Selama
beberapa kurun, Itali terbahagi kepada negeri2 kecil yg menjadi rebutan negara2
Eropah. Usaha penyatuan sukar dilaksanakan kerana negeri2 ini diperintah oleh orang yg berbeza dan tiadanya tradisi
menyatukan pentadbiran di peringkat pusat.
Berikut ialah wilayah-wilayah di Itali dan pemerintahnya;
• Selatan
Itali;
-
i. Naples
& Sicily: diperintah oleh Raja Ferdinand II dari Perancis.
• Utara
Itali;
-
i. Venice
& Lombardy: diperintah oleh Maharaja Austria.
- ii. Tuscany,
Parma, Madena, Lucca, Massa dan Carrara: diperintah oleh golongan
bangsawan Austria.
• Barat
Itali;
-
i. Sardinia:
diperintah oleh Raja Charles Albert [orang Itali].
• Tengah
Itali;
i. Rom: dikuasai oleh Paus Pius IX [dibantu tentera
Perancis]
Satu pertiga negara Itali dikuasai oleh Austria. Kuasa
asing begitu dominan di Itali. Oleh
itu, timbul keinginan dalam kalangan orang tempatan untuk mengusir orang
asing.Keinginan inilah yang menjadi permulaan usaha menyatukan negara Itali.
itu, timbul keinginan dalam kalangan orang tempatan untuk mengusir orang
asing.Keinginan inilah yang menjadi permulaan usaha menyatukan negara Itali.
Faktor Menggerakkan Penyatuan Itali
Terdapat berberapa faktor yang mendorong usaha ke arah penyatuan Itali. Antaranya ialah;1. Pendudukan Perancis di Itali [oleh Napoleon Bonaparte].
Pendudukan Perancis di Itali telah membolehkan Napoleon Bonaparte membentuk sistem pentadbiran yg sistematik. Napoleon turut temperbetulkan semua undang2 supaya adil kepada semua golongan. Oleh itu, orang Itali percaya regim luar dapat digantikan oleh pemerintah Itali sendiri.
2. Kepentingan golongan saudagara
Golongan saudara berpendapat penyatuan Itali akan memberi faedah ekonomi kepada mereka. Hal ini kerana, penyatuan Itali;
Golongan saudara berpendapat penyatuan Itali akan memberi faedah ekonomi kepada mereka. Hal ini kerana, penyatuan Itali;
- Menjadikan pasaran lebih luas
- Pembinaan jalan pengangkutan lebih baik.
- Prasarana pelabuhan dapat dipertingkatkan bagi menggalakkan perdagangan di Laut Mediterranean.
Golongan saudagar juga percaya bahawa penyatuan Itali membolehkan negara tersebut menjadi penghubung antara England-India bila Terusan Suez dibuka.
3. Sentimen anti-Austria
Faktor lain yang menggerakkan penyatuan Itali ialah sentimen anti-Austria. Austria telah bertindak menempatkan tenteranya di;
Faktor lain yang menggerakkan penyatuan Itali ialah sentimen anti-Austria. Austria telah bertindak menempatkan tenteranya di;
-
i. Verona ii. Mantua
iii. Peschiera
iv. Legnano
Tindakan Austria ini memalukan orang Itali yg tidak berusaha menyingkirkan
orang asing. Oleh yang demikian, usaha mengusir kuasa asing seperti Austria semakin hebat.
Gerakkan Penyatuan Itali
Usaha penyatuan Itali digerakkan oleh;
1. Gerakan kongsi gelap carboni.
Pada mulanya, usaha menentang Austria agak sukar sehingga penduduk Itai terpaksa bergerak secara senyap dengan menubuhkan kongsi gelab carboni. Walau bagaimanapun, gerakan ini gagal kerana ejen polis Austria berjaya menyusup ke dalam carbonari.

2. Peranan Mazzini [1805 – 1872]
Mazizini telah menubuhkan gerakan Itali Muda [Young Italy]. Gerakan ini cuba bersifat nasional dengan membuka keahliannya. Mereka cuba mempengaruhi golongan pertengahan, pekerja, buruh, petani, pegawai tentera dan pensyarah. Pada tahun 1833, Mazzini memimpin gerakan ini melancarkan serangan ke atas Raja Charles Albert tetapi gagal. Beliau kemudiannya dibuang negeri ke Swizerland.
3. Peranan Count Camillo Benso Mazizini telah menubuhkan gerakan Itali Muda [Young Italy]. Gerakan ini cuba bersifat nasional dengan membuka keahliannya. Mereka cuba mempengaruhi golongan pertengahan, pekerja, buruh, petani, pegawai tentera dan pensyarah. Pada tahun 1833, Mazzini memimpin gerakan ini melancarkan serangan ke atas Raja Charles Albert tetapi gagal. Beliau kemudiannya dibuang negeri ke Swizerland.
Count Camillo Benso merupakan golongan bangsawan dari Piedmont. Semasa menjadi perdana menteri, beliau cuba memajukan Piedmont dengan mencontohi England. Beliau bercita-cita ingin menyatukan negeri-negeri Itali dalam kerajaan Piedmont.
• Antara langkah yang beliau laksanakan ialah;
- Mengutuk tindakan Austria menguasai Itali dalam Kongres di Paris [1856].
- Membuat persetiaan dengan Perancis bertujuan membebaskan Itali dari Austria.
- Menyerang negeri2 yang berada di bawah kuasa Paus dan berjaya menguasai bahagian utara dan tengah Itali.
4. Giuseppe Garibaldi
Giuseppe Garibaldi pernah menyertai gerakan Itali Muda yang diasaskan oleh Mazzini. Beliau berjaya menguasai Sicily dan Naples serta menyertai kerajaan Sardinia. Pada tahun 1861, semua negeri berada di bawah kerajaan Sardinia kecuali Rom dan Venetia. Parlimen Sardinia akhirnya bertukar kepada parlimen Itali. Raja Victor Emmanuel II memakai gelaran Raja Itali.
Gerakan penyatuan Itali semakin hebat dengan terbinanya jalan raya [menghubungkan seluruh Itali dengan negara2 Eropah]. Itali meminta bantuan Prusia untuk mengusir Austria. Prusia akhirnya berjaya memberikan Venetia kepada Itali.
Pada tahun 1870, meletus perang antara Perancis dengan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yg berada di Rom [Vatican City] keluar bagi menghadapi serangan Prusia. Kesempatan ini digunakan oleh tentera Itali untuk memasuki Rom dan menguasai wilayah2 Paus.
Dalam tahun 1871, Raja Emmanuel II memindahkan Ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Seluruh Itali telah berjaya disatukan.
Kesimpulan
Kebangkitan semangat nasionalisme, kemunculan tokoh yang berwibawa dan sentimen anti- orang asing telah memperhebatkan usaha penyatuan negeri2 di Itali. Kejayaan menyatukan negeri2 pada akhirnya membawa kepada pembentukan negara bangsa Itali.

No comments:
Post a Comment