wilayah yang dianggap bermasalah atas alasan ingin memastikan ‘pentadbiran lebih baik’
Hal ini menyebabkan pemerintah tempatan tidak berpuas hati kerana mereka telah kehilangan kuasa.


4. Penghantaran tentera India ke luar negara
Tindakan ini dianggap mencemarkan imej kasta yg didukung selama ini. Hal ini kerana, kasta mereka akan hilang bila melangkaui sempadan negara India. Masyarakat India yg berkasta tinggi seperti kaum Brahmin dan Rajput tidak berpuas hati kerana kehilangan kasta mereka.

Selain itu, timbul khabar bahawa minyak yg digunakan untuk membersihkan senapang Rifle Royal Enfield dan pelurunya disaluti minyak lembu dan minyak khinzir. Orang India menganggap pihak Inggeris menghina agama Hindu dan Islam.

Berlaku juga diskriminasi dalam pemberian elaun dan kenaikan pengkat dalam bidang ketenteraan. Semua faktor ini menyebabkan masyarakat India dari pelbagai genap lapisan semakin marah terhadap pihak Inggeris.


Tindak Balas Masyarakat India
Rasa tidak puas hati masyarakat India diterjemahkan melalui Dahagi India [1857]. Sepoi [askar] India bertindak balas dengan;

  1. Membunuh pegawai Inggeris
  2. Membakar kediaman pegawai Inggeris
  3. Mengisytiharkan Bhahadur Shah II [waris kerajaan Moghul] sebagai Maharaja Delhi.
  4. Menyerang tentera British di Allahabad.
Dahagi India merebak ke seluruh India. Pihak Inggeris berasa terancam dan cuba melumpuhkan kebangkitan masyarakat India. Mereka mengepung Delhi selama 4 bulan sehingga berjaya menawanya semula. Maharaja Delhi berserta putera-puteranya ditangkap dan ditembak.
Pada bulan Julai 1858, Dahagi India berjaya ditamatkan.


 Kesimpulan
Dahagi India menjadi titik tolak permulaan semangat mengusir penjajah daripada tanah India. Walaupun usaha tersebut gagal tetapi ia telah menjadi detik terpenting dalam sejarah penentangan masyarakat India terhadap pihak Inggeris.

9 comments:

  1. salam..nk tnya knp ekonomi kapitalism di AS dan perdagan & perniagaan di portugal x ada page

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak kecik, maaf ya, mungkin saya terlepas pandang. Saya akan post secepat mungkin. Terima kasih atas keperihatinan anda.

      Delete
  2. kenapa komanwel dan masy industri di england xde???

    ReplyDelete
  3. Kev hyun, salam ceria. Maaf, tajuk masy industri tertinggal manakala tajuk komanwel dan nato memang belum saya postkan. Saya akan postkan dua tajuk terakhir penggal 1 ni dalam masy terdekat. Selamat belajar.

    ReplyDelete
  4. salam..cikgu nota cikgu amat membntu saya dlm mata pelajran sejarah ini...terima kasih cikgu..(^0^)..bile cikgu nk postkan 2 tjuk terakhir ya?

    ReplyDelete
  5. Linda Akma, sama-sama. Saya akan cuba curi peluang untuk postkan nota Komanwel dan NATO dalam hujung minggu ini. Nota dah ada cuma mood nak postkan selalu hilang bila line slow sangat hehe. Sabar ya.

    ReplyDelete
  6. Thanks cikgu..akhirnya nota saya dh lengkap dh..ulangkaji jer tinggal..

    ReplyDelete
  7. exuse me , can u sent me notes for sem 3 to my email pliss >? this is my email .. ariabulan@gmail.com

    ReplyDelete