Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Selamat Datai ngagai Blog Semekar Cintaku

Jul 23, 2012

Pertanian di Belanda dan England

Pertanian di Belanda

 Pertanian di Belanda berkembang pesat pada abad ke-17. Hal ini banyak dipengaruhi oleh faktor;
  1. Tanah yg rata dan subur
  2. Sungai Rhines dan Maas
  3. Pembinaan terusan

Petani Belanda mengusahakan;
  1. Penanaman gandum [menjadi barang dagangan utama Belanda dengan Baltik]
  2. Sayur-sayuran
  3. Penternakan lembu [disembelih dan dieksport ke bandar2 atau wilayah lain]

Hasil pertanian bertambah dengan pengenalan beberapa pembaharuan seperti;
  1. Penggunaan enjin hidrolik untuk mengepam air yg berlebihan dari kawasan tanah rendah.
  2. Menggunakan sistem tanaman bergilir
Berdasarkan sistem ini, tanah yg telah dituai tidak dibiarkan kosong sebaliknya ditanam dengan lobak, kacang pis dll. Faktor ini membolehkan Belanda mengeluarkan hasil pertanian secara berterusan.
     iii. Penggunaan baja dari najis ternakan untuk menambahkan kesuburan tanah
Peningkatan hasil pertanian di Belanda menyumbang kepada perkembangan ekonomi Belanda termasuk sektor perkapalan yang digunakan untuk mengangkut barang ke tempat lain sekaligus meningkatkan industri perkapalan.


Pertanian di England
 England pada awalnya merupakan negara pertanian. Pada peringkat awal, petani di England masih menggunakan cara lama iaitu sistem tanah terbuka [tanah dibahagikan kepada 3 bidang dengan lajur2 yg memanjang di setiap bidang] dan penggunaan najis binatang.
Sebelum abad ke-17, perkembangan dan pengeluaran hasil pertanian bergantung kepada jumlah penduduk.

[ Jumlah penduduk mempengaruhi permintaan dan juga pengeluaran]
Kemudian berlaku perubahan dalam bidang pertanian dan hasil pengeluaran tidak lagi bergantung kepada jumlah penduduk.


Perubahan yang dilakukan di dalam sektor pertanian di England
       i. Pemilikan tanah [pengenalan sistem tanah berpagar]
      ii. Pengenalan sistem ladang
     iii. Penggunaan kaedah saintifik
- Perkenalkan teknik mempercepatkan tumbesaran ternakan
- Penggunaan jentera [Jethro Tull] dan baja kimia
- Perkenalkan cara menebus guna tanah
     iv. Penggunaan sistem Tanaman Bergilir Norfolk
      v. Pengenalan tanaman baru seperti kentang
     vi. Mengamalkan pertanian campur [pertanian & penternakan di kawasan yg sama]

Kesan penggunaan sistem tanaman berpagar;
Pengenalan sistem tanaman berpagar telah memberi impak yang besar terutama sekali kepada golongan petani di desa.
  1. Petani kecil-kecilan di luar bandar atau di desa pupu
-          Mereka tidak ada modal untuk memagar tanah mereka.
-          Oleh itu petani tersebut telah menjual tanah mereka.
-          Tanah yg dijual bertukar kepada ladang persendirian yang luas.

No comments:

Post a Comment