Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Jul 19, 2012

Sistem Ekonomi

Pengenalan
Secara umum, sistem ekonomi merujuk kepada cara atau kaedah dalam pelaksanaan sesuatu kegiatan ekonomi. Antara contoh sistem ekonomi tradisional;
  1. Sara diri
  2. Pertanian
  3. Perdagangan
Berikut ialah contoh sistem ekonomi moden
  1. Feudalisme
  2. Kapitalisme
  3. Merkantilisme
  4. Perdagangan bebas

Perkembangan Sistem Ekonomi Feudalisme kepada Ekonomi Kapitalisme
Sistem ekonomi Eropah mengalami perubahan pada Zaman Pertengahan apabila Eropah Barat dikuasai oleh orang gasar. Perubahan ini melahirkan sistem ekonomi feudalisme. Ciri utama sistem ekonomi feudalisme ialah;
i.          Tidak wujud perdagangan dengan dunia luar.
ii.         Golongan petani berkerja & menjadi tentera  kepada golongan bangsawan sebagai   balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan.
iii.        Tidak wujud konsep pelaburan

Selepas gerakan Renaisans, berlaku perubahan dalam masyarakat Eropah [masuk ke Zaman Awal Moden]. Sistem ekonomi kapitalisme ialah sistem ekonomi yg menjurus kepada perdagangan luar.

Ekonomi kapitalisme mementingkan modal [capital].  Modal merujuk kepada barang atau wang yg boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak wang atau barang.
Contoh modal ialah
i.    Tanah           ii.   Kedai          iii.   Kilang          iv.  Mesin          v.  Peralatan

Dalam sistem ekonomi kapitalisme, kebanyakan orang dianggap sebagai golongan pekerja [proletariat]. Golongan ini tidak mempunyai modal tetapi perlu berkerja untuk menyara hidup.

Kesimpulan
Perkembangan ekonomi di Eropah pada abad ke-16 menyaksikan tercetusnya perubahan dalam bidang ekonomi. Terdapat negara yang awalnya mengamalkan sistem ekonomi feudalisme berubah kepada sistem ekonomi kapitalisme disebabkan tercetusnya Revolusi Perindustrian.

No comments:

Post a Comment