Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jul 29, 2012

Perkembangan Ilmu di England

Pengenalan
Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan Renaisans yang bermula di Itali pada abad ke-14. Renaisans bermula sekitar abad ke-14 dan mencapai kemuncaknya pada abad ke-16. Di England, Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu Elizabeth. Perkembangan keilmuan di Eropah dapat dilihat dalam beberapa peringkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut;

Zaman renaisans membawa kepada perkembangan dalam bidang keilmuan termasuk dalam agama, politik, sosial dan ekonomi. Aliran pemikiran seperti humanisme, individualisme dan kritis turut berkembang.

1. Renaisans

Renaisans bermula di Itali [1350] dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah. Zaman renaisans dianggap sebagai zaman pemulihan semula selepas tragedi Black Death dan masalah politik yang melanda Eropah pada abad ke-14.
Semasa berlangsungnya zaman renaisans, berlaku perubahan dalam masyarakat Eropah yang mencakupi beberapa aspek.
i. Aspek Keintelektualan
-   Mementingkan semangat inkuiri / penyelidikan / ingin tahu.
-   Menekankan pemikiran logik & falsafah.
-  Contoh karya terkenal;
i. Andreas Vesaius menulis buku “De humani Corporis Fabrica” atau Fungsi Badan Manusia menekankan tentang pembedahan dan anatomi.
ii. Buku tulis Nicolaus Copernicus mengandungi pergerakan bumi mengenai matahari.

ii.  Aspek Politik
Zaman renaisans telah membawa kepada pembentukan monarki baharu seperti
Portugal, England, Belanda dan Perancis. Pada abad ke-15, berlaku perubahan dalam
sistem pemerintahan di Eropah. Perubahan ini meliputi'
                a. Kuasa raja [meningkat]
                b. Kuasa bangsawan [dikurangkan]
                c. Usaha untuk menguasai gereja

iii.   Aspek Sains
Zaman renaisans merupakan permulaan kepada Revolusi Sains yang tercetus pada abad ke-17. Ahli-ahli sains pada ketika itu mula;
              a. Menekankan kaedah saintifik yg bertentangan dengan pendapat tokoh lama   seperti Aristotle.
             b. Mementingkan aspek pemerhatian dalam kajian.
             c. Hasil penemuan mesti disertakan dengan bukti empirikal.
Tokoh terkenal yang mendukung penggunaan kaedah saintifik ialah Nicolaus Copernicus, Galileo dan Francis Bacon.


iv. Aspek Seni dan Seni Bina
Zaman renaisans menyaksikan pengenalan dan perkembangan teknik seni realistik.  Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan kepada kaedah seni baru yang menggambarkan alam semula jadi secara realistik. Sebagai contoh, Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam semula jadi.
Perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka bentuk bangunan purba. Basilika St. Peter merupakan contoh seni bina agung yg dibina dengan menggabungkan kemahiran tokoh terkenal seperti Michelangelo, Raphael dan Sangallo.

2. Reformasi Protestan

Reformasi ini dipelopori oleh tokoh seperti Martin Luther dan John Calvin. Antara faktor tercetusnya reformasi ini ialah;

i. Ketidakpuasan hati dengan doktrin, ritual dan organisasi Gereja Roman Katolik [GRK]. Sebagai contoh, penjualan sijil indulgences iaitu surat pengampunan bagi orang Kristian yang berdosa yang diamalkan oleh pihak gereja.

ii. Merupakan usaha pembaharuan GRK.
Golongan reformis berusaha menghapuskan doktrin palsu dan juga amalan rasuah dalam kalangan penguasa gereja.
Reformasi ini diperluaskan lagi dengan perkembangan alat percetakan dan kejatuhan empayar Rom Timur.
Pada Oktober 1517, Martin Luther mengeluarkan 95 tesis. Antara kandungan tesis ini termasuklah;
      a. Mengkritik Paus
      b. Mengkritik amalan rasuah
       c. Mengkritik amalan salah laku seks penguasa gereja
Perkembangan media cetak banyak membantu penyebaran idea reformasi. Kitab Bible telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman sekaligus telah meransang perkembangan literasi. Kesan daripada greakan reformasi ini, kebanyakan negara di utara Eropah menjadi penganut aliran Protestan dan negara2 di selatan Eropah masih mengekalkan aliran GRK.


 
3. Revolusi Sains
Zaman renaisans yang bermula di Itali telah berkembang ke seluruh Eropah. Perkembangan ini telah melahirkan masyarakat yang lebih maju. Pada abad ke-16 dan ke-17, banyak penemuan baru dalam bidang sains. Kepercayaan lama yang dianggap karut dan misteri yang ‘ditakuti’ oleh manusia telah diganti dengan ilmu dan akal [bersifat ilmiah dan logik].
Revolusi sains tercetus didorong oleh faktor seperti;
i. Penciptaan mesin cetak: memudahkan penyebaran penemuan atau idea baru.
ii. Reformasi Protestan: telah melahirkan masyarakat yang celik ilmu sekaligus berjaya menyerap ilmu baru.
iii. Kegiatan eksplorasi / penjelajahan: Membawa kepada penemuan baru tentang alam semula jadi seperti haiwan, tumbuhan dan astronomi.
Kemunculan dan perkembangan Revolusi Sains telah menjadi batu asas kepada perkembangan sains moden. Ilmu pengetahuan berkembang pesat dengan penemuan dan idea baru yang tidak wujud sebelum ini.

Tokoh Revolusi Sains

Revolusi Sains yang berkembang di Eropah telah membawa perubahan besar dalam penemuan dan juga pemikiran2 baru.  Hasil penemuan dan idea baru ini membawa kepada gambaran dan penjelasan yang lebih luas dan tepat tentang alam semesta.
4. Zaman Pencerahan
Perkembangan Revolusi Sains telah membawa kepada munculnya Zaman Pencerahan.  Zaman pencerahan merujuk kepada era perubahan masyarakat daripada zaman kegelapan @ kejahilan kepada zaman baru yang lebih moden. Antara tokoh terkenal di Zaman Pencerahan ialah;
  1. John Locke
  2. Voltaire
  3. Montesquieu [menulis buku Spirit of The Laws]
  4. Charles Louis de Secondat

Kesimpulan
Zaman renaisans telah melahirkan masyarakat Eropah yang berpengetahuan. Perkembangan dalam bidang intelektual, agama, sains dan kesenian telah membawa perubahan yang besar dalam aspek pemikiran dan kehidupan masyarakat Eropah. Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea baru sehingga mendorong kepada pembentukan masyarakat yang lebih moden.

No comments:

Post a Comment