Kerabat Semekar Cintaku "Warga Berilmu"

Jul 4, 2012

Penyatuan Negara Bangsa Jerman

Pengenalan
Pada tahun 1815, terdapat 39 negeri di Jerman. Prusia dan Austria merupakan  2 negeri
yg paling berpengaruh dan saling bersaing  untuk menjadi kuasa utama di Jerman.
Persaingan antara kedua-dua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman
menjadi sukar. Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika
Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalang usaha menyatukan negara Jerman.
Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan terbentuk.
Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara bangsa
Jerman.  

Peta Jerman 1815

Usaha Ke Arah Penyatuan Jerman
Terdapat beberapa usaha ataupun langkah yang telah dilakukan dalam usaha menyatukan negara Jerman iaitu;


1. Kongres Vienna 1815
Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan Perancis. Ketetapan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada kerjasama antara negeri2 di Jerman.

2. Peranan Prusia
Prusia merupakan negeri terbesar di Jerman. Kuasa politik Prusia dipegang oleh junkers iaitu golongan tuan tanah. Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri2 lain di Jerman. Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia ialah;
  1. sistem pemerintahan yg cekap
  2. Kedudukan ekonomi yg kukuh. Golongan junkers  telah menubuhkan kesatuan ekonomi iaitu Zollverein. Perdagangan antara negeri di Jerman mulai rancak. Justeru, Prusia dilihat mampu memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.

3. Peranan Raja William I
Raja Prusia iaitu Raja William I telah melantik PM baru iaitu Otto Eduard Von Bismarck. Tindakan Taja William I dianggap keputusan yang bijak kerana Bismarck merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan. Kewibawaan Bismarck banyak menyumbang ke arah penyatuan Jerman.Tugas utama Bismarck: menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.

4. Peranan Bismarck
Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja. Selain itu, beliau berusaha mengurang pengaruh Austria di negeri2  lain Jerman. Bagi melaksanakan dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia dalam 3 siri peperangan iaitu;
  1. Perang Prusia – Denmark [Prusia menang]
     2. Perang Prusia – Austria [Prusia menang]. Kemenangan ini membolehkan Prusia menubuhkan Kesatuan Jerman Utara [Austria dikecualikan]
    3. Perang Prusia – Perancis  [Prusia menang atas tipu helah / putar belit Bismarck]
Kemenangan dalam peperangan tersebut membuka peluang kepada Kesatuan Jerman Utara menggabungkan negeri2 di Jerman termasuk negeri2 di Selatan membentuk negara Jerman. Pada tahun 1871, Raja William I dilantik menjadi Kaisar [Maharaja Jerman]. Bismarck pula dilantik sebagai Chancellor [Perdana Menteri]

Kesimpulan
Pada peringkat awalnya, usaha penyatuan Jerman mengalami beberapa halangan seperti tiadanya sokongan golongan bangsawan dan golongan nasionalis masih belum bersatu tetapi kewibawaan beberapa tokoh seperti Bismarck dan Raja Prusia mampu menggerakan usaha penyatuan ini ke arah kejayaan.


INFO  TAMBAHAN
Otto Eduard Von Bismarck
Bismarck mengamalkan dasar realpolitik [idealogi yang dipelopori oleh Niccolo Machiavelli] . Ideologi ini menekankan penggunaan apa saja cara untuk menumpaskan musuhnya.         Prinsip: “Matlamat menghalalkan cara

1 comment: